SAHABAT BLOG

29 May 2011

UMNO KENA AWAS STRATEGI DAP UNTUK TIDAK MENGADAKAN PILIHANRAYA DUN BERSAMA PRU 13


Diberitakan bahawa pihak pembangkang tidak akan mengadakan pilihanraya negeri bagi DUN mereka jika sekiranya Pilihanraya diadakan pada tahun ini. Kecuali Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor nampaknya sebulat suara akan mengadakan pilihanraya berasingan jika sekiranya PM Najib umumkan PRU13 bakal diadakan pada dalam tahun ini.

Aku bukannya nak sebelah mana-mana pihak, tetapi budaya ataupun kaedah penetapan tarikh PRU di negara ini berlainan sekali dengan negara-negara lain termasuk jiran tetangga seperti Indonesia, Singapura, Thailand ataupun Filipina. Negara-negara berkenaan kebiasaannya akan mengumumkan tarikh pilihanraya berbulan-bulan sebelum tarikh sebenar diadakan. Malaysia kebiasaannya akan mengumumkan tarikh pilihanraya Umum mereka kurang dari sebulan. Ramai pihak terutama pihak pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan budaya ini kerana kata mereka, tarikh PRU yang dipilih kebiasaannya akan memberi kelebihan kepada BN kerana kebiasaannya BN akan mengadakan PRU jika sekiranya mereka yakin sokongan rakyat telah mereka perolehi.

Tarikh PRU sentiasa sahaja menjadi satu tarikh yang penuh dengan teka teki. Pelbagai telahan dibuat termasuk tarikh-tarikh yang dianggap istimewa kepada PM. Apabila kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang mengatakan mereka akan mengadakan pilihanraya berasingan dengan  PRU, aku mengharapkan mereka tidak mengikuti jejak langkah BN yang mengumumkan tarikh pilihanraya pada saat-saat akhir. Aku mengharapkan mereka akan memaklumkan tarikh pilihanraya negeri masing-masing berbulan-bulan lebih awal. Namun aku tidak fikir mereka akan bertindak sedemikian kerana mereka pun akan terikut-ikut dengan budaya plitik BN kerana ini memang budaya politik malaysia.

Berbalik kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan PR untuk mengadakan pilihanraya berasingan, aku cuma boleh katakan bahawa mereka sebenarnya bimbang dan tidak berani menghadapi pilihanraya dalam tahun ini. Parti PR sedar bahawa, jika sekiranya mereka mengadakan pilihanraya pada tahun ini, mereka bakal kehilangan negeri mereka kepada BN sekurang-kurangnya Kedah dan Selangor sudah pasti akan kembali kepada BN. Manakala Kelantan rasanya masih kekal kepada PAS dan Pulau Pinang akan melihat persaingan sengit. Bagi PAS pula, tahun ini merupakan tahun pemilihan di dalam pucuk pemilihan parti. Dengar ceritanya, persaingan diperingkat Timbalan Presiden dan Naib Presiden begitu sengit. Ada yang berani mengatakan bahawa pertembungan antara puak-puak yang sealiran dengan Anwar Ibrahim dan Puak-puak Ulama. Bagi orang PAS sendiri, mereka maklum akan perkara ini tetapi masih anggap bahawa pertandingan itu menandakan parti masih lagi mengamalkan proses demokrasi yang sihat. 

Aku kurang mengikuti prkembangan parti PAS, jadi tidak boleh nak ulas lebih lanjut. Cuma kalau diambil kira secara umumnya budaya politik Malaysia, apabila adanya pertandingan, maka sudah tentu ada yang kalah. kebiasaannya mereka yang kalah akan terus dilupai dan jasa-jasa mereka hanya akan diungkit kembali apabila mereka mati. Sehubungan itu, aku fikir pemimpin parti PAS yang tewas juga akan mengalami nasib yang sama.  Kesimpulannya, pihak PAS tidak mahu PRU di adakan pada tahun ini kerana secara objektifnya, parti mereka masih lagi sedang di dalam baru sembuh dari luka. Masih belum kuat lagi disebabkan pemilihan pucuk pimpinan yang sengit. 

Bagi DAP pula, mereka masih belum lagi menikmati sepuas-puasnya rasa manis memegang tampuk kuasa. Masih banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan. Oleh itu, mereka ingin supaya tempoh 5 tahun yang dibenarkan oleh perlembagaan itu digunakan sepenuhnya. Kata mereka, masih banyak janji-janji di dalam manifesto PRU 12 dahulu yang masih belum dilunaskan. Sebagai memenuhi tanggungjawab mereka kepada rakyat, mereka akan melunaskan sebanyak mungkin janji-janji yang telah mereka buat semasa PRU 12 dahulu kerana mereka tahu bahawa selepasda PRU 13 nanti, mereka sudah tidak mempunyai kuasa lagi. Kuasa mereka akan bakal beralih kepada kerajaan BN kembali. 

PKR pula tidak mampu untuk menghadapi PRU tanpa Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim boleh dikatakan sebelah kaki sudah berada di Sungai Buluh. Jika PRU diadakan pada tahun ini, PKR adalah parti yang paling lemah dan kemungkinan besar mereka akan kalah teruk dalam PRU 13 nanti. Namun demikian, jika PRU diadakan tahun depan atau tahun 2013, PKR masih sempat pulih. Satu perkara yang mereka lupa bahawa, jika sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, beliau masih mempunyai 2 mahkamah lagi untuk merayu. Oleh itu, aku tidak menjangkakan bahawa Anwar Ibrahim akan ke penjara dalam tahun ini. Tahun depan Insyaallah.

Pendapat peribadi aku, hujung tahun ini adalah masa yang paling sesuai bagi Najib untuk mengadakan PRU. Jika sekiranya PRU diadakan pada tahun ini, ini bermakna ianya diadakan 2 tahun lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Secara peribadinya, aku bersetuju supaya Najib mengadakan PRU pada tahun ini kerana peluang untuk menang cukup cerah dan  BN kembali memperolehi majoriti 2/3 supaya beliau lebih mudah untuk menjalankan pentadbiran negara. Jika dibiarkan lebih lama lagi ataupun diadakan dalam tahun depan, aku khuatir kekuatan PAS akan kembali dan momentum sokongan orang melayu kepada BN akan mengendur manakala DAP pula sempat menyusun strategi mereka. Sekarang ini, momentum sokongan orang melayu berpihak kepada UMNO. Lihat sahaja kepada keputusan PRK yang diadakan sejak akhir-akhir ini semuanya dimenangi oleh calon UMNO.

Aku juga mejangkakan kerajaan Kelantan dan Kedah akan mengadakan Pilihanraya negeri mereka sama tarikh dengan PRU 13. Bagi Pulau Pinang dan Selangor, mereka mempunyai perancangan tersendiri. Mereka sengaja untuk tidak menyertai pilihanraya negeri bersama-sama dengan PRU 13 disebabkan mereka ingin memberikan fokus yang lebih kepada negeri yang mereka miliki. Mereka kurang yakin kepada kepada parlimen. Oleh itu banyak gerak kerja dan peruntukkan akan diberikan khusus kepada Pilihanraya negeri. Mereka juga mungkin tidak mahu menggunakan senarai pengundi yang sama dengan senarai pengundi PRU 13 kerana mereka mempunyai perancangan tersendiri. Apa perancangannya mungkin mereka masih belum habis menyusun  senarai ahli mereka untuk ditempatkan dipusat-pusat undi yang boleh mereka menang. 

No comments: