SAHABAT BLOG

18 July 2011

Islam tunduk kepada Hak Asasi?

Sungguh bangga aku kepada kerajaan Kedah kerana telah mengharamkan segala bentuk hiburan di bulan Ramadhan. Inilah contoh terbaik sebuah kerajaan Islam. Lagi pun selain Islam, setahu aku agama-agama lain pun tidak mengalakkan penganutnya mengunjungi pusat-pusat hiburan ni. Hiburan ni bukan dihalang sepenuhnya, tetapi biarlah hiburan yang tidak melalaikan. Hiburan boleh menenangkan jiwa. Namun kalau berlebihan dinikmati, ianya boleh melalaikan dan menyusahan. Masalahnya pusat hiburan di Malaysia ni, banyak yang melalaikan. Lagi satu, pusat-pusat hibuarn yang ada di Malaysia ini sebenarnya adalah perangkap musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam. Sudah pasti pemimpin Kedah sudah fikir masak-masak sebelum memutuskan perkara ini kerana sudah tentu mereka sedar bahawa, keputusan yang mereka ambil itu akan menyebabkan rasa tidak puas hati kepada orang-orang bukan Islam yang kaki Hiburan. Bukan orang bukan Islam sahaja, orang Islam sendiri pun ramai yang tak puas hati, cuma malu sahaja untuk menyuarakan pendapat mereka.

Namun sayang seribu kali sayang, rupa-rupanya hidup orang Islam ni sebenar tidak senang selagi adanya makhluk yang sorang ni. Beliau sentiasa sahaja akan mempertahankan prinsip hak asasi manusia sebagai hujah beliau untuk menolak cadangan-cadangan indah seperti yang dibuat oleh kerajaan kedah itu. Bukan salah beliau kerana beliau mungkin tidak menganut apa-apa agama. Itu pasal beliau beragamakan hak asasi sebagai agama anutan beliau. Apa yang hak asasi manusia katakan dan perjuangkan, ianya menjadi wadah perjuangan beliau. Disebabkan kuatnya pengaruh beliau dan disebabkan takutnya pemimpin Islam PAS kepada agama baru ini, maka segala yang dirancang oleh mereka untuk kebaikan umat Islam terpaksa diubahsuai supaya sesuai dengan agama baru ini iaitu hak asasi manusia. Jika beginilah pendirian para pemimpin PAS, usahlah bermimpi untuk menegakkan Islam. Aku harap pemimpin Islam di dalam UMNO tidak takut dan gusar dengan agama baru ini kerana sesungguhnya pertolongan Allah itu boleh mengatasi segala yang ada dimuka bumi ini.  





No comments: