SAHABAT BLOG

25 June 2011

Aku pihak yang mempengaruhi supaya Datuk T mengaku salah

Hari ini, ramai di kalangan bloger Pro BN merasa terkejut apabila Trio Datuk T telah dihukum denda antara RM1,000 hingga RM3,000 oleh mahkamah kerana disabitkan di dalam dakwaan menayangkan video perzinaan antara seorang lelaki yang mirip Ketua Pembangkang negara iaitu Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga mereka telah mengaku bersalah ke atas dakwaan yang dikenakan kepada mereka. Untuk cerita lanjut pasal ini boleh di dapati dalam blog Lawyer Garang.

Sebelum ini aku menjangkakan bahawa Datuk T tidak akan mengaku bersalah dan mohon dibicarakan dengan harapan apabila kes ini dibicarakan kelak, maka ramailah saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Pelakon Cina dan juga lelaki Misteri berkenaan.  Aku terkejut dengan pengakuan bersalah mereka kerana selain pendakwaan ini, aku tidak fikir akan ada lagi pendakwaan yang akan dilakukan berhubung klip video berkenaan. Lama kelamaan kisah klip video ini akan berkubur begitu sahaja dan lelaki misteri itu akan kekal misteri sehinggalah Allah memberikan pentunjukkan baru untuk mendedahkan lelaki misteri yang mirip Anwar itu.

Firasat aku kadang-kadang merasakan bahawa mungkin ada pihak yang mempengaruhi Datuk T supaya mengaku. Aku tidak boleh agak dari pihak mana dan untuk tujuan apa. Kita tunggu dan lihat.

No comments: