SAHABAT BLOG

16 December 2011

Parlimen bubar 09 Januari 2012??



Catatan Orang Kampung: Aku jarang membuat ulasan berkenaan kes Anwar Ibrahim yang meliwat Pembacuh Kopi beliau. Ada le satu dua artikel yang aku tulis. Oleh kerana kes ini masih di peringkat pembicaraan Mahkamah, aku menghormati mahkamah. Selagi mahkamah tidak mengatakan seseorang itu bersalah, maka dia tidak bersalah kecuali dia mengaku salah. Kalau dia mengaku salah, tak payah tunggu mahkamah menjatuhkan hukuman, kita tahu dia bersalah.

Hakim mahkamah pula bukan sebarang orang. Mereka semua manusia terpilih. Di tangan mereka ada 'senjata' yang boleh menentukan seseorang itu bebas ataupun kena hukum. Jadi sudah tentu para Hakim ni adalah orang yang sangat luar biasa kebijaksanaannya.

Kes Anwar ni dah sampai ke penghujungnya. Pada 09 Januari 2012 nanti, tahulah nasib beliau. Kalau ditanya pendapat aku, apa yang boleh aku katakan bahawa para pendakwa berjaya membuktikan Anwar beradda ditempat kejadian pada tarikh dan masa yang disebut di dalam pertuduhan. Anwar tidak dapat membuktikan dimana beliau berada pada masa dan waktu yang dituduh. Kalau beliau tidak berada ditempat kejadian sudah tentu beliau berada di mana-mana. Di rumah ke, di pejabat ke, di restoran ke atau di mana-mana. Namun  tak adalah pulak dia kata dia berada dimana-mana.

Kegagalan Anwar untuk menyatakan dimana beliau berada semada kejadian berlaku dan apa yang beliau perbuat pada masa telah memberi satu petanda awal bahawa dakwaan Saiful itu benar. Dalam hal ini, aku tidak ragu-ragu lagi bahawa Anwar memang berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang didakwa kejadian liwat itu berlaku. Sama ada beliau meliwat Saiful atau tidak, biarlah hakim yang membuat keputusan.

Apa-apa pun kita tunggu 09 Januari 2012 nanti. Jika Anwar di dapati bersalah, maka aku cukup yakin beliau akan mengemukan permohonan rayuan ke peringkat yang lebih tinggi. Jika  tidak bersalah, aku percaya pasukan pendakwa pula yang akan mengemukakan rayuan di peringkat yang lebih tinggi. Maknanya 09 januari 2012 ini bukanlah penamat kepada kes ini. Anwar masih boleh menghirup udara segar selepas 09 Januari 2012. Namun  jika didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman,  aku fikir  Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU walaupun beliau mengemukakan rayuan.

Cukuplah setakat ini ulasan aku. Aku tunggu sahaja tarikh 09 Januari 2012 nanti. Selepas kes ini, mungkin ada lagi yang bakal menanti Anwar, tak tahulah.

Baca apa yang Anwar kata di bawah ini.


Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Aidila Razak

1:38PM Dis 15, 2011

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.





No comments: