Perkembangan menarik berkenaan Hukum Hudud. Melihat kepada kesungguhan Nik Aziz untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, Timbalan Perdana Menteri memberi keizinan kepada kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud jika sekiranya Nik Aziz mendakwa bahawa Kelantan sudah bersedia untuk melaksanakannya. Kenyataan Muhyidin ini menyokong kata-kata Tun Mahathir bahawa PAS tidak boleh lagi menjadikan alasan bahawa Tun Mahathir sebagai halangan untuk hudud dilaksanakan kerana Tun Mahathir sudah tidak lagi berkuasa untuk menghalang mereka.
Oleh itu aku fikir beban sekarang ini telah berpindah daripada kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan. Aku seru, Nik Aziz buatlah permohonan baru kepada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud. Kerajaan pusat pula hendaklah mengambilkira dari segenap segi terutama perlembagaan persekutuan sebelum memberikan jawapan.
Isunya sekarang ini, beranikah PAS melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tahu ianya akan mendapat bantahan kuat daripada sekutu kuat mereka iaitu DAP. Berita terkini yang aku baca, bukan sahaja DAP yang tentang tetapi Naib Presiden PAS sendiri tentang. Walaupun Nik Aziz kata bahawa PAS sangup berpisah dengan DAP, tetapi tak ada ssesiapa yang percaya kepada kata-kata Nik Aziz ini kecuali para penyokong mereka yang tidak matang dan terkeliru. Nik Aziz bila-bila masa boleh menukar kenyataannya apabila mendapati kenyataan yang diucapkannya boleh membawa keuntungan kepada UMNO iaitu musuh nombor satu beliau. UMNO, Parti yang paling dibenci dan paling didendami oleh Nik Aziz.
MCA pula rela berpisah dengan UMNO jika sekiranya UMNO bercadang hendak melaksanakan hukum hudud. Menurut Prediden MCA, Chua Soi Lek, MCA adalah sebuah parti yang anti hudud.
Kalau betullah MCA sanggup berpisah dari UMNO dan PAS pula sanggup berpisah dengan DAP, maka UMNO dean PAS tunggu apa lagi. Bergabunglah dan laksanakan Hudud. Aku percaya setiap orang Islam di Malaysia ini tersangatlah gembiranya jika sekiranyan kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya bagi menggantikan undang-undang sivil sedia ada.
Kepada yang masih ragu-ragu dan juga kepada Choi Soi Lek dan Karpal Singh, aku nak jelaskan kepada anda semua, bahawa undang-undang Islam seperti hudud ini adalah satu bentuk undang-undang. Peranan dan objektifnya sama sepertimana undang-undang sivil yang digunapakai sekarang ini bagi tujuan untuk mendisiplin dan menjaga nyawa, harta benda, maruah dan sebagainya. Jika sekiranya undang-undang Islam termasuk Hudud ini boleh menjadi satu undang-undang yang terbaik untuk dilaksanakan, kenapa ianya perlu ditolak. Adakah rakyat Malaysia dan dunia amnya tidak mahukan kepada satu undang-undang yang terbaik untuk diamalkan. Satu undang-undang yang dijamin mampu mencegah berlakunya kejadian jenayah yang semakin berleluasa sekarang ini. Satu undang-undang yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak mengira bangsa dan agama.
Oleh itu aku berpendapat bahawa kajian perbandingan secara menyeluruh undang-undang hudud dengan undang-undang sivil hendaklah dilakukan oleh pakar-pakar undang-undang dari semua pihak. Hasil kajian ini hendaklah dibentangkan kepada masyarakat umum termasuk Choi Soi Lek, Karpal Singh, Tun Mahathir, DS Najib dan jangan lupa Agong sekali. Walaupun sebagai orang Islam, mereka wajib percaya bahawa undang-undang Hudud adalah yang terbaik, tetapi masih ramai yang ragu-ragu untuk dilaksanakan di Malaysia kerana keadaan dan suasana populasi penduduk kita yang berlainan agama. Diharapkan hasil kajian itu nanti boleh memberikan jawapan kepada keraguan mereka semua.
Undang-Undang Islam pula hendaklah disesuaikan dengan kehendak zaman bagi meraikan kemaslahah umat, kerana sesungguhnya Islam itu sesuai pada setiap zaman. Zaman sekarang menerima bukti DNA, maka undang-undang Islam pun kena terima perkara tersebut. Janganlah masih rigid dengan 4 saksi. Aku percaya di dalam Al Quran ada penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul berkenaan saksi ini. Cuma ianya tidak dikaji secara menyeluruh oleh mereka yang benar-benar mahir. Lihat kepada sistem muamalat Islam seperti perbankkan. Sebelum diperkenalkan secara aktif, banyak perkara yang kita tidak tahu samada haram atau tidak. Namun apabila diperkenalkan secara aktif, berbagai perkara boleh dilaksanakan sehinggakan orang bukan Islam pun telah mula tertarik untuk menggunakan sistem perbankkan Islam. Begitu juga dengan undadng-undang Islam termasuk hudud, aku percaya jika diguna pakai, banyak perkara yang masih keliru seperti 4 saksi itu akan berjaya diselesaikan.
Dalam keadaan sekarang ini sependapat dengan Muhyidin, Tun Mahathir iaitu Nik Aziz dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Diharapkan apabila undang-undang Islam diperkenalkan secara menyeluruh di Kelantan, maka ianya boleh menjadi pilot projek kepada kerajaan Malaysia untuk dikaji dan dinilai keberkesanannya.
"Ayoh Pok Nik , kapan eh' mau dibikin, sudah tidak kesabaran ni".
No comments:
Post a Comment