SAHABAT BLOG

11 February 2011

Dialog Labu Labi

Pada suatu hari itu dalam bulan Januari di tahun 2020, Si labu sedang membelek-belek surat khabar Utusan Malaysia yang telah usang bertarikh 10 Januari 2011 yang dijumpainya di bawah katil Haji Bakhil. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk utama iaitu:

924 guru besar terima insentif RM7,500
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.


Belum habis di baca berita selanjutnya, Labu pun mengaru kepala yang gatal kerana sudah lama tidak ke salon. Si Labu merungut "Aik.. takkan Guru Besar je, guru kecik macamana? Kalau Guru Kecik tak buat kerja , boleh cemerlang ke sekolah tu?"

"Sabar je le"....kata si Labi sambil melabuhkan pungkoknya di belakang Labu, "bagi guru Besar Dulu, mungkin lepas ni, bila tiba waktu nak PRU, barulah guru kecik dapat". Masuk jarum politik.

"Takkah guru je, kakitangan bukan guru yang bertungkus lumus membantu sekolah tu takkan meleleh air liur je. Mereka pun main peranan besar juga. Macam-macam perkara mereka buat" berkata lagi si Labu.

"Pokok pangkalnya, kalau nak beri penghargaan, berilah kepada semua yang terlibat, supaya tidak ada rasa dengki dan iri hati. Kalau Cikgu Besar dapat RM7,500, berilah kepada Cikgu Kecik separuh daripada jumlah itu. Kakitangan bukan cikgu yang ada di sekolah tu, takkan dengar dan dibiarkan air liur mereka meleleh, berikan juga kepada mereka. Barulah adil" Si Labu bersyarahlah pulak.

Labu dah tak puas hati. Double standard katanya, kenapa nak lebihkan para guru. Dahlah mereka penjawat awam berstatus istimewa (cuti lebih), kenapa mereka dilebihkan serba serbi berbanding penjawat awam lain. Ini tidak adil kata si Labu sambil menumbuk meja. Terkejut Unta si Labi melihat si labu yang telah naik hantu. Pada hal dia cuma tukang masak je, tak kaitan langsung dengan penjawat awam jauh sekali sebagai Cikgu.

"Ikut suka merekalah Labu. Bukan duit mak bapak ko pun. Lagipun ko lah yang kasi undi pada dia orang" Tambah si Labi.

Hoi...bangun, apa ke hel kamu berdua ni, nak kena lensing ke? Nyaring suara haji Baklhil menyuruh ke dua tukang masaknya bangun.

"La kita bermimpi rupanya Labu". kata labi.

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang idup atau yang mati.

No comments: