SAHABAT BLOG

24 August 2011

Anwar Tidak Waras?

Persoalan besar yang sedang bermain di benak aku sekarang ini adalah mengenai tahap kewarasan Anwar Ibrahim. Adakah beliau sudah semakin tidak waras? Boleh jadi juga kerana nasib malang yang menimpa beliau yang silih berganti. Dari satu episod ke satu episod. Begitu juga impian dan cita-cita beliau untuk menawan Putrajaya dan mungkin juga tekanan dari pelbagai pihak telah menghakis sedikit tahap kewarasan beliau. ditambah lagi dengan pelbagai penghinaan dari pelbagai pihak samada rakan karib, musuh dan juga orang awam.

Pilihanraya semakin hampir dan beliau masih lagi bergelut dengan kes liwat yangb tiada kesudahan. Pelbagai perasangka buruk sedang bermain diminda beliau sekarang ini. Semua tekanan ini boleh menghakis tahap kewarasan seseorang insan biasa hingga ketahap membunuh diri.  Namun Anwar masih selamat dari mengambil tindakan bodoh seperti yang dilakukan oleh TBH kerana beliau adalah "anugerah tuhan".

Bukan menuduh tetapi  aku merujuk kepada kenyataan peguam terkenal iaitu Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah seperti di bawah yang merujuk kepada pilihan Anwar untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa bersumpah dan tidak memberi peluang disoal balas samada oleh peguam beliau sendiri ataupun pendakwaraya.

"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya. - datuk Muhammad Shafee Abdullah (Utusan Malaysia 24/08/2011).


Lihat juga komen wartawan Brad Jackson yang boleh dibaca di dalam blog Dr. Novandri KLIK.

Untuk berita selanjut komen Datuk Muhammad Shafee boleh baca di bawah.


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.

"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.

"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

No comments: