SAHABAT BLOG

26 May 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA TIDAK NAIKKAN PETROL.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa subsidi Petrol RON95 tidak akan diselaraskan semula. Ini bermakna harga petrol TON95 masih kekal pada harga RM1.90 seliter. Walaupun apa pun alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk memberikan jawapan kepada keputusan yang diambil ini, rakyat hendaklah mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah mendengar segala keluh kesah orang ramai dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tidak menzalimi rakyat.

Menurut pendapat pakar ekonomi, rakyat yang berpendapatan rendah banyak menghabiskan duit pendapatan mereka yang tidak seberapa itu untuk membeli barang keperluan asas seperti makanan harian. Jika minyak dinaikkan, sudah tentu harga barang-barang keperluan asas akamn turut naik harga. Sudah tentu bila barang keperluang asas naik harga, golongan miskin akan terasa beban yang teramat sangat. Golongan ini yang ramainya adalah orang melayu hendaklah melahirkan rasa syukur dan juga terima kasih kepada kerajaan kerana tidak menaikkan harga minyak. Bagi golongan yang kaya raya, mereka langsung tidak terjejas dengan keputusan kerajaan samada hendak menaikkan harga minyak atau pun mengekalkan harga minyak. Bagi mereka sama sahaja. 

Bagi golongan pertengahan yang tinggal dibandar-bandar besar. Walaupun mereka bukan golongan miskin kerana memperolehi pendapatan melebihi RM3,000 atau RM4,000. Perbelanjaan mereka lebih kepada keperluan asas seperti tempat  tinggal dan juga kenderaan dan makanan serta keperluan harian. Oleh sebab itu, walaupun mereka berada di dalam golongan pertengahan, tetapi pendapatan mereka masih belum cukup kerana keperluan asas yang disebutkan tadi.  Kesimpulannya mereka juga akan merana jika kerajaan menaikkan harga minyak.

Kesimpulannya, sebagai penyokong kerajaan, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana tidaka menaikkan harga minyak. Namun demikian, bagi membantu kerajaan mengurangkan pengguaan minyak, aku akan had sedikit pergerakan kenderaan aku. Jika aku berjaya mengurangkan 30% penggunaan minyak, bermakna aku berjaya membantu kerajaan menjimatkan sebanyak 30% permintaan terhadap petrol.  Jika semua rakyat mengurangkan pergerakan kenderaan mereka sebanyak 30%, bermakna permintaan terhadap petrol dapat dikurangkan sebanyak 30%. Apabila permintaan terhadap petrol berjaya dikurangkan sebanyak 30%, bermakna kerajaan tidak perlu membayar subsidi sebanyak 30%.

No comments: