Aku ada satu cerita berkaitan logik lawan logik.
Di dalam sebuah kampung terdapat ramai haiwan termasuk kerbau, lembu, kucing, kuda, gajah, kambing, dan seekor harimau yang telah tua. Tiba-tiba suatu hari seekor kerbau telah didapati mati. Setelah disiasat, ianya terbukti telah dibaham oleh haiwan. Berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi ditempat kejadian, siasatan mendapati haiwan yang membahamnya adalah seekor harimau.
Pada masa kejadian, terdapat beberapa ekor haiwan sedang mengadakan mesyuarat. Salah seekor haiwan yang bermesyuarat itu dikenalpasti adalah seekor harimau. Perkara ini disahkan oleh setelah melihat CCTV yang berada ditempat kejadian.
Harimau telah dituduh melakukan pembunuhan tersebut, tetapi macam biasa harimau akan menafikan beliau melakukannya. Apabila harimau disuruh bersumpah, beliau tidak mahu bersumpah kerana katanya hanya harimau yang tidak pernah melakukan dosa besar sahaja boleh melakukan sumpah. Bagi menegakkan penafiannya, harimau mendakwa mana logik beliau melakukannya kerana beliau telah tua dan kuku beliau pun ada yang telah patah begitu juga giginya pun ada yang telah gugur.
Bagi sesiapa yang waras, secara logiknya, kerbau yang mati itu sudah tentu dibaham oleh harimau tersebut walaupun harimau itu menafikannya kerana hanya dia sekor je yang disahkan sebagai harimau yang berada di tempat kejadian. Takkan nak tuduh kambing, kucing atau gajah pulak. Takkan nak kata kejadian kerbau mati dibaham haiwan tidak berlaku kerana bukti telah disahkan bahawa kerbau itu mati dibaham harimau.
Jadi moral of the story, jika harimau nak cerita soal logik, maka kita pun boleh cerita pasal logik. Jadi Logik VS Logik.
Petikan di bawah diambil dari blog Dr. Novandri KLIK.
Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.
Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at the condominium did happen."
No comments:
Post a Comment