SAHABAT BLOG

08 May 2011

Paderi Kristian bercita-cita dan berikhtiar sedikit demi sedikit untuk menegakkan Kristian di Malaysia?

Hari ini akhbar Utama orang Melayu iaitu Mingguan Malaysia memilih tajuk utamanya berkenaan usaha puak-puak Kristian yang aku fikir didalangi DAP hendak menjadikan Kristian sebagai agama Rasmi di Malaysia ini sebagai menggantikan Agama Islam dan juga mereka berazam untuk melantik Perdana Menteri di Kalangan penganut Kristian. 

Beberapa pertubuhan NGO Melayu dan Islam seperti PERKASA mahu supaya pihak Polis menyiasat perkara ini kerana dibimbangi ianya akan menimbulkan ketegangan kaum dan juga boleh dikatakan menghasut. Aku tunggu juga apa reaksi pihak PAS berhubung perkara ini. Walaupun aku masih belum membaca sebarang penafian daripada pihak PAS, aku cukup yakin kalau dilihat sifat mereka yang suka 'menjadi kuda tunggangan' kepada DAP,  mereka akan menafikan perkara ini dan menuduh Utusan berniat jahat patut disiasat. Aku juga percaya mereka juga akan mendesak pihak kerajaan supaya membatalkan permit Utusan kerana peranan yang dimainkan oleh Utusan yang sentiasa menyebarkan berita-berita yang mereka anggap menghasut dan mengeruhkan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Kalau ditanya aku, adakah boleh dipercayai berita itu. Terus terang aku katakan bahawa perkara ini bukannya sesuatu yang mustahil. Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan kerana perlembagaan kita telah menetapkan bahawa Islam itu adalah agama Rasmi Persekutuan dan untuk mengubah perlembagaan memerlukan majoriti 2/3 wakil parlimen mempersetujuinya. Aku cakap tidak mustahil kerana perlu diingat bahawa Perlembagaan kita juga tidak menetapkan bahawa Perdana Menteri itu mesti seorang yang beragama Islam. Seorang Perdana Menteri itu mempunyai kuasa yang cukup luas dan tinggi sehinggakan beliau boleh menasihati Yang Dipertuan Agong di dalam sesuatu hal. Oleh itu, jika ditakdirkan Perdana Menteri itu seorang Kristian, cuba bayangkan apa yang boleh beliau lakukan untuk memertabatkan Kristian di Malaysia ini.

Aku bukan menuduh, tetapi menjangkakan dan dapat merasakan bahawa  Kristian di Malysia  mempunyai impian dan cita-cita hendak menegakkan agama Kristian di Malaysia ini. Walaupun mereka sedar bahawa ianya terlalu sukar dan hampir mustahil untuk berjaya, jika dilihat kepada populasi penganut Islam di Malaysia ini, tetapi apabila cita-cita dan impian itu terus ada dan mekar subur di dalam paderi-paderi Kristian, mereka akan berusaha sedikit demi sedikit dan mengharapkan keajaiban bakal berlaku. Usaha ke arah itu telah digerakan dan salah satu ikhtiar mereka adalah menjalinkan kerjasama dengan PAS dan PKR . 

Secara logiknya, tidak salah bagi paderi Kristian untuk menyimpan cita-cita dan Impian sedemikian, tetapi yang salah ialah PAS dan PKR kerana tidak sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada rancangan paderi-paderi tersebut. Aku juga berpendapat bahawa, para pemimpin Islam wajib sedar dan berikhtiar sedaya mungkin untuk mengagalkan impian dan cita-cita puak-puak kristian ini.

No comments: