SAHABAT BLOG

29 May 2011

PAS penyumbang kepada keangkuhan Kristian

Sebenarnya ada artikel yangh tertangguh aku nak post paga pagi ni. Sementara tunggu perlawanan akhir Piala Liga Juara-Juara antara MU menentang Barcelona, aku layan dulu blog-blog sahabat-sahabat. Mula-mula blog Dinturtle pasal dia rajin kemas kini blog. Aku dok ingat Din ni bukan kerja di sektor pelancongan macam dia dakwa, kalau ikutkan telahan dan agakan aku, dia ni aku percaya seorang wartawan bebas. Blog dia kali ni posting pasal usaha-usaha puak-puak Kristian untuk mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Islam UMNO untuk menggunakan kalimah Allah.  Kali ni pasal CD ceramah puak-puak kristian yang membincangkan pasal kerajaan Allah. 

Orang Islam faham Allah itu Esa dan satu, tidak beranak dan diperanakkan. Orang Krtistian pula faham Allah itu ada tiga ataupun Trinity. Ada Bapa, Anak dan Ibu. Kalaulah Allah itu diizinkan untuk digunakan oleh orang Kristian di dalam penerbitan dan ceramah mereka, kelam kabut jadinya pemahaman anak-anak kita dan mungkin boleh menjadi punca kepada pergaduhan dan perbalahan generasi yang akan datang. Masing-masing nak menegakkan pemahaman terhadap Allah. Aku pun pelik juga, kalau Allah itu ada anak, ada isteri, kelam kabut juga jadinya pengaturan dunia ini. Bapa kata nak turunkan hujan, anak kata tak payah, Bapa  kata nak bagi rahmah, anak kata tak payah. 

Pendapat aku, selagi PAS 'dipegang dan diikat' oleh DAP, kita akan melihat agama Kristian semakin berkembang dari hari ke hari. Di samping itu juga mereka akan menjadi semakin berani untuk mencabar kedaulatan Islam di malaysia ini. kenapa aku kata PAS menjadi penyumbang kepada kebiadapan puak-puak Kristian di malaysia dewasa ini. Sebabnya, apabila ada sahaja isu-isu yang berkaitan dengan kristian seperti penggunaan agama Allah, isu Al Kitab, Isu perjumpaan para paderi, kita akan lihat para pemimpin DAP akan berada dibelakang setiap isu yang ditimbulkan tersebut. PAS pula akansentiasa  menyebelahi DAP dalam apa jua keadaan termasuk dalam hal-hal yang melibatkan perluasan agama Kristian di malaysia ini. 

Isunya, kenapa PAS telah menjadi begitu buat dan tidak nampak mata-mata serapang DAP ini? Jawapanya, kerana pemimpin PAS telah menjadi buta dan tidak nampak disebabkan dendam dan rasa benci yang begitu tebal mereka kepada UMNO. Setiap kali UMNO cuba untuk membuka mata mereka supaya mereka sedar akan helah dan kelicikan DAP, para pemimpin PAS akan menafikannya dan menuduh pemimpin UMNO berniat jahat dan cuba untuk memporak perandakan persefahaman yang telah mereka jalinkan.  Pemimpin PAS ini sebenarnya sedang ditipu oleh sandiwara-sandiwara puak-puak DAP. Aku harap para pemimpin PAS bacalah kisah T.E.Lawrence ataupun Lawrence Of Arabia dan juga kisah Snouck Hurgronje iaitu 'ulama tiruan" yang menyamar sebagai Islam bagi tujuan memecah belahkan Islam di Aceh.



1 comment:

Anonymous said...

salam putrarahman - Saya wartawan bebas ? hahahahahaha ... wartawan bebas tak boleh cari makan kat KT, wartawan tetap sendiri tak cukup isu nak cover. Kalau cerita dari Ganu, balik2 dadah, khalwat, mercun dan yang terbaru pondan nak tukar nama ! Menunjukkan wartawan di KT takde kerja lain, duk menunggu depan mahkamah je ..... ( hmmmm banyak masa nak berblog tu ! )

Satu lagi, bila masa pula saya kata saya kerja dipelancungan ? Itu DULUUUUU .... zaman muda, tengah fit ( katang ! ), rajinlah nyelam, trekking.. le nih dah boroi,semput.

Apapun terimakasih kerana menyambung isu disini. Tak kisahlah nak setuju atau tidak, asalkan isunya diperkatakan. Belah petang sikit nanti saya sambung lagi artikel ... ( kalau mehkamah syariah tak banyak kes heheheheh )