SAHABAT BLOG

07 May 2011

PERPADUAN KUASA ISLAM - JIKA MCA MENJADI PENGHALANG, TINGGALKAN SAHAJA MCA .

 Artikel malam ni ada hubungkaitnya dengan perpaduan antara kuasa-kuasa Islam di Malaysia sekarang ni. Kuasa-kuasa itu tidak lain dan tidak bukan ialah PAS dan UMNO. Jika MCA menjadi penghalang, tidak ada kerugiannya MCA ditinggalkan. 

Aku kira mereka yang  menyindir ATAU membangkang usaha pihak UMNO untuk mengadakan perpaduan dengan parti PAS bagi tujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Umat Islam di negara kita ini sebagai pengkhianat Islam sebenarnya. Aku tak kira siapa orang itu, samada profesor ke, tuan guru ke, setiausaha parti ke atau sesiapa sahaja. Aku kira  mereka semua ini menjadi punca dan pencetus kepada kebangkitan agama-agama lain di Malaysia ini. Tulisan dan ucapan mereka semua menjadi baja kepada kristian untuk lebih kukuh dan semakin mendapat tempat dan sokongan di Malaysia dewasa ini.

Sedarlah wahai orang-orang yang berserban dan berkopiah atau yang berjubah yang asyik fikir pasal politik 24 jam, musuh Islam sedang tersenyum lebar bila masa kamu semua mentertawakan usaha  nak adakan kerjasama dan perpaduan dalam Islam. Bila orang UMNO berusaha nak ajak kamu semua bekerjasama dan membentuk perpaduan demi Islam dan meminta kamu tinggalkan DAP, kamu sindir UMNO. Aku bukan ahli politik, maka aku tidak anggap apa yang UMNO cakap tu bermaksud politik. Aku adalah seorang rakyat yang beragama Islam yang ingin melihat Islam itu kuat dan mampu berdiri dengan teguh di Malaysia ini. Walaupun pegangan Islam aku tidaklah sekuat dan sekukuh kamu semua, tetapi jiwa aku adalah jiwa Islam. Tidak ada sedetik dalam hati aku ingin melihat agama-agama lain mendapat kekuatan dan kekuasaan mereka di mana-mana bahagian di Malaysia ini.  Sekarang ini aku bersyukur kerana Islam masih lagi kuat dan gagah. Semuanya ini diperolehi bukan pasal PAS ataupun pemimpin UMNO, tetapi kerana Islam di Malaysia masih mendapat pertolongan dari Allah dan Allah masih memberi peluang kepada pemimpin Islam untuk berfikir bagaimana kaedah dan caranya supaya Islam terus kukuh dan kuat di Malaysia ini. Allah masih menurunkan rahmatNya ke bumi bertuah ini. Di samping itu juga , Islam masih kukuh dan kuat kerana adanya perutukkan di dalam perlembagaan yang memberi kekuatan kepada Islam. 

Kalau kuasa-kuasa Islam sudah berpadu, pesanan aku kepada pemimpin UMNO dan PAS, jangan lupa untuk memperkuatkan Islam dan lebih berkesan dan lebih kukuh. Perhebatkan dan perkasakan lagi perlaksanaan undang-undang Islam. Gantikan segera sistem perbankkan kovensional kepada sistem perbankkan Islam sepenuhnya. Muamalat Islam hendak diperkemaskan. Sistem Riba, Judi dan Gharar hendaklah dihapuskan segera dari bumi Malaysia ni. Jika ada yang menentang dan meminta langkah mayat mereka, usah takut, yakinlah kepada pertolongan Allah S.W.T. Islam sudah kuat, maka apa yang perlu dibimbangi lagi.  Perkemaskan perlembagaan dan tambahkan fasa-fasa yang memperkuatkan Islam seperti mewajibkan hanya orang Melayu dan beragama Islam sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Di Peringkat negeri pula, perkemaskan Undang-undang Tubuh kerajaan negeri dengan tujuan untuk memperkuatkan Islam. Dari sekarang, kena fikirkan bagaimana nak kuatkan Islam di Malaysia ini. Yakinlah bahawa Islam itu mampu untuk menyelesaikan semua perkara dalam dunia ini termasuklah warganegara yang belum Islam. Aku percaya , jika kamu semua sayangkan Nur Islam di Malaysia ini supaya tidak hilang dan runtuh, kamu akan berusaha dengan Ikhlas untuk bersatu. 

UMNO jangan fikir lagi pasal kerjasama dengan MCA. Kalau boleh tinggalkan sahaja MCA itu supaya mereka mencari haluan sendiri atau Pemimpin MCA boleh  bubarkan sahaja MCA dan menyertai DAP kerana MCA sudah tidak ada objektif lagi. MCA ditubuhkan bagi tujuan mewakili kaum Cina. Sekarang ini orang Cina sudah tidak mahu kepada MCA atau dalam bahasa mudahnya, orang Cina sudah tidak anggap MCA itu sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Oleh itu apa tujuannya lagi MCA itu hidup kerana mereka sudah tidak diperlukan lagi. Kerjasama antara UMNO dan MCA menjadi batu penghalang kepada PAS untuk berpadu dengan UMNO. Ini yang selalu dijadikan alasan oleh PAS kenapa mereka bekerjasama dengan DAP. Oleh itu, jika UMNO meninggalkan MCA, sudah tidak ada alasan lagi bagi PAS untuk tidak meninggalkan DAP dan berpadu dengan UMNO.

Kalau perpaduan makin lambat diusahakan, dibimbangi parti DAP akan berjaya memerintah . Kalau tidak dapat memerintah persekutuan sekalipun, dibimbangi beberapa negeri seperti Melaka, Perak, Negeri Sembilan bakal dipimpin oleh mereka.  Kalau DAP dah memerintah, jangan haraplah Islam akan kuat seperti sekarang ini. Pemimpin DAP pun ada agama anutan masing-masing. Takkan mereka begitu bodoh dan terkebil-kebil biji mata macam cicak kubing tertelan kapur melihat Islam kuat sedangkan kuasa berada di dalam tangan mereka. Kamu semua ingat pemimpin DAP sanggup ke nak luluskan peruntukkan untuk Islam. Pasti tuhan mereka akan mengamuk sakan dan tidak beri mereka untung atau Ong jika mereka mereka membiarkan Islam maju dan kuat di depan mata mereka. Jadi bila agama lain dapat kuasa, aku cukup  yakin bahawa  mereka ini akan berusaha hendak menghapuskan kehebatan Islam di Malaysia ini. Kalau tidak mampu nak dihapuskan pada peringkat awalnya, pasti mereka berusaha keras supaya agama anutan mereka berdiri  sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Islam. Kalau Islam dapat peruntukkan RM10 juta, mereka juga mahu supaya agama mereka dapat RM10 juta. Lama kelamaan Islam itu akan ditolak ketepi.

Ambillah pengajaran  dari peristiwa sejarah perang salib, percerobohan Iraq, Afghanistan, pembunuhan Saddam Hussain, pembuhunan Osama bin Laden, kehancuran kota Baghdad, pergaduhan di India pasal Masjid Barbari, perlebaran Kristian semasa penjajahan British dahulu dan lain-lainnya. Semuanya pasal Islam.

Artikel asal, lebih ganas lagi sebenarnya, tetapi telah diedit beberapa kali. Objektif aku sebenarnya nak keluarkan artikel yang ganas macam beberapa blog hebat, tetapi sayang kerana aku tidak mampu untuk menjadi seganas mereka. Artikel aku pada malam ini  mendapat ihlam dari artikel sahabat Dinturtle di SINI.


No comments: