SAHABAT BLOG

17 May 2011

Ikhtibar dari Sejarah Empayar Uthmani

Dah hampir seminggu tidak kemas kini blog. Bukannya tak ada idea tetapi kebetulan talian stremyx aku off disebabkan kegiatan mencuri cable telekom. Orang lain yang mencuri, aku yang menanggung sengsara. Seminggu merana tak boleh ke dunia maya. 

Malam ni, bolehlah aku melepaskan geram dan rindu dendam untuk menulis. Kalau tak dikacau oleh anak-anak aku.

1.     Isu Kristian ganti Islam?

Isu ini dikatakan amat sensitif kerana ianya melibatkan soal agama. Mereka katakan bahawa isu agama jangan dipolitikkan, tetapi PAS hari-hari mengatakan bahawa agama tidak boleh berpisah dari politik. Politik itu sendiri sebahagian dari topik perbincangan dalam agama. Jadi jika PAS boleh membicarakan isu agama di dalam topik-topik perbincangan politik mereka, maka aku fikir, tidak ada sebab kenapa Isu Kristian  ini tidak boleh dibincangkan dan dikaitkan dengan politik kerana Krsitian itu juga satu agama. Lagi pun di Negara kita sekarang ini, bukan sahaja isu agama, bahkan apa isu sekali pun pasti ada hubung kaitnya ataupun dikaitkan dengan politik kerana Malaysia adalah negara yang membincangkan soal politik 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Bincanglah apa isu sekalipun, pasti ada pihak yang akan mengaitkannya dengan politik. Isu penjenayah kena tembak ke, isu buang bayi ke, isu zina ke., isu liwat ke, isu rasuah ke, isu guru naik gaji ke dan macam-macam lagi isu yang ada.

Apabila membicarakan soal Kristian ini, kebetulan pulak sekarang ini aku sedang baca buku Sejarah Empayar Uthmani ( belum habis lagi). Di dalam buku tersebut banyaklah diceritakan pasal perang salib di antara Empayar Byzantine dengan Empayar Uthmani. Apa yang menarik perhatian aku ialah berkenaan pencabulan penjanjian damai di antara puak Kristian dengan puak Islam pada zaman Sultan Murad II.  Perjanjian ini dibuat oleh Sultan Murad II dengan Kristian Eropah yang diwakili oleh Hungary. Orang Islam telah berpegang kukuh dengan perjanjian damai ini, tetapi tidak dipihak Kristian.  Pope Eugene IV telah meminta perjanjian tersebut dimasuhkan kerana katanya tidak sah kerana tidak mendapat restu Pope iaitu wakil Jesus di Bumi ini. Akhirnya tentera Kristian menyerang umat Islam apabila perjanjian damai yang ditandatangani selama 10 tahun di  Sizjadan tersebut mereka cabuli. Pencabulan perjanjian sememangnya menjadi sifat utama musuh ugama Islam. Oleh itu Allah mewajibkan agar umat Islam memerangi mereka. Firman Allah Taala dalam surah Al-Taubah ayat 12 yang bermaksud:
      
      "Maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)". Surah Al-Taubah:12

Al Quran dan sejarah telah menegaskan bahawa ketua-ketua orang-orang kapir ini tidak pernah menghormati mana-mana perjanjian dan persefahaman. Namun demikian, kenapa masih ada di kalangan umat Islam masa kini yang masih percaya kepada perjanjian persafahaman yang dibuat dengan ketua-ketua orang-orang kapir ini. Ketahuilah musuh-musuh Islam  akan mengambil peluang dan kesempatan apabila mereka melihat umat Islam berada di dalam keadaan lemah dan tertindas.

Berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini berkenaan laporan akhbar Utusan berkenaan Kristian ganti Islam, dan Perdana Menteri Kristian, aku tegaskan sekali lagi di sini bahawa aku tidak menuduh dan juga tidak berperasangka buruk, Tetapi tidak mustahil itu memang menjadi impian dan cita-cita setiap penganut dan paderi Kristian di Malaysia ini. Menyimpan cita-cita dan impian sedemikian tidak salah. Samalah juga jika umat Islam di Cina yang menyimpan cita-cita dan impian untuk menwujudkan pemerintahan Islam di Cina. Namun demikian, ianya menjadi salah apabila terdapatnya usaha dan juga ikhtiar ke arah untuk merealisasikan perkara tersebut. Usaha dan ikhtiar itu yang dibimbangi akan menjejaskan keharmonian kaum yang telah dikecapi sejak sekian lama di Malaysia ini. Usaha dan ikhtiar itu seumpama garam dalam makanan. Kita tahu bahawa garam itu ada kerana ada rasa masin, tetapi kita tidak dapat melihat atau mengesannya kewujudannya.

Kepada puak-puak PKR dan PAS yang beragama Islam, tidak salah hendak menjalinkan perjanjian dan persefahaman dengan DAP yang dipimpin oleh orang Kapir, tetapi janganlah percaya 100 peratus, dan renunglah surah At Taubah ayat ke 12 yang aku catatkan di atas, di samping itu rajinlah membaca Sejarah Empayar Uthmani. Aku yakin dan percaya bahawa jika Islam lemah, tidak ada halangan bagi orang -orang kapir ini hendak menguasai Malaysia ini walau dengan apa cara sekali pun. Bukan sekarang, tetapi tunggulah masa dan ketikanya di mana umat Islam benar-benar lemah. Pada masa itu, perjanjian kemana, persefahaman kemana dan perlembagaan pun entah dimana. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

2.    Kes Liwat Anwar Ibrahim

Hari ini, hakim telah memutuskan bahawa pihak pendakwa berjaya membukti dan menyakinkan hakim bahawa kejadian liwat tanpa rela benar-benar berlaku di kondominium sebagaimana didakwa.  Oleh yang demikian, Anwar Ibrahim dipanggil untuk membela diri. Sebenarnya, Anwar masih lagi belum didapati bersalah. Ramai yang mungkin silap faham, kerana mungkin mereka beranggapan bahawa apabila Anwar diperintahkan membela diri, maka beliau telah didapati bersalah. Hakim membuat keputusan berdasarkan hujah-hujah pendakwaan dan juga hujah-hujah peguam bela untuk menolak hujah-hujah pendakwaan. Nampaknya hujah pendakwaan lebih dipercayai oleh hakim berbanding hujah pasukan peguam bela. Oleh itu,  hakim panggil Anwar untuk mempertahankan diri. Anwar boleh pilih samada hendak membela diri secara bersumpah dan dicabar (ada soal balas oleh pendakwa) ataupun Anwar boleh membaca keterangan secara bertulis atau lisan tanpa bersumpah dan keterangan ini tidak dicabar atau disoal balas ataupun Anwar boleh berdiam diri sahaja.

Kalau dilihat kepada persediaan yang dibuat oleh pihak Anwar, aku percaya beliau akan memilih untuk bersumpah dan akan membela diri dengan memanggil saksi-saksi. Dengar ceritanya 30 orang saksi bakal dipanggil oleh pasukan peguam bela dimana Anwar akan menjadi saksi pertama yang akan dipanggil. Wan Azizah iaitu isteri Anwar mungkin akan dipanggil sebagai saksi alibi. PM Najib dan RM juga katanya akan diambil keterangan mereka. Apa-apa pun kita tunggu 06 Jun dan seterusnya. Kalau tidak ada penangguhan, dijangkakan pada Julai 2011, kita bakal tahu nasib Anwar Ibrahim samada ke Sungai Buluh atau ke Parlimen.




No comments: