SAHABAT BLOG

30 May 2011

Jangan berterusan tutup mata sehingga tidak nampak apa-apa.


Malam ni, aku copy artikel Dr. Ridhuan Tee dan aku edit. Arikel beliau terlalu panjang tetapi padat dan berisi. Oleh kerana panjang sangat, maka aku , potong sikit, tambah sikit mana-mana yang aku rasa selesa. Bagi yang ingin membaca artikel asal, ada di sini.



Apakah kita masih buta?


Akhbar perkauman ultra kiasu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen keadilan untuk mendiang Lim Lian Geok (meninggal 1985), seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh. 

Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. 

Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961 dan  didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum. 

Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok. Hari ini, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka kerana mereka berpendapat perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara. 

Ini kata-kata mendiangLian Geok “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”. 

Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara. Kalau di Indonesia, dah lama dia kena halau. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini. 

Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. 

Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan.  Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang. 

Isu yang dibawa oleh PPKLLG sama sekali tidak banyak berbeza dengan isu yang dibawa oleh 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (suqiu) ketika penamaan calon DUN Merlimau, 26 Februari 2011 lalu. Suara mereka senada, sehati sejiwa. Mereka mengemukakan tuntutan yang sama iaitu kembalikan taraf warganegara Lian Geok, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan berikan layanan sama rata kepada sekolah vernakular. Sebarang bentuk diskriminasi hendaklah dihentikan segera. Tidak cukup dengan itu, sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari. Saya amat memuji ‘semangat’ dan keberanian yang ada dalam perjuangan mereka, alangkah baik jika umat Islam mempunyai semangat sedemikian, yang tidak pernah luntur. 

Jika dihayati ‘perjuangan’ Lian Geok, sepatutnya ia akan dapat menurunkan semangat ultra kiasu kumpulan ini. Tetapi bermula tahun 2008 hingga ke hari ini, menunjukkan sebaliknya. Mereka sibuk memperbesarkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM tahun lalu. Mereka menuduh JPA yang bukan-bukan tanpa memberi peluang kepada JPA untuk membela diri. JPA bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan kerana tertakluk kepada ‘boss’ atau menteri yang bertangunggjawab.

Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin ultra kiasu dalam komponen Barisan Nasional turut mengecam JPA. Mereka ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging. Berkali-kali saya telah nyatakan inilah strategi paling licik, bersatu dalam senyap. Tekanan demi tekanan dan desakan begitu agresif dibuat. 

Ultra kiasu mendesak supaya Talent Corp mengambilalih urusan ini daripada JPA. Pada mereka, JPA tidak telus, hanya mementingkan pelajar Melayu sahaja. Formula yang ada tidak mahu diterima pakai. Andai kata Talent Corp diberikan mandat untuk menguruskan hal ini, saya yakin Talent Corp akan menjadi mangsa seterusnya, jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahi ultra kiasu. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan kerajaan semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul. 

Cemerlang tidak hanya boleh dinilai dengan mendapat A+ sahaja. Saya fikir banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama aspek kecerdasan emosi (EQ). Apa guna mendapat A+ jika matlamatnya untuk mendapat biasiswa sahaja. Setelah tamat pengajian, bayang entah ke mana. Mereka tidak terasa terhutang budi. Tidak mahu menabur bakti di bumi sendiri. Malah ada sanggup mengkhianati dan belot. 

Justeru, definisi pelajar cemerlang perlu penjenamaan semula, supaya tidak disalahertikan. Bagi memenuhi tuntutan ini, JPA telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar-pelajar terlibat. Ultra kiasu begitu menentang tindakan JPA. Ultra kiasu sudah dapat menjangkakan jika temuduga dibuat, pelajar bukan Melayu agak sukar untuk menandingi pelajar Melayu, terutama dari aspek keupayaan berbahasa walaupun mungkin mereka mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu. 

Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan? 

Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu. 

Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang. 

Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat. 

Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat. 

Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta? 

Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?

No comments: