SAHABAT BLOG

07 August 2011

Memburukkan negara sendiri di luar negara perbuatan terkutuk

Aku tak tahu apa motif ketua pembangkang menjelajah negara asean untuk menceritakan pasal keburukan pemimpin-pemimpin dan sistem pemerintahan kerajaan BN kepada pihak luar. Jahat dan buruk perangai betul bila ceritakan keburukan dan keaiban dalam negara kepada orang luar. Seolah-olah beliau menceritakan hal keburukan rumah tangga kepada orang luar. 

Guru agama Islam aku cakap, kita tidak boleh menceritakan hal ehwal rumah tangga kita terutama keburukan pasangan kita kepada pihak luar kecuali apabila sampai pada tahap dibenarkan oleh syarak seperti di Mahkamah dan sebagainya. Maknanya kita tidak boleh sewenang-wenangnya menceritakan hal ehwal dalaman rumah tangga kita kepada orang luar tanpa bersebab yang dibenarkan. Jika dikaji betul-betul, rumah tangga itu boleh diumpamakan negara kita ini. Maknanya, sebagai rakyat apatah lagi seorang pemimpin, kita tidak boleh menceritakan keburukan negara kita sama ada sistem pemerintahannya, kerajaannya, pemimpinnya dan sebagainya kepada pihak luar kerana ianya tidak pernah dibenarkan oleh syarak. Apabila kita memburukkan pemimpin kerajaan ataupun sistem pemerintahannya, sedangkan berita-berita yang kita sebarkan itu hanyalah andaian dan khayalan kita sahaja, menyebabkan pihak luar akan memandang rendah kepada negara kita, memandang rendah kepada pemimpin kita, memandang rendah kepada sistem pemerintahan kita. Perbuatan ini tidak selayaknya diberi keampunan oleh pihak pemerintah. Perlu ada satu undang-undang yang khas untuk menghalang perbuatan ini dilakukan supaya perbuatan memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerajaan ini dapat dihalang dan tidak berleluasa. Mungkin akta hasutan boleh digunakan.Kalau tidakpun gunakan Ordinan Darurat, kasi ajar sikit.

Sekarang ini, rakyat hendaklah berfikir secara waras. Lihat siapa yang membawa berita, siapa bawa cerita, selidik dahulu berita dan cerita yang disebarkan itu . Bukannya terima bulat-bulat apa yang dikhabarkan. Dalam Islam pun, kita disuruh untuk menyelidik terlebih dahulu berita-berita yang dikhabarkan oleh orang fasik. Ketua pembangkang ni aku tak boleh nak hukumkan samada fasik atau tidak, tetapi sepatutnya setiap berita yang dibawa oleh beliau hendaklah dikaji terlebih dahulu. Walaupun tidak boleh ditentukan samada beliau ini fasik atau tidak, cuba renungkan, pernahkah ada pemimpin lain dalam dunia ini yang menghadapi 2 sumpah laknat yang langsung tidak dijawab. Dua sumpah laknat yang dilafazkan oleh mangsa beliau langsung tidak dijawab dan pelbagai alasan diberikan untuk mengelak menjawab sumpah dengan turut bersumpah. Pemimpin BN pun banyak menerima tuduhan, seperti DS Najib, beliau pun menerima tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi ada kita dengar pihak yang menuduh itu membuat sumpah laknat, mereka tidak berani kerana mereka hanya menuduh danta usul periksa. Walaupun tidak ada yang membuat sumpah laknat menuduh beliau, DS Najib sendiri telah bersumpah laknat di dalam masjid bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Jadi, siapa yang dipihak yang benar? Hanya orang islam yang  tidak beriman dan bodoh sahaja masih mengatakan DS Najib terlibat sebagai dituduh. Hendakkah kita menjadi orang Islam yang tidak beriman dan bodoh???

Oleh itu kesimpulan yang cukup mudah untuk difahami dan dikaji ialah, perbuatan memburuk-buruk negara sendiri kepada pihak asing boleh menyebabkan pemimpin asing akan memandang rendah kepada negara dan pemimpinnya. Ternyata perbuatan ini menimbulkan kesan dan risiko kepada negara. Oleh itu perbuatan tersebut hendaklah dikutuk sekeras-kerasnya dan jika ada hudud yang sesuai, maka hendaklah dijatuhkan kepada penderhaka tersebut. Disamping itu  ingin aku hukumkan bahawa mereka yang mempercayai berita yang dibawa oleh ketua pembangkang adalah mereka yang sengaja menempah kerugian dan mencampakkan diri, keluarga serta pengikut kepada kebinasaan. Islam mengariskan supaya kita hendaklah mengelakkan diri dari kebinasaan kerana kelak ianya akan membawa kerugian kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 


No comments: