SAHABAT BLOG

14 December 2011

Bawok Bersabar Dulu, Jangan gelojoh.

Dalam pembentangan bajet 2012, PM kata kakitangan awam akan menerima satu skim gaji baru apabila SSM akan ditukar kepada SPBA. Aku tidak terlibat secara langsung tetapi terlibat secara tidak langsung kerana isteri aku seorang kakitangan awam.

Skim baru ni akan menawarkan ganjaran segera iaitu kenaikan gaji antara 7% - 11%.  Bila dengar naik gaji sudah tentulah seronok bukan kepalang kakitangan awam. Aku pun seronok sebab isteri aku pun sudah pasti akan naik gaji juga. Namun begitu bawak bersabor dulu. Dengar dulu apa kata CEUPACS.

 Nasihat peribadi aku kepada isteri aku, teliti betul-betul terutama kesan jangka panjang. Jangan jadi sepertimana pertukaran kepada SSB dahulu dimana ramai kakitangan yang memilih Skim KWSP terpaksa menukar kembali kepada Skim Pencen.

Baca di bawah ni apa kata Presiden CEUPACS, Dato' OO.

Teliti tawaran SBPA

IPOH 13 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.

"Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.

Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.



No comments: