SAHABAT BLOG

12 March 2011

Wahai lelaki Y, seluruh Dunia kenal siapa kamu.

Kes yang paling sensasi sedang dibicarakan sudah tentu kes yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saifol. Episod kes ini  semakin hampir kepada penghujungnya. 

Sehingga kini pihak pendakwa telah berjaya membuktikan bahawa terdapat air mani lelaki asing di dalam Dubor Saifol.  Penemuan air mani lelaki Y di dalam dubor Saifol adalah selari dengan dakwaan bahawa beliau diliwat oleh lelaki Y. Oleh sebab itu, saya fikir mahkamah akan menerima hujah bahawa lelaki Y telah memasukkan zakarnya di dalam dubor Saifol dan air mani lelaki Y telah keluar semasa kemasukan zakar tersebut. 

Sekarang ini, di dalam catatan mahkamah, lelaki Y masih menjadi misteri kerana cubaan pihak pendakwa untuk merekodkan bahawa Anwar Ibrahim itu adalah lelaki Y telah berjaya digagalkan oleh pihak Anwar. Maknanya, jika pendakwa tidak berjaya membuktikan bahawa tertuduh iaitu Anwar Ibrahim adalah lelaki Y, maka Anwar Ibrahim bakal dibebaskan oleh mahkamah. 

Bagi tujuan merekodkan bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki Y itu pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah supaya memerintahkan  Anwar memberikan sampel DNA beliau. Sudah tentu pasukan pengumbela akan membantah.  

Sepatutnya peguambela lebih fokus kepada bagaimana air mani lelaki Y itu boleh berada di dalam dubor Saiful dan bukannya mempertikaikan bagaimana DNA Anwar diperolehi. Mereka boleh menimbulkan keraguan kepada mahkamah cara dan kaedah kemasukan air mani Anwar di dalam  dubor Saifol dengan mengemukakan saksi-saksi alibi mereka.  Apabila mereka mempetikaikan cara DNA Anwar diperolehi dan bukannya mempertikaikan cara dan kaedah kemasukan air mani anwar ke dalam dubor Saifol, ini bermakna mereka mengesahkan bahawa kejadian liwat memang berlaku. 

Sekarang ini terpulang kepada mahkamah. Seluruh dunia tahu, Hakim pun tahu siapa lelaki Y ini. Namun demikian , hakim hanya akan menentukan hukuman berdasarkan bukti yang direkodkan di dalam nota perbicaraan. Pada pendapat aku, hakim hendaklah memerintahkan Anwar Ibrahim memberikan sample DNA beliau. Pasukan peguambela pula hendaklah memfokuskan kepada bagaimana air mani Anwar boleh berada di dalam dubor Saifol. Saksi alibi mereka memainkan peranan penting untuk menyatakan dimana Anwar Ibrahim berada ketika kejadian liwat itu berlaku. Jika saksi peguambela berjaya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim berada di tempat lain semasa kejaidan itu berlaku, ini membuktikan bahawa air mani Anwar telah dimasukkan ke dalam dubor Saifol tanpa izin dan kerelaan Anwar Ibrahim. Hakim pun boleh membebaskan Anwar Ibrahim dan Saifol pun boleh dituduh melakukan tuduhan paslu dan hendaklah dijatuhkan hukuman penjara. Jika Saifol dibuktikan membuat tuduhan palsu, Satu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan untuk menyiasat siapakah yang telah mendorong dan berkomplot dengan Saifol untuk membuat tuduhan palsu.










1 comment:

Anonymous said...

kalau mcm tu... elok juga pm kita kasi dna dia utk tujuan menafikan kes alhantunya... dan pak raih yatim bagi dna utk menafikan kes nya dgn robengah...

takkan pemimpin umno sekadar menafikan tanpa ada siasatan. report polis telah dibuat,... tapi polis tak siasat berpandukan atas "kenyataan akhbar" pemimpin umno tersebut.

nampaknya lagi senang org malaysia ke...org luar kee..nak buat jahat kat malaysia ni klu kita ikut cara pemimpin umno ni...
polis hanya akan siasat berpaksikan "akuan" tersebut.

inilah kekebalan pemimpin umno yang dilindungi dari daripada siasatan polis. sungguh hebat undang-undang malaysia. melindungi pemimpin mereka (umno) shj.