SAHABAT BLOG

16 June 2011

Sepatutnya mereka yang meminta Saiful membawa 4 orang juga dikutuk kerana menghina Islam.


                                    Kartun Utusan Malaysia yang diambil dari blog http://dinturtle.blogspot.com/

Hari ini kecoh apabila Persatuan Ulama Malaysia 'hentam' Utusan Malaysia kerana menyiarkan karikatur yang berkisar kepada proses pembuktian kejadian rogol. Mereka mendakwa bahawa Karikatur berkenaan telah menghina Agama Islam apabila dikatakan menghina para alim ulama. Mereka mendakwa Karikatur berkenaan  anggap bahawa para alim ulama bersifat primitif dan jahil untuk membezakan antara kejadian rogol dan kejadian zina. 

Sekarang ini aku ingin membawa kembali ingatan para pembaca dan Ulama ini untuk kembali ke tahun 2008. Pada tahun itu sekitar bulan Februari, Mac atau April, aku sudah lupa, seorang pemuda telah mengadu bahawa beliau telah diliwat@dirogol oleh seorang yang bergelar Dato' Seri. www.utusan.com.my. Pada masa itu kedengaranlah suara-suara  yang mendesak supaya pemuda tersebut menyediakan 4 orang saksi ataupun bersedia untuk menerima hukuman Qazaf. 

Pemuda itu bukannya menuduh orang berzina tetapi mengadu bahawa beliau diliwat secara paksa dan tanpa rela. Diliwat samalah seperti dirogol. Kenapa pada masa itu persatuan ulama tidak  mengeluarkan kenyataan menghentam dan mengutuk mereka yang mendesak pemuda itu membawa 4 orang saksi? 

Pada zaman Saidina Umar  ada seorang perempuan yang mendakwa bahawa beliau telah dirogol. Perempuan tersebut telah membawa cecair yang didakwa sebagai air mani. Setelah diadakan Syura dan bertanya kepada kaum wanita, semua mereka mendakwa bahawa cecair itu adalah air mani. Umar hampir menjatuhkan hukuman kepada lelaki Ansar yang merogol wanita tersebut. Apabila dirujuk kepada Saidina Ali, beliau telah melakukan ujian dengan mencurahkan air panas kepada cecair tersebut dan ternyata ianya adalah putih telur.Rujuk sini

Maknanya disini jika seseorang itu mendakwa beliau dirogol atau diliwat dengan membawa bukti, maka dakwaan beliau hendaklah diterima dan bukti-bukti tersebut disiasat samada benar atau palsu. Situasi ini bersamaan dengan pemuda yang mendakwa bahawa beliau diliwat secara paksa dan tanpa rela oleh Dato' Seri. Beliau bukan menuduh orang berzina tetapi mendakwa beliau diliwat atau dirogol. Beliau telah membawa bukti dan bukti tersebut telah diuji dan didapati benar iaitu terdapat air mani peliwatnya di dalam lubang juburnya. Jadi kenapa beliau diminta untuk menyediakan 4 orang saksi dan dikenakan hukuman Qazaf. Kalau dirujuk kepada pendirian persatuan Ulama pada hari ini, jelas dan sahih mereka yang mendesak pemuda yang diliwat itu menyediakan 4 orang saksi telah menghina Islam.

Dalam kes karikatur Utusan ini, secara peribadi aku suka untuk  merujuk kepada kes pemuda yang mengadu diliwat secara paksa oleh Dato' Seri sekita tahun 2008 dahulu. 

Rujukan








1 comment:

Anonymous said...

PUM tidak harus bersikap 'pilih kasih' , PUM mesti bertegas dalam setiap isu dan konsisten.

PUM sekarang dah dilihat macam 'tidak bebas' dan lebih banyak 'play safe'.Takkanlah ulama-ulamak dalam PUM tidak peka kepada isu semasa, kenapa dibiarkan rakyat berbalah dek hukum hakam yang dilontarkan oleh parti politik.....


Masih belum terlambat untuk PUM mengembalikan maruah mereka