SAHABAT BLOG

23 August 2011

Anwar memilih untuk ke Sungai Buluh?

Hari ini Anwar telah membela diri atas tuduhan liwat beliau.  Beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa bersumpah dan tanpa disoal balas oleh pendakwaraya. Keterangan bela diri beliau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Sebagai orang melayu, di mahkamah melayu dan hakim melayu, sepatutnya beliau memberi keterangan dalam bahasa melayu. Mungkin juga beliau anggap keterangan beliau itu tidak penting untuk diketahui oleh orang melayu, tetapi penting untuk diketahui oleh orang bukan melayu dan  yang penting hakim tahu dan para peguam beliau tahu.

Pada aku tak jadi soal dia nak beri keterangan dalam bahasa apa sekalipun kerana yang kena dakwa dia dan yang bakal masuk penjara pun adalah dia cuma aku tidak faham kenapa beliau memilih untuk memberi keterangan tanpa bersumpah dan tanpa disoal balas oleh pendakwaraya. Aku percaya beliau sedar bahawa keterangan beliau itu tidak begitu kuat untuk menolak hujah-hujah pihak pendakwa. Berkemungkinan besar ANwar bakal menjadi penghuni Sungai Buloh kerana pilihan beliau ini. Dalam bahasa mudah, kebebasan Anwar bergantung kepada saksi beliau dan bukan kepada keterangan beliau. Jika saksi mereka tewas atau berpaling tadah,  maka Anwar bakal meringkuk kembali ke dalam penjara.

Langkah dan tindakan mempergunakan orang lain untuk menjadi benteng pertahanan atau menjadi pembela beliau bukan perkara baru. Lihat sahaja kepada beberapa pembela beliau selama ini seperti Ezam, Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Cikgu Bad, Shamsul Iskandar, Nik Aziz, Nurul Izaah, Nalakurapan dan ramai lagi. Ada antara mereka yang telah insaf dan sedar bahawa mereka membela seorang yang  tidak sepatutnya dibela dan masih ada yang terus menjadi pembela.

Kesimpulannya, Anwar adalah seorang yang lemah dan tidak mampu untuk membela diri sendiri dalam keadaaan apa sekali pun. Beliau hanya kuat kerana ada penyokong beliau yang membela. Seorang pemimpin yang lemah tersangat mudah untuk dipergunakan dan diperkudakan oleh pihak yang menjadi pembela beliau.

Aku percaya Anwar dinasihatkan untuk memberi keterangan tanpa bersumpah supaya tidak berlaku soal balas dari pihak pendakwaraya. Pasukan peguam bela bimbang jika ada sessi soal balas, maka akan berlaku percanggahan keterangan Anwar dengan para saksi mereka. bagi mengelak percanggahan tersebut, maka Anwar memilih untuk tidak disoal balas.

Sekarang ini, pasukan Anwar bergantung kepada para saksi yang dibawa oleh mereka untuk menolak hujah-hujah pasukan pendakwa dan menyokong keterangan Anwar. Maknanya, keterangan Anwar itu hanyalah pembuka bicara sahaja dan segala keterangan beliau itu akan dibuktikan oleh saksi-saksi beliau. Itu pasal beberapa orang yang dinamakan sebagai saksi tidak mahu hadir ke mahkamah kerana mereka tidak mahu terlibat di dalam permainan ini.

No comments: