SAHABAT BLOG

10 March 2011

"Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans"- Kata Bung Mokhtar Radin.

Aku sangat bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) di dalam dewan rakyat pada persidangan kali ini berkenaan caj insuran third party yang dikenakan oleh Syarikat Insuran yang melampau dan tidak masuk akal. Aku pernah juga menulis di sini secara santai berkenaan perkara ini apabila merassakan perkara ini telah menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah merasa tertipu dan dibebani.


Kenaikan caj insuran third party nampaknya seolah-olah tidak dikawal. Pihak syarikat insuran yang kononnya menanggung kerugian disebabkan  tuntutan insuran pihak ketiga yang terlalu tinggi telah menyebabkan mereka terpaksa menaikkan caj insuran third party. Bayangkan jika 3 – 4 tahun kebelakang, caj insuran third party sebuah Motorsikal ialah sekitar RM50 – RM60.00 sahaja. Kemudian ianya dinaikkan sehingga hanpir 150% kepada RM130.00 setahun. Itu bagi sebuah motorsikal, bagaimana pula sebuah kereta. Sudah tentu caj yang dikenakan bertambah beratus-ratus lagi.


Sebagai jalan penyelesaiannya, aku bersetuju dengan YB Mohamed Aziz supaya kerajaan melihat kembali keperluan untuk mengawal kadar caj insuran third party ini dengan cara memperkenalkan satu kadar caj yang munasabah untuk ditanggung oleh para pemilik kenderaan ‘tua’. Jika perlu bagi kerajaan untuk menwujudkan syarikat insuran sendiri, ianya amat dialu-alukan. Syarikat insuran sedia ada tidak boleh memandang kewujudan syarikat insuran kerajaan ini sebagai pesaing bahkan mereka sepatutnya bersyukur kerana mereka boleh mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung akibat memenuhi tuntutan pihak ketiga. Biarlah kerajaan mengambil alih sepenuhnya tanggung untuk mengeluarkan dan menanggung insuran third party. Jika kerugian  ( jika ada ) dan keuntungan ( memang dijanjikan) ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.


Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa bertindak tegas

10/03/2011 5:26pm

KUALA LUMPUR 10 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang “tidak masuk akal” dan manipulasi pembelian insurans pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.

Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas.

"Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini,” tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil.

"Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang,” katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia.

Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka.

"Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat, berpuluh tahun baru diselesaikan,” katanya.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini.

Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj loading sebelum boleh membeli pelindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka, dakwanya.

"Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini.

"BNM ini butakah... takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Kenapa kerajaan boleh tidak ada solution untuk menyelesaikan perkara ini sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka,” katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk tambahan caj loading.

"Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal... ambil tindakan tegas untuk mengawal ”rip-off” yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bergandingan untuk mendapatkan ”rip-off” tersebut,” katanya.

Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. - Bernama

1 comment:

mrakunman said...

Wakil Rakyat kinabatangan itu tidak faham konsep insuran. Sebab itu dia bercakap demikian.