Ni. aku nak habaq kat hangpa yang dok puja sangat Wikileaks. Umur mengundi kat Malaysia ni ada tertulis dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia telah termaktub umur layak mengundi ialah 21 tahun. Kalau nak ubah umur layak , bermakna kena pinda perlembagaan.
Pihak yang boleh pinda perlembagaan adalah 2/3 ahli dewan rakyat. Maknanya ahli dewan Parlimen buat usul dan dibahaskan. Kalau 2/3 bersetuju, maka tukarlah umur layak mengundi kita. Usul ni boleh dibawa oleh sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang. Setakat ni aku tak pernah dengar ada yang bawa usul ni ke dalam dewan. Oleh itu kenapa nak kecoh pasal umur layak ni? Adalah lebih berfaedah jika kecoh pasal warganegara yang tak pernah mengundi walaupun dah tua bangka macam "Ali Setan" yang tak pernah mengundi. Mengundi tak pernah, tetapi bila bercakap pasal keburukan kerajaan berapi-api. Kalau tak pernah mengundi tu, duduk diam-diam dan jangan komplen apa-apa.
Pasal tempoh berkempen pula. Tempoh berkempen kita tak boleh dibandingkan dengan negara luar. Mana ada satu tempoh standard untuk berkempen, ianya bergantung kepada banyak perkara termasuklah kemudahan teknologi, infrastruktur, perhubungan, suasana politik, keadaan ekonomi, bentuk muka bumi dan sebagainya. Oleh itu tempoh berkempen di Malaysia antara 8 hari hingga 15 hari adalah bersesuaian dengan keadaan di negara kita. Kenapa nak bandingkan negara orang lain pulak. Kalau nak tempoh kempen lebih lama boleh dengan syarat semua pihak termasuk parti pembangkang jangan bercakap pasal politik sehingga tempoh kempen dibenarkan. Ini tidak, boleh dikatakan sepanjang tahun 24/7 asyik berkempen je. Kalau dah sepanjang tahun berkempen, apa perlu lagi tempoh berkempen dipanjangkan.
Malaysia ini dari segi kemudahan infrastruktur dan bentuk muka buminya membolehkan seseorang calon itu berkempen ke seluruh kawasan pengundian dalam masa 3 atau 4 hari je. Kecualilah calon malas nak berkempen. Sabah dan Sarawak mungkin sesuai ditambah masa berkempen kerana bentuk muka buminya yang bergunung ganang memerlukan masa untuk calon berkempen. Maknanya kalau di Semenanjung tempoh berkempen 10 hari, mungkin di Malaysia Timur boleh dimulakan 3 hari lebih awal.
Baca artikel yang ditulis oleh John R Malot dalam Malaysiakini. Malaysiakini ni lagi kurang cerdik. Pasai apa hang dok siarkan artikel yang ditulis oleh bukan warganegara yang duk bising nak komen pasal negara kita ni. Siapa John R Malot ni. Orang Malaysia ke dia ni?
Bacalah kat bawah ni apa yang beliau tulis.
Mengapa hujah SPR ada kepincangan
ULASAN Terdapat banyak perbincangan di Malaysia sejak dua bulan lalu mengenai reformasi pilihan raya, dengan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak dan juga kenyataan balas oleh kerajaan.
Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain.
Mengurangkan had umur mengundi
Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan.
Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun. Kalau nak sambung baca klik SINI.
Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain.
Mengurangkan had umur mengundi
Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan.
Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun. Kalau nak sambung baca klik SINI.
2 comments:
Dulu PR kan penah kuar stetmen kononnye kajian menunjukkan orang2 muda cenderung untuk memilih PR (dan kajian tu memang sah dan valid pun .... even BN pun akui sebab tu la BN sndiri pun enhance kempen utk orang muda).
MAKA ..... takkan la tak nampak lagi kut logik knapa kawan2 PR ni beriya beno nak awalkan umur mengundi ... huhuhuhu.
Asal dorang nampak ada peluang untuk increase undi, benda yang dah temaktub sekian lama pun dorang sibuk nak ubah ... asalkan selamaaatttt Pakatan dorang tuh.
Terima kasih. Itulah mentaliti pakatan.
Namun aku nak cadangkan satu perkara supaya dipinda dalam Perlembagaan iaitu Perdana Menteri Malaysia hendaklah seorang yang lahir di Malaysia, bapak dia pun lahir di Malaysia. Macam Amerika, Presiden dia mesti lahir di Amerika. Bukan apa sekarang ni ramai pemegang IC Merah yang bercita-cita nak jadi PM.
Post a Comment