Semalam dan hari ini, boleh dikatakan semua bloger Pro BN menulis cerita pasal Vedeo Seks Part 2. Aku tumpang baca je. Tak ada rasa nak ulas kerana tak de maknanya kalau setakat manusia biasa macam aku ni nak ulas. Kata orang kampung aku "dok degih". Buat penat dan pening je. Tunggu je le kot-kot Allah memberikan pentunjuk dan hidayah kepada manusia-manusia terpilih untuk mengesah kebenaran pembongkaran Video Seks ini.
Hari ini timbul pula Video Anwar Ibrahim 'mengamok' di IPD Dangwangi. Macam biasa, 'alah bisa tegar biasa'. Cuma aku tertarik kepada hukum bersumpah yang dijelaskan oleh Anwar iaitu orang Islam yang hendak bersumpah itu hendaklah bebas daripada Dosa Besar iaitu tidak minum arak, tidak berzina. Adakah ini bermaksud kalau melakukan dosa-dosa besar tidak boleh bersumpah mubahalah. Adakah Saifol Bukhari tidak melakukan dosa besar sebab itu beliau bersumpah, Adakah Datuk Najib tidak melakukan Dosa besar, sebab itu dia bersumpah, Anwar pula kenapa tidak bersumpah, ada Dosa Besar ke? Kalau nak tengok Video berkenaan, sila ke http://darulehsantoday.blogspot.com/.
Sekarang ni, aku nak tulis pasal PERKASA dan 1Bumiputera yang bakal dilancarkan di Kedah pada 30 April 2011 iaitu hari Sabtu ni. Konsep 1Bumiputera ni lahir daripada kupasan dan saranan Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia. Datuk Zaini kata 1Melayu 1Bumi. Baca kat sini1Melayu 1Bumi. Aku tak nak ulas panjang pasal 1Bumiputera ni, kalau nak baca sila ke http://www.pribumiperkasa.com. Aku secara peribadi bersetuju dengan konsep 1Bumiputera ini tetapi pendekatannya hendaklah lebih kemas dan juga lebih menyeluruh supaya objektifnya tercapai. Janganlah ianya sekadar mencari 'glamour', atau dilihat sebagai satu lagi projek ad- hoc yang tiada perancangan kemas. Ala...macam projek-projek yang bersepah sekarang ni.
Konsep 1Bumiputera ini sebenarnya satu slogan atau satu konsep bagi tujuan untuk menyatukan semua Bumiputera di Malaysia ini tak kira Melayu, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain lagi yang berstatus bumiputera supaya bersatu dan berjuang untuk mempertahankan dua perkara iaitu hak yang telah digariskan dalam perlembagaan dan juga kuasa politik yang sedang dipegang sekarang ini. Walaupun PM Najib dah cakap bahawa hak keistemewaan bumiputera terkunci rapat dalam perlembagaan, tetapi bagaimana sekiranya kuncinya hilang maka hak tersebut langsung tidak dibuka. Jadi tak de maknanya jika sekiranya hak tersebut menjadi harta karun tetapi tidak boleh dimanafaatkan.
Saranan aku kepada PERKASA, sebelum mereka melancarkan apa-apa produk yang memerlukan penyertaan semua pihak samada penyokong kerajaan mahupun pembangkang, PERKASA itu sendiri perlu mengubah SOP dan juga konsep perjuangan mereka terlebih dahulu. PERKASA hendaklah mesra kepada semua parti politik melayu dan bumiputera, barulah mereka boleh melancarkan apa-apa projek yang memerlukan pengelibatan semua. PERKASA tidak boleh dilihat terlalu mesra kerajaan sehingga mereka lupa untuk menjalinkan kemesraan dengan PKR, PAS dan lain-lain parti bumiputera Sabah dan Sarawak.
Mesra bukanlah bermakna bersetuju dengan semua perkara yang diperjuangkan oleh parti-parti politik berkenaan, tetapi mesra bermaksud, apa sahaja yang betul yang diperjuangkan oleh parti-parti melayu dan bumiputera hendaklah disokong. Manakala yang salah hendaklah dibantah. Setahu aku, PERKASA sekarang ini lebih mesra dengan UMNO dan dilihat seperti bermusuh dengan PKR dan PAS. Ini sebenarnya boleh menjadi punca kegagalan perjuangan PERKASA untuk menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan bumiputera.
Oleh itu, kesimpulannya, 1Bumiputera yang bakal dilancarkan oleh PERKASA tidak akan mencapai objektif dan matlamatnya kerana batang tubuh PERKASA itu sendiri menjadi punca kegagalannya.
Aku sebenarnya amat menyanjung tinggi perjuangan PERKASA sebagai NGO yang lantang membela nasib Melayu dan Bumiputera. Kelantangan mereka ini telah mencemaskan kaum-kaum lain sehingga ada pihak yang mendakwa bahawa kelantangan PERKASA ini bakal merugikan UMNO. Kalau sesiapa yang mengkaji secara mendalam, PERKASA wujud disebabkan Pemuda UMNO dilihat telah gagal memainkan peranan mereka menjadi suara bengis orang Melayu untuk mempertahankan Hak dan juga Kuasa politik orang Melayu. Kegagalan Pemuda UMNO ini begitu ketara apabila Khairy Jamaluddin menjadi Ketua dimana beliau dilihat lebih liberal dan lebih berperanan sebagai ketua Pemuda BN. Moga-moga perjuangan PERKASA bakal membuahkan hasilnya walaupun begitu banyak halangan yang bakal mereka tempuhi. Aku juga berharap, agar Pemuda UMNO akan diterajui oleh seorang tokoh pemuda yang lebih lantang dan berani serta menjadi suara bengis UMNO.
Aku sebenarnya tak tahu nak pilih tajuk apa untuk artikel kali ini. Ada sedikit cerita pasal Video Seks, ada cerita pasal PERKARA dan 1Bumiputera mereka.
No comments:
Post a Comment