SAHABAT BLOG

17 July 2011

Bolasepak Malaysia cipta sejarah

Petang tadi, aku berebut TV dengan anak aku. Dia nak tengok Upin dan Ipin, aku pula nak tengok Bolasepak. Akhirnya aku menang ha.ha.ha. Sebenarnya di umah aku ada dua TV. TV yang kami rebut adalah yang ada astro he he he. Kesian anak aku kena tengok TV lama, yang gambarnya tak berapa nak terang. Maafkan ayah wahai anak-anak aku kerana ayah nak tengok pasukan Malaysia membelasah Liverpool. Kalau Manchester United, aku tak payah nak berebut TV tetapi aku akan berebut kerusi di Stadiumlah pulak.  

Kali ni, aku nak cerita pasal bolasepak Malaysia melawan kelab-kelab Inggeris. Dengan Arsenal, kita kalah 4-0, langsung tak berdaya pemain kita. Petang tadi, walaupun kita dibelasah 6-3, para pemain kita boleh juga menjaringkan Gol. Seingat aku dalam sejarah negara belum pernah lagi pasukan negara menjaringkan gol melebihi 2 goal apabila menentang kelab Inggeris. Kalah itu sudah pasti punyer. Macamana nak menang kerana pemain kelab Inggeris yang datang itu profesional dan bernilai jutaan ringgit. Kiranya malam ni, Malaysia telah mencatat sejarah kerana menjaringkan 3 goal. Sejarah ini akan diingat sampai bila-bila. Kita lupakan soal kalah tu. Kita ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya keana berjaya menjaringkan 3 goal. Insyaallah apabila lawan Chelsea nanti, kita mampu menjaringkan lebih banyak goal. 


Cukuplah cerita pasal bola. Besok, bacalah ulasan surat khabar. Mereka lebih pakar untuk memberikan ulasan. Sekarang ni aku nak cerita pasal cicin RM24 juta. Ada kata RM73 juta.  Kalau ada isteri penjawat awam pakai cincin berjuta-juta ringgit macam tu, kena siasat dari mana dia perolehi duit sebanyak itu. Bila sebut penjawat awam, menteri-menteri termasuk Perdana Menteri pun seorang penjawat awam. 

Macam-macam hal dikatakan berkenaan Isteri PM kita. Bukan sekarang, tetapi sejak lama dah beliau telah dilemparkan dengan pelbagai thomahan dan fitnah. banyak jugaklah dia memperolehi pahala kering tanpa berusaha. Bagi yang menuduh tu, macamanlah ko orang nak minta maaf. Kalau berjumpa dan berpeluang minta maaf pun, mahu ke DS Rosmah nak maafkan korang. Jangan ingat mudah, kalau berdosa dengan Allah, bolehlah minta maaf dan nescaya Allah akan ampunkan kecuali syirik, tetapi kalau dengan manusia, belum tentu manusia itu akan ampunkan kerana manusia bukan maha pengampun.

Pasal cincin ni, sekarang dah terbukti bahawa cincin itu dibawa masuk untuk pameran sahaja. Cincin tersebut telah pun dikembalikan atau dibawa keluar dari Malaysia.  Korang tak fikir dulu ke ilmu logik dan congak mencongak. Itulah, kalau menuduh tu biarlah ada bukti sahih. Sekarang ni, pasal tuduhan korang berkenaan cincin tu, aku percaya ramai yang percaya cerita karut korang ni termasuk isteri aku. Tak pasal-pasal mereka mendapat dosa kering membuat tuduhan kepada DS Rosmah. 

No comments: