SAHABAT BLOG

07 April 2011

MEOW.....DEBARAN BERMULA


Apabila aku meramalkan bahawa BN sukar ditumbangkan di Sarawak disebabkan budaya berpOlitik orang Serawak berbeza dengan orang Semenanjung, maka ramalan aku tidak benar sama sekali. Jika 10 tahun dahulu, mungkin ya, tetapi kini dengan dunia sudah berada di hujung jari, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Lihat sahaja kepada Pilihanraya kecil DUN  Sibu yang diadakan sekitar Mei 2010 yang lalu. Sibu merupakan kawasan yang ramai pengundi Cina dan jika selama ini, Sibu sentiasa sahaja berada di dalam genggaman BN akhirnya tewas kepada DAP di dalam PRK tersebut.


Sebenarnya banyak faktor kenapa BN perlu merasa bimbang dengan PRN Serawak pada kali ini. Antar faktor utama ialah isu kebosanan rakyat terhadap Taib Mahmud. Walaupun Taib Mahmud telah berbini muda, tetapi hakikatnya beliau sudah tidak muda lagi dan beliau telah terlalu lama menguasai politik Serawak. Sepanjang 30 tahun, sudah ramai kawan dan lawan beliau telah ciptakan. Dari belum lahir hinggalah ke usia mencecah 30 tahun,  Taib Mahmudlah satu-satu Ketua Menteri yang dikenali oleh sebilangan besar anak-anak muda. Anak-muda yang berwawasan dan anak muda yang sentiasa dahagakan perjuangan dan cabaran. Anak-anak muda ini yang penuh dengan jiwa pemberontakan jiwa yang bergelora bakal menentukan siapakah yang mereka bakal tabalkan menjadi Ketua Menteri  yang baru selepas PRN ke 10 ini. Aku tidak hairan jika sekiranya Taib Mahmud bakal tewas di Balingan.


Aku masih ingat semasa PRU ke 9 tahun 1998 yang lalu. Keadaan dan suasananya hampir sama dengan keadaan di Terengganu. Waktu itu Wan Mokhtar yang telah begitu lama memegang tampuk pemerintahan Terengganu bertungkus lumus untuk menangani Isu liwat Anwar Ibrahim. Keadaan yang sama berlaku kini di Serawak, dimana Taib Mahmud yang sudah kepenghujung karier sedang bersilat untuk menghadapi Isu seks Anwar Ibrahim.


Kalau kita masih ingat Tahun 2008 begitu juga keadaanya. Boleh dikatakan secara kebetulan ataupun dirancang, setiap kali ada pilihanraya besar, akan ada juga isu seks Anwar ibrahim. Isu seks ini banyak memberikan kelebihan kepada pihak Pakatan Rakyat. Oleh itu firasat dan hati kecil aku merasakan bahawa suatu keputusan luar dari kebiasaan bakal berlaku dalam PRN Serawak pada kali ini. 


Tahun 1998, apabila isu Seks Anwar Ibrahim dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk meraih simpati, BN kehilangan Terengganu. Tahun 2008, sekali lagi isu Seks Anwar Ibrahim dijadikan modal untuk menarik simpati, maka BN kehilangan Penang, Selangor dan Perak. Tahun 2011, Isu Seks Anwar Ibrahim sekali telah dijadikan modal meraih simpati oleh pihak PKR untuk meraih undi. Jika BN masih belum sedar akan taktik ini, tidak mustahil Serawak bakal bertukar tangan ataupun BN kehilangan suara majoriti di Dewan Undangan Negeri Serawak.  


Nampak gayanya Isu seks Anwar ibrahim bakal menentukan jatuh bangun politik pakatan rakyat. Kita tunggu adalah Isu Video Seks pada kali ini bakal mendatangkan masalah kepada Taib Mahmud. 

Sebelum itu aku tujukan pantun di bawah ini kepada orang Serawak.


Dua Tiga kucing berlari
Manakan sama si kuda belang
Dua Tiga boleh dicari
manakan sama Anwar Ibrahim sorang

Kucing Betina Warna Kuning
Bermain-main di bawah ampaian
PKR sekarang semakin pening
Namun nasib baik masih ada Baru Bian

Kuncing Jantan merah warnanya
Berak merata-rata busuk baunya
PRN  sudah menang bergaya
Tapi kini ditentang sama saudara

Kucing merah milik pak Abu
Ekor panjang berbunga-bunga
Kalau dah merasa diri tak laku
Menjadi calon bebaslah jawabnya


Kucing bertanduk sering diperkata
Kalau ada dimana tentulah meriah
Disangka Emas rupanya kaca
Tak habis-habais dengan musibah


Taib Mahmud dicabar sepupu

Abdul Taib Mahmud (kanan) menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri N51 Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 di Dewan Suarah Mesra, Mukah, Sarawak, semalam. - bernama


MUKAH 6 April - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian berdepan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini.


















2 comments:

Anonymous said...

agak tepat ramalan saudara. begitu juga ramalan mana-mana penulis yg menulis dengan kenyataan fakta terkini. kemungkinan BN menang itu ada... tetapi BN akan hilang byk kerusi terutama dikwsn bandar. salah satu faktor adalah kekayaan pemimpinnya (keluarga KM sarawak). rakyat akan membandingkan tahap ekonomi mereka seperti langit dgn bumi.

apapun isu di semenanjnung agak tak laku di sarawak. telahan saudara ada betulnya. kita tunggu mlm keputusan nanti.

putrarahman said...

Terima kasih kerana memberi komen. Aku lebih bingung memikirkan kaitan isu seks Anwar Ibrahim dengan kebanyakkan pilihanraya Umum berbanding Isu-isu sokongan pengundi muda masa kini.

Namun terus terang aku katakan bahawa keputusan PRN Sarawak nanti ada hubung kaitnya yang erat dengan Seks. Satu Isu seks halal dan astu isu seks haram.

Payah nak faham ye? Isu seks halal ialah Isu Taib Mahmud kahwin muda, maka dia perasan bahawa dia masih muda. Bila dia perasan dia masih muda, pasal itu dia masih mahu bertanding.

Isu seks haram pula, isu orang yang memiliki rupa Anwar Ibrahim tetapi bentuk tubuh dikatakan bukan Anwar Ibrahim ( siapa pernah nampak Tubuh Anwar Ibrahim, sila angkat tangan)menutuh pelacur Cina. Tiada siapa yang tahu pelacur itu seorang model kecuali bapa ayamnya.