SAHABAT BLOG

06 April 2012

Berumah di Wad Hospital

Dah lama rasanya aku menghilangkan diri. Aku tercari-cari kemana aku pergi dalam masa terdekat ini. Setelah kian lama mencari, baru aku sedar bahawa aku sedang menjaga anak lelaki aku di Hospital Al Islam Kampung Baru kerana anak ku sakit. Dalam masa menjaga beliau ni, aku berumah di wad hospital. Hati pun tidak tenang sedikit kerana terpaksa keluar sebentar dari zon kebiasaan. Nasib baik aku diberikan wad yang satu katil. Bolehlah aku menjadikan Wad Hospital itu sebagai home stay. 

Menurut doktor yang merawat anak aku, sakit yang dihadapi oleh anak aku itu adalah sakit yang berlaku  dikalangan  kanak-kanak iaitu Servers Disease SERVERS DISEASE iaitu kesakitan yang teramat sangat pada  kedua-dua belah tumit kakinya. Namun 1 dalam seribu kanak-kanak mengidapnya. Keradangan ini disebabkan gangguan kepada proses tumbesaran yang berpunca kerana kelasakan dalam bersukan. Bukan bersukan mana pun, tetapi lasak dalam bermain. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, terus pergi bermain dengan kawan-kawan. Kedua-dua tumit kaki anak aku sakit tiba-tiba tanpa diketahui punca dan sebabnya. 

Untuk merawatnya, doktor kata ada tiga kaedah. Kalau mengikut buku perubatan, keradangan ini akan ilang selepas 2 minggu. Dalam masa 2 minggu itu, pesakit akan diberi ubat tahan sakit. Ada kaedah kedua iaitu dengan menyuntik steroid ke tempat yang sakit. Namun suntikan steroid ni tidak bagus kata doktor. Kaedah terbaru, doktor kata suntikan plasma ataupun Plate Let darah pesakit sendiri ke tempat yang sakit. 

Aku pun setuju doktor buat suntikan plate let kerana kesian tengok anak aku merintih kesakitan . Jangan katan nak urut, nak snetuh pun pada tempat sakit pun tak dibenarkan kerana sakit. Setelah suntik , 5 hari anak aku tak boleh berjalan kerana kes kerana kesakitan. Masuk hari ke 6 barulah beliau boleh bertatih sedikit demi sedikit ke bilik air. Sekarang ni, masalah air kencing pulak. Menurut doktor, di dalam air kencing aku terdapat protein.  Kehadiran protein di dalam air kencing disebabkan kegagalan buah pinggang untuk melaksanakan tugasnya. Sekarang ni sedang tunggu keputusan ujian buah pinggang pulak. 

Segala yang berlaku itu sudah ditakdirkan. Aku cuma berikhtiar kerana sesungguhnya ikhtiar itu adalah usaha manusia manakala ketentuan itu adalah hak Allah S.W.T. 

Dalam masa itu, aku tidak lupa berdoa semoga diberikan kemudahan dan jalan ikhtiar kepada usaha-usaha untuk merawat anak aku. Janganlah hendaknya disulitkan jalan keluar dari masalah yang sedang aku hadapi. 


No comments: