Petang semalam, kebetulan aku sempat tengok Video seks (walaupun tiada adegan seks) yang sedang heboh dibicarakan sekarang ini. Berdasarkan klip Video 1 minit 47 saat itu, rupa lelaki yang bertuala itu mirip dan ada iras-iras atau dalam istilah yang lebih tepat 'serupa dengan wajah Anwar Ibrahim'. Itu dari segi rupa paras. Walaupun di dalam keadaan samar-samar, masih boleh dikenalpasti rupa paras beliau kerana beliau adalah orang yang sangat terkenal. Kata Aziz Satay, "walaupun tubuhmu tidak pernah ku lihat, tetapi misai dan janggut mu tetap menjadi pujaan hatiku".
Di samping rupa paras, aku beri tumpuan kepada kopek ataupun dada lelaki itu kerana kopeknya yang 'gelebeh' ataupun tidak mantap itu nampak jelas. Kopek jenis ini boleh kita katakan seperti kopek bagi mereka yang pernah memiliki tubuh yang mantap dan rajin ke gym suatu ketika dahulu, tetapi oleh kerana tidak eksesais dan jarang ke gym dan eksesais, maka kopeknya akan 'mengelembir' dan 'mengelebeh' ditambah pula usia yang semakin meningkat. Dari segi usia, aku fikir berusia antara 60 hingga 70 tahun berdasarkan kopek yang mengelebeh.
Apabila aku tengok Video yang tidak lucah itu, dalam hati aku berkata " kalaulah Wan Azizah melihat Video berkenaan, sudah pasti beliau akan menangis dan perang besar pasti meletus". Memang benar Wang Azizah melihat seperti aku jangkakan, tetapi tidak sepertimana sangkaan hati kecil aku, beliau menafikan sekeras-kerasnya lelaki di dalam Video berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Penafian beliau ini dibuat berdasarkan bentuk fizikal dan juga kopek yang mengelebir itu. Beliau mendakwa bahawa Anwar mempunyai body yang lebih mantap kerana banyak bersenam semasa di dalam penjara 7 tahun yang lalu. Itu 7 tahun dulu Kak Wan, masih mantap lagi ke?
Bila Wan Azizah menafikan, aku tidak boleh nak kata apa-apa lagi. Aku menerima penafian beliau itu kerana selain beliau, tidak ada siapa lagi yang biasa melihat tubuh badan terutama kopek Anwar Ibrahim. Mungkin Saiful boleh membantu? Rupa-rupanya rupa paras seseorang itu belum boleh menjamin bahawa itu adalah orangnya atau dalam bahasa biasa kita dengar " Serupa tetapi tidak sama" ataupun "Pelanduk Dua Serupa".
Kesimpulannya, ramai rakyat terutama para penyokong kerajaan telah percaya bahawa lelaki dalam Video itu adalah Anwar Ibrahim. Orang-orang ini sudah tentu tidak akan mengizinkan lelaki di dalam Video itu mendapat tempat di dalam arena politik tanahair apatah lagi menjadi pemimpin negara.
Ramai juga rakyat yang percaya bahawa lelaki di dalam gambar itu bukan Anwar Ibrahim dan orang-orang ini akan terus menyokong keinginan Anwar untuk ke Putrajaya selepas PRU 13. Mereka ini akan bermati-matian membenarkan apa sahaja butir bicara Anwar Ibrahim. Bagi mereka " percaya apa yang Anwar cakap dan jangan percaya apa yang Anwar buat".
Di samping dua golongan di atas, ramai juga di luar sana yang 50 -50 samada nak percaya atau tidak sama banyak. Golongan inilah yang bakal menentukan samada Anwar Ibrahim akan ke Putrajaya atau tidak kerana jumlah mereka ramai dan tidak diketahui siapa mereka.
Oleh yang demikian, bagi membantu golongan penentu ini membuat keputusan, aku bersetuju supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk. Ahli-ahlinya henddaklah terdiri daripada mereka yang dipilih oleh pihak kerajaan dan pihak Anwar supaya suatu keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak dapat dicapai.
Penubuhan Suruhanjaya ini bukanlah bermaksud tidak mempercayai kebijaksanaan pihak polis, yang telah terbukti sangat cekap, tetapi melihat kepada rekod, ramai diluar sana pihak yang tidak akan menerima keputusan pihak polis jika sekiranya keputusan tersebut tidak memihak kepada mereka.
5 comments:
Kalau nak tengok Video seks yang tidak lucah itu, sila ke link di bawah.
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/04/kak-wan-juga-ada-skandal.html
itula....kita jgn dok jadi penyambungan fitnah pulak. yang mana belum tentu kesahihannya. pada komen yg lain pula (mayb penyokong dsai), mereka melihat sipelakon tu ada misai dan tak berjanggut, tp pada ke esokan harinya dsai ke parliament dengan berjanggut (agak lebat). hebat juga sel-sel dsai tumbuh begitu cepat kurang dari 12 jam dah panjang janggutnye... apa pun tu pemerhatian pihak dsai. sama lah klu tanya pro umno- mereka takkan percaya itu. mayb dsai pakai janggut palsu pada keesokkan harinya. itulah mainan politik. cuma sesiapa yg menjaja fitnah dan memanjangkan fitnah supaya mmenyeru org mempercayainya , sbg org islam...ramai yg tahu hukumnya. tk
Aapabila sesuatu perkara itu telah dibuktikan tidak benar, maka barulah ianya menjadi fitnah. Sebelum itu ianya hanyalah bertaraf mengumpat. Oleh sebab itu, kita jangan mengatakan bahawa Video Seks itu adalah suatu fitnah kerana ianya beum dibuktikan siapa lelaki di dalam Video berkenaan. Sebagai pihak yang dituduh, sudah tentu Anwar Ibrahim dan Isteri serta ahli keluarga menafikannya. Bukan Anwar Ibrahim dan keluarga jika sekiranya mereka membuat pengakuan.
Oleh itu, aku kelaskan bahawa sekarang ini orang sedang mengumpat Anwar Ibrahim dan bukannya memfitnah Anwar Ibrahim. Nabi Muhammad tidak menghukum Qazaf mereka yang menfitnah Aisyah sehinggalah terbukti ianya suatu fitnah apabila Allah menurunkan ayat Al Quran. Maka adakah kita lebih hebat dari Rasulullah dengan mengatakan ianya suatu fitnah sedangkan ianya belum dibuktikan? Adakah penafian oleh mereka yang dituduh itu sudah memadai untuk mengatakan beliau tidak terlibat. Jika begini mudah, berapa ramai yang bakal dibebaskan kerana menafikan mereka bersalah.
Adakah penafian oleh mereka yang dituduh itu sudah memadai untuk mengatakan beliau tidak terlibat. - ADA- tapi khas utk pemimpin umno shj. (pok jib n rais yatim)- hanya buat press conf. penafian. just do it.
Penerimaan sesuatu penafian itu hendaklah munasabah dengan kes. Jika jelas dan terang kes seperti pencuri yang ditangkap sewaktu mencuri tetapi menafikan bahawa beliau mencuri, adakah kita hendak menerima penafian pencuri ini?
Post a Comment