SAHABAT BLOG

10 August 2011

PR BERMIMPI DI SIANG HARI

Satu analisa yang aku kurang fikir kurang cerdik dan cakap besar oleh PR ada dimuatkan dalam Malaysiakini. Nak baca boleh, tetapi kalau nak dipercayai, kita kena buat analisa sendiri.
Asas kepada analisa mereka ialah bahan kegemilangan PR selepas PRU 12 tahun 2008 dahulu dan PRK yang dimenangi oleh PR. Tidak dinafikan sokongan kepada PR pada PRU 12 dahulu cukup luar biasa. Aliran sokongan itu boleh menyebabkan beberapa PRK yang diadakan selepas PRU 12 dimenangi oleh PR. Alhamdulillah bahan PRU 12 tahun 2008 telah berjaya dipadamkan oleh 1Malaysia. Kata orang, sokongan kepada PR  selepas PRU 2008 telah tinggal sisa-sisa sahaja lagi.  Sayangnya, pihak PR tidak mahu terima kenyataan ini atau mereka malas membuat analisa. Selepas bahan itu dipadamkan oleh DS Najib melalui konsep 1Malaysia dan turun padang beliau, kita boleh lihat,  mana ada lagi PR menang PRK malah kawasan mereka di Galas pun dirampas oleh BN. Sekarang ni, aku nak bagi tahu kepada puak-puak PR, mereka hanya semangat PRN Sarawak dan sedikit semangat BERSIH 2.0 sahaja lagi untuk mengukur sokongan rakyat kepada PR. 
PRN Sarawak jelas melahirkan semangat kepada pengundi Cina. BN kena awas pengundi Cina di semenanjung. Kalau secara gula-gula tak jalan, UMNO kena gunakan kaedah sebaliknya. UMNO kena tengok balik mana-mana kemudahan yang diberikan yang dilihat memberi kelebihan kepada Cina. Contohnya pengeluaran lesen-lesen perniagaan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina ataupun yang berkaitan dengan pendidikan. Aku percaya tindakan ini mungkin akan dibantah oleh MCA, tetapi kenapa UMNO perlu peduli sangat kepada MCA ni. Mereka pun sudah tindak mampu untuk menarik sokongan Cina kepada BN. Dengan harapan apabila Cina mula merasakan bahawa mereka bakal susah selepas PRU 13, maka mereka bakal mengundi BN. Kalau mereka masih degil untuk mengundi DAP atau PR, tunggulah akibatnya. Orang Cina tahu dan sudah ditanam dalam minda mereka ni bahawa Kuasa politik melayu sukar untuk ditumbangkan atau dalam lain perkataan Melayu akan sentiasa menjadi kerajaan. Jadi UMNO boleh gunakan kelebihan ini untuk memberi sedikit ugutan kepada Cina.
BERSIH 2.0 pula tidak dinafikan telah membekalkan satu semangat baru kepada PR. Tujuan utama mereka mengadakan BERSIH 2.0 adalah untuk menyeru semangat Melayu supaya menyokong mereka. Dalam perkiraan mereka, sokongan Cina sudah di dalam tangan, maka sekatrang ni hanya semangat Melayu dan India sahaja yang masih kelabu. Oleh sebab itu, mereka telah menggunakan India ( Ambiga) dan Melayu ( PAS) untuk mengerakkan BERSIH 2.0. Mereka canangkan bahawa BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman. Percaturan merka silap kerana kita tidak boleh samakan bentuk tunjuk perasaan secara aman diera televisyen dahulu berbanding zamans sekarang. Pada waktu itu, Televisyen tidak mampu untuk melahirkan pemuda-pemudi yang brutal, yang ganas, yang ekstream. Sekarang ini zaman IT, zaman internet, zaman maklumat dihujung jari, zaman ramai orang melayu sudah pandai bunuh diri, zaman dimana ramai orang melayu yang mabuk, yang murtad, yang berzina, yang membuang bayi, dan berbagai-bagai lagi kegiatan-kegiatan jahat yang dilakukan oleh pemuda-pemudi melayu.  Adakah kita boleh jamin tunjuk  perasaan aman sekarang ini, tidak dianggotai oleh pemuda-pemudi yang rosak akhlak itu? Adakah kita boleh jamin pemuda-pemudi yang rosak akhlak itu tidak melakukan perkara brutal untuk menunjukkan perasaan mereka? Lihat sahaja apa yang berlaku di London sekarang ini. Maknanya, tindakan kerajaan melaksanakan tindakan pencegahan awal BERSIH 2.0 telah berjaya mengelak musibah seperti di London itu daripada berlaku. Perkara ini jika dihighlight oleh kerajaan, aku percaya ianya akan membuka mata orang melayu  atas pagar dan masih waras untuk menilai kembali tindakan tindakan kerajaan tersebut (mencegah BERSIH 2.0). Maknanya, semangat BERSIH 2.0 masih tidak mampu untuk memberi kelebihan kepada pihak PR.
Itu baru dua usaha PR untuk tarikh semangat pengundi kepada mereka iaitu satu semangat Cina ( PRN Sarawak) dan satu lagi semangat Melayu dan India melalui BERSIH 2.0.( Apa lagi yang bakal dibuat oleh mereka ( PR). Itu pasal, aku fikir DS Najib akan adakan PRU dalam masa terdekat ini sebelum puak-puak PR ini kembali melakukan pelbagai perkara yang caca marba untuk memperolehi kekuatan merek yang semakin hilang. Isu terbaru pasal serbu Gereja telah menunjukkan bahawa di ddalam PAS itu sendiri masih berpuak-puak.  Yang kelihatan selamat sekarang ini ialah DAP, tetapi kalau kerajaan rancang untuk sedikit menyusahkan Cina, boleh jadi penyokong DAP pun boleh dibolak-balikkan hati  kembali supaya di dalam hati mereka timbul rasa was-was samada nak menyokong DAP dan bakal susah ataupun menyokong BN.
Di bawah ini aku copy analisa yang dibuat oleh salah seorang orang kuat BERSIH 2.0 yang kononnya beliau membuat analisa dengan mengambil kira keputusan  PRU 12 dulu. Kalau ikut ramalan beliau, selepas PRU 13 nanti kerajaan BN tidak akan memperolehi  kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dengan memperolehi majoriti mudah. Pembentukan antara PR dan BN, cukup mustahil kerana prinsip perjuangan masing-masing amat berbeza.  Jadi selepas PRU 13 nanti, PR meramalkan,  akan ada wakil rakyat yang bakal melompat parti. Kalau iktu trend, wakil rakyat yang berpotensi besar untuk melompat parti adalah dari PKR. Jadi tengok bagaimana PR hendak mengatasi masalah ini selepas PRU 13 nanti.
Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen
Aidila Razak
Ogos 9, 11
4:13pm
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

NONEPada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.
azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.
Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.
[Baca berita penuh]
azlan

No comments: