SAHABAT BLOG

31 July 2011

Bloger PR berjaya tangkap 'hantu'

Sekarang ini pasukan pencari dan penangkap hantu sedang berkeliaran.  Mereka ini sedang sibuk  menjalankan usaha-usaha hendak mengesan hantu-hantu yang tidak pernah pun menyangka bahawa mereka itu adalah hantu. Salah seorang penangkap hantu terkenal iaitu telah berjaya menangkap seorang 'hantu' perempuan tua di KemamanTerengganu. Aku percaya mak cik ini tidak pernah sedar bahawa beliau itu sebenarnya seorang 'hantu'. Aku percaya bahawa  Mak Cik itu sendiri tidak tahu bagaimana beliau boleh menjadi 'hantu'. Alangkah baik jika sekiranya penangkap yang berjaya menangkap ' hantu' ini boleh kongsi ceritanya bagaimana beliau boleh mengesan 'hantu' yang ditangkap olehnya itu kerana aku percaya ramai pihak yang berminat untuk mendengar cerita beliau.

Untuk kenal siapa 'hantu' cukup sukar kecuali  'hantu' itu adalah salah seorang saudara mara atau orang yang rapat dengan kita. Kalau tidak hanya hantu sahaja yang tahu dan kenal siapa hantu. Jika hendak tahu siapa bloger PR yang berjaya menangkap hantu itu sila layari SINI.

No comments: