SAHABAT BLOG

09 April 2011

RASUAH DI KASTAM - MEMALUKAN, MENTERI HENDAKLAH MELETAK JAWATAN SEGERA

Hari ini aku nak sentuh pasal rasuah. Ketika ini negara dikejutkan dengan berita penahanan 62 orang pegawai kastam yang disyaki terlibat dengan rasuah. Walaupun kes ini belum sampai ke kemuncak dan masih diperingkat permulaan kita sudah digemparkan dengan kematian mengejut seorang pegawai kanan Kastam di pejabat SPRM. Pihak polis menyiasat kes ini sebagai kematian mengejut. Maksudnya tiada unsur jenayah. Aku tidak mahu mengulas kenapa perkara ini terjadi tetapi merasa terkejut besar tahap ikan paus dengan perkara ini. Aku hadiahkan Al fatihah kepada Ahmad Shabrani semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Walaupun apa sekalipun punca yang menyebabkan kematian beliau, pihak berkuasa hendaklah menjalankan siasatan terperinci. 

Kematian mengejut Ahmad Shabrani telah menjadikan kes rasuah kastam ini semakin menarik. Surat khabar Utusan hari ini mengulas berkenaan  pegawai kastam yang mempunyai akaun berjuta-juta ringgit, memiliki kereta mewah dan juga jam tangan bersalut emas. Setelah sekian lama, kenapa perkara ini tidak boleh dikesan oleh kerajaan. Tidakkah ada satu mekanisme yang dimiliki oleh kerajaan untuk memantau kehidupan para pegawai mereka yang terlibat dengan kuasa seperti Kastam, Imigeresen, Polis dan lain-lain pegawai penguatkuasa. Jika sekiranya mekanisme ini ada, aku percaya perkara sebegini sudah lama dapat dikesan dan  negara  tidak akan mengalami berbillion ringgit.  Untuk berita lanjut sila baca di Akaun Pegawai kastam berjuta Ringgit. Sekali lagi aku mengesa menteri yang menjaga hal ehwal Kastam Diraja Malaysia hendaklah meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas kelalaian  beliau memantau kegiatan rasuah di kalangan pegawainya sehingga menbawa kerugian sehingga RM108 billion setahun kepada negara.

Berkenaan kematian di pejabat SPRM, pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelak kejadian ini berulang lagi. Sudah dua kes dalam masa terdekat melibatkan saksi yang jatuh bangunan di SPRM. Selepas ini tidak mustahil akan berlaku lagi kes yang sedemikian rupa dan mungkin disengajakan seperti membunuh diri dengan tujuan memburukkan lagi imej SPRM. Mungkin boleh dipasang jeriji di tingkap-tingkap SPRM.

Satu lagi berita rasuah yang bakal menarik perhatian ialah melibatkan pemimpin PKR dan Ibu tunggal di rantau panjang yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan anugerah Dato palsu. Berita lanjut boleh di bawa di sini Bersubahat Terima Rasuah

Apa yang aku fikir bakal menjadi menarik ialah apabila ianya melibatkan para pemimpin parti pembangkang. Sepertimana biasa, apa sahaja berita buruk yang melibatkan parti pembangkang, pasti ada suara-suara pemimpin mereka yang menafikan bahawa mereka adalah ahli mereka ataupun pemimpin mereka akan mengatakan ianya satu konspirasi untuk memburukkan parti pembangkang. Pada mereka (pemimpin pembangkang) semua ahli-ahli pembangkang adalah mereka yang dijamin 'syurga' oleh Nik Aziz kerana memilih parti pembangkang sebagai wadah perjuangan mereka. 

Sebagai seorang ahli 'syurga', sudah tentu mereka tidak melakukan perbuatan yang berdosa. Yang melakukan perkara-perkara berdosa itu adalah orang yang mereka gelar "UMNONGOK". Inilah sikap double standard para pemimpin pembangkang yang bakal meruntuhkan dan menghancurkan negara tercinta ini. 

Aku bukan bercakap kosong. Lihat sahaja kes Video seks yang tidak lucah yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sepertimana aku cakapkan, disebabkan para pemimpin pembangkang ini telah dijamin 'syurga' oleh Nik Aziz, maka tidak perlu diadakan siasatan terperinci termasuk suruhanjaya diraja kerana ianya membuang masa kerana mereka yakin Anwar Ibrahim yang dijamin 'Syurga' oleh Nik Aziz dan ditabalkan sebagai 'Anugerah Tuhan' oleh isteri beliau tidak tergamak untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Sebagai rakyat yang waras, adalah perlu untuk disiasat sehingga kelubang cacing siapa penzina di dalam Video tersebut kerana mukanya saling tak tumpah muka Anwar Ibrahim yang diyakini oleh pihak PR bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tahun 2013 nanti. Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mengangkat martabat Islam itu ditempat yang paling tinggi, sudah semestinya tidak mahu mempunyai seorang penzina sebagai Perdana Menteri. Adakah keyakinan dan juga penafian oleh wan Azizah iaitu isteri Anwar sudah memadai untuk dijadikan dalil untuk menolak akal waras sebilangan  besar rakyat? Adakah pihak pembangkang seperti Nik Aziz, Haji Hadi sanggup mengadaikan maruah negara ini hanya disebabkan mereka menerima penafian tersebut. Jangan disebabkan tekad untuk menumbangkan UMNO, mereka sanggup melakukan apa sahaja. 

Pihak kerajaan pula mengharapkan pihak polis untuk menghabiskan siasatan mereka sebelum mencadangkan penubuhan Suruhandiraja bagi menyiasat kes ini. Sudah lama masa diambil oleh pihak polis, amat mustahil mereka tidak kenal siapa pelakon di dalam klip video berkenaan. Aku percaya pihak polis mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan siapa pelakon di dalam Video berkenaan. Kenapa masih tidak dihebahkan? Ini yang menimbulkan pelbagai persoalan dibenak rakyat. Adakah disebabkan pelakon Video itu bukan Anwar, maka kerajaan sengaja mahukan Polis menyiasat siapa pelakon Video itu sebagai satu cara untuk melengah-lengah masa dan juga disebabkan tidka mahu menggangu kempen di Sarawak? 

Sebagai jalan terakhir, jika sekiranya suruhanjaya tidak berjaya ditubuhkan, aku mencadangkan supaya Video tersebut ditayangkan kepada pihak istana ataupun di dalam persidangan majlis raja-raja melayu kerana Raja-Raja melayu adalah benting terakhir orang melayu yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.  Biar pihak Istana yang membuat keputusan. Nak harapkan kerajaan dan polis, banyak pula helahnya. Nak harapkan parti pembangkang,  mereka awal-awal lagi menafikan pengelibatan Anwar. Sebagai rakyat atas pagar, yang aku fikir masih ramai diluar san, kami ingin kebenaran.




10 comments:

Anonymous said...

salam putrarahman - artikel panjang tapi terbaik ! Tahniah bro ...

suka komen saudara Kastam, kenapa ua tidak ada sesiapa cadangkan pengarahnya bertanggungjawap atas semua kes rasuah dijabatannya ?

Cadangan Majlis Raja2 tonton video - cantiiiiik...

putrarahman said...

Terima kasih din.
Ketua pengarah bukan orang baru ke? Kesian kat dia. Menteri yang bertanggungjawab patut ambil tanggungjawab meletak jawatan. lemah betul dia.

Saper ye menteri yang bertanggungjawab?

Anonymous said...

saudara agak byk melakukan kesilapan apabila hanya memetik ayat sebahagian dan nampak tergantung. ia merujuk kpd 'janji syurga' yang di buat oleh kenyataan MB kelantan tu. adalah lebih molek saudara dengar (ucapan penuh) sendiri ..mayb melalui tazkirah atau nmajlis ilmu yg disampaikan oleh TGNA. saudara hanya 100% berpandukan kitab utusan dan berita harian. Dalam AlQuran pun ada Allah menjanjikan syurga dan neraka (memang tak sebut pangkah PAS). TGNA hanya menyampaikan nya melalui ceramah/kelas nya. Jgn lah saudara membuat telahan membuta tuli tanpa usul periksa dan hanya berpandukan medium kerajaan tersebut. Mungkin sudara boleh melihat jadual kuliah TGNA - boleh sama-sama join majlis tersebut di tempat yg terdekat dgn saudara. cara penyampaiannya jauh berbeza dgn laporan lidah rasmi kerajaan tersebut.

putrarahman said...

Tanpa Nama 2:21 pm. Tidakkah intipati ceramah Nik Aziz merujuk kepada janji Syurga itu?

Bukankah sesiapa yang berjuang dan mati kerana mempertahankan Islam itu dijamin Syurga oleh Allah?

Bukankah memperjuangkan PAS itu samalah juga seperti memperjuangkan Islam?

Bukankah ini menjadi pegangan Nik Aziz dan para pengikut PAS?

Anonymous said...

saudara jgn hanya belajar agama dengan membaca tanpa berguru. lebih-lebih lagi berguru dengan suratkhabar yang jelas sekali memesongkan fikiran rakyat. tak usahlah menegakkan perkara yg saudara sendiri tak pasti. elok lah berguru dengan mereka yg betul-betul beriman dan berilmu. tak semestinya dgn tok guru pas. tok guru yg bukan ahli pas pun akan menerangkan 'janji syurga" yang sebetulnya kpd muridnya. salahnya disini sebab kebanyakkan kita berguru dgn suratkhabar yg menyesatkan... (bab agama perlu rujuk guru agama..bukan surat khabar).

Anonymous said...

saudara jgn hanya belajar agama dengan membaca tanpa berguru. lebih-lebih lagi berguru dengan suratkhabar yang jelas sekali memesongkan fikiran rakyat. tak usahlah menegakkan perkara yg saudara sendiri tak pasti. elok lah berguru dengan mereka yg betul-betul beriman dan berilmu. tak semestinya dgn tok guru pas. tok guru yg bukan ahli pas pun akan menerangkan 'janji syurga" yang sebetulnya kpd muridnya. salahnya disini sebab kebanyakkan kita berguru dgn suratkhabar yg menyesatkan... (bab agama perlu rujuk guru agama..bukan surat khabar). YA BETUL... MEMPERJUANG AGAMA ISLAM ADALAH INTIPATI PERJUANGAN PAS. PAS MELETAKKAN ISLAM DIHADAPAN. mudah shj... tuan lihat lah perbandingan pemimpin pas dan pemimpin umno (dari segi moral dan corak kehidupan seharian).... tak dinafikan buknnya semua ahli Pas yg moralnya tinggi dan imannya tinggi...sekadar minta saudara buat bandingan kehidupan mereka.

putrarahman said...

Tanpa Nama 8:23 am. Saya tidak pasti ilmu saya datang dari mana kerana saya juga kadang-kadang mendengar ceramah, ada juga belajar agama dan ada juga melalui pembacaan buku-buku dan akhbar-akhbar. Semuanya itu digabungkan bersama. Oleh itu saya tidak pasti, ilmu dari sumber yang mana satu.

Jika benar PAS meletakkan Islam di hadapan di dalam perjuangan mereka, kenapa mereka tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam ( UMNO) tetapi rela dan sanggup menjadi pengikut di dalam PR yang dikuasai oleh bukan Islam. Jika benar PAS meletak Islam di hadapan, sudah pasti mereka rela dan sanggup untuk bekerjasama dengan saudara seagama mereka iaitu UMNO sepertimana pernah dilakukan suatu ketika dahulu.

Kenapa mereka tidak sanggup? Adakah mereka merasakan para pemimpin UMNO ini tidak setaraf imannya dengan mereka ataupun mereka merasakan pemimpin UMNO ini golongan berdosa dan bimbang jika bersama, mereka bakal terpalit dosa yang sama?

Di ketika yang sama, mereka sanggup bekerjasama dengan DAP kerana DAP pemimpin DAP itu kapir, dan sebagai orang kapir, tidak ada dosa pada mereka sedangkan kapir itu sentiasa berdosa.

Anonymous said...

tak der maslah saudara. asalkan umno mendahulukan dan memperjuangkan islam sbg hukum Allah di muka bumi. TGNA dh cakap tak perlu parti byk utk perjuangkan Islam. Klu umno tukar perlembagaan kpd ISlam kita (pas) ikut umno. yg penting perjuangan islam. kenapa umno tak nak dahulukan islam dlm perjuangan. Umno berkuasa di malaysia. pemimpin nya islam. apakah islam itu zalim utk kaum yg bukan islam???? adakah umno tak percaya dgn agama Allah???? Adakah islam itu zalim??? kalau umno sendiri takut nak daulatkan islam... mcm mana dgn kaum bukan islam.???

putrarahman said...

Baiklah saudara, kita mengambil alih pemerintahan ini dari sistem pemerintahan barat yang tidak berlendaskan islam. Semasa pengambilan itu, ketiga-tiga kaum utama telah bergabung untuk membentuk pemerintahan iaitu UMNO, MCA dan MIC. Persepakatan ini menjadi pra syarat pihak British untuk memberikan kemerdekaan Tanah Air. Di samping itu juga, pada masa itu, kita belum ada lagi pakar-pakar yang boleh mengarap satu perlembagaan yang berlandaskan Islam sepenuhnya dan kalau adapun sudah pasti pihak MCA dan MIC tidak akan bersetuju dan yang penting British sudah pasti menolak sama sekali.

Apabila UMNO mewarisi perlembagaan yang bukan Islam sudah semestinya pemerintahan juga berdasarkan perlembagaan berkenaan.

Tentu saudara tahu, untuk mengubah perlembagaan memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen yang mahu. Saya cakap yang mahu. Sudah tentu MCA dan MIC tidak mahu dan aku percaya ada juga ahli parlimen UMNO tidak mahu. Mengubah perlembagaan bukannya seperti mengubah peraturan atau pekeliling.

Namun demikian, UMNO menyedari bahawa sebagai sebuah negara yang berteraskan Islam, maka mereka melaksanakan pelbagai perkara yang termampu yang tidak bercanggah dengan perlembagaan untuk meninggikan lagi syiar Islam di malaysai ini. Kita lihat pelbagai pembangunan samadas fikikal mahupun rohani telah dilakukan oleh UMNO. Tidakkah kita sebagai orang Islam patut mengucvapkan terima kasih kepada UMNO kerana berusaha semampu mungkin untuk meninggikan syiar Islam sehingga ada agama lain yang menuduh bahawa agama mereka telah dianak tirikan. Adakah saudara berfikir bahawa penganut kristian yang tidak pernah mengiktiraf Islam di dalamk Kitab mereka akan bersetuju untuk mengubah perlembagaan Islam di malaysia ini?

Anonymous said...

Jgn hanya melihat pemimpin sesebuah parti itu memakai serban di anggap pemimpin yg memperjuangkan islam,,kenapa statistik maksiat dan jenayah paling tinggi di negeri yg di perintah oleh pemimpin memakai serban yg konon nya memparjuangkan islam dan mengamalkan cara pemerintahan islam, , ,
itu hanya memerintah negeri,cuba kita bayangkan sekiranya mereka ini yg memerintah negara kita, , ,
setahu saya pernah ada rancangan utk mengadakan muzakarah antra 2 parti,tetapi akhir nya di batalkan kerana ada parti yg meletakkan syarat,kenapa, , , ? ?