SAHABAT BLOG

23 June 2011

Bangsa "Malaysia" lebih munasabah berbanding Bangsa "Anak Malaysia"


Sudah dua kes dimana ADUN DAP cuba untuk mewujudkan satu bangsa baru di malaysia  iaitu bangsa 'anak malaysia'. Mmodoh dan mengong. Kalau letak bangsa 'malaysia' itu munasabah jugak tetapi diletaknya 'anak malaysia'. 

Kedua-dua ADUN ini tidak tahu ke bahawa ada rakyat kita yang bernama Malaysia. Bila masa pula mak cik Malaysia yang berada di Tawau Sabah tu beranakkan anak mereka. Pandai-pandai pulak mereka mengaku anak mereka adalah 'anak malaysia'.

Lepas itu, ada ke patut mereka tidak mahu kasi  agama untuk anak mereka.  mereka tak tahu ke undang-undang Malaysia mewajibkan agama anak ikut agama ibu atau bapa. Mereka harapkan bila besar nanti anak-anak akan pilih agama masing-masing. Kalau anak-anak mereka pilih Islam, macamana? Adakah mereka sanggup terima? Kalau tak sasau,  masau mereka nanti. 

Aku tahu,  apabila anak-anak tidak ditentukan agama mereka, mereka harapkan akan ada anak-anak Islam yang ikut agama mereka. Pada masa itu, tiada undang-undang yang boleh bantu.

Jika kita tidak menentukan agama anak-anak kita, maka apabila mereka besar, mereka tidak akan ada agama di dalam kad pengenalan mereka. Bagi orang Islam, ini adalah masalah besar. Bukan orang Islam sahaja, penganut agama lain pun bermasalah. Contohnya kalau mayat yang tidak dituntut, kita nak uruskan ikut agama mana? Tidakkah itu nanti menjadi satu masalah kepada pihak berkuasa. Bagi orang Islam pulak, mereka bebas melakukan pelbagai kesalahan agama seperti berjudi, berzina, minum arak, tidak puasa dan sebagainya kerana mereka boleh dakwa bahawa mereka tidak ada agama. Bahaya, cukup bahaya permainan orang DAP ni.

ADUN DAP ni dah mangang dan mengong. Mereka sengaja nak 'acu cuba try test' undang-undang pendaftaran kita. Untung-untung akan ada tindakan daripada pihak berkuasa.

Aku sarankan, jika betul DAP nak jayakan 1Malaysia, minta supaya mereka sokong dasar 1Negara 1Sekolah yang diperjuangkan oleh beberapa pihak bebas. 

Bacalah berita di bawah untuk lebih faham.


JPN pilih bangsa, agama anak ADUN DAP
Susan Loone
Jun 23, 11
3:32pm
Lebih banyak percubaan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai 'Anak Malaysia' telah ditolak.

NONEKes terbaru membabitkan ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan), yang mengalami nasib yang sama seperti rakan sejawatannya di Kuala Lumpur, Hannah Yeoh semalam, ketika beliau merdaftarkan kelahiran anak perempuan keduanya, Ng Caryn.

Caryn, dilahirkan pada 11 Jun, telah didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai "Anak Malaysia" untuk bangsa dan "Belum Ada" untuk agama. - Aku cadangkan Belum ada agama terpakai untuk orang bukan Islam sahaja. apa macam setuju ke wahai ADUN DAP?

Tetapi apabila sijil kelahiran rasmi dikeluarkan kepada Ng, kedua-dua bahagian itu ditulis sebagai "Cina" untuk bangsa dan "Buddha" untuk agama.

Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, "tergamam" kerana JPN, tanpa berunding atau mendapat persetujuannya, telah memilih bangsa dan agama anaknya.

Daripada menyalahkan pegawai berkenaan, Ng mensasarkan sistem JPN, dalam menyuarakan rasa tidak percayanya yang anaknya telah "ditentukan" sebagai penganut Buddha sedangkan beliau dengan jelas menyatakan bahawa anaknya belum ada agama.

Beliau juga kecewa bahawa Cina telah dipilih sebagai bangsa anaknya, dan bukannya Anak Malaysia.

"Mengapa dia (pegawai) perlu membuat keputusan ini untuk saya? Ini adalah satu perkara serius ... kenapa kita tidak boleh membuat pilihan untuk anak-anak kita sendiri, untuk mendaftarkan mereka sebagai Anak Malaysia tanpa agama lagi," katanya.

"Ini adalah semangat 1Malaysia dan harus digalakkan. Generasi akan datang kita seharusnya mempunyai kebebasan untuk menentukan bangsa dan agama mereka sendiri," katanya. - satu kenyataan berbahaya. Terserlah niat sebenar ADUN DAP ni.

No comments: