SAHABAT BLOG

01 March 2011

Penyokong PAS mendapat Durian Runtuh

Wow! RM1,000 satu hektar. Kalau ada tanah seluar 5 hektar, sudah dapat RM5,000. Banyak tu, sape nak bagi. Malam ni semua peneroka yang menyokong PAS di Jengka 23 akan mendapat khabar gembira apabila kerajaan memngumumkan untuk memberi bantuan tanam semula sebanyak RM1,000 sehektar kepada setiap peneroka tak kira penyokong PAS atau penyokong UMNO. Jadi betullah tajuk yang aku gunakan, iaitu penyokong PAS mendapat durian runtuh. Kesimpulannya, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ataupun peruntukkan, semua pihak akan merasa. Masalah kerajaan nak umpan pengundi undi atau tidak ikhlas, itu terpulang kepada masing-masing.Kalau memang dah penyokong tegar, jangankan umpan RM1,000.00 umpan apa sekalipun takkan merobah sokongan mereka.

Yang jadi masalahnya, ada yang kaki sapu umpan. Bagi umpan apa pun dikebasnya. Kain pelikat sehelai pun dikebasnya. Tetapi time kutuk kerajaan, merekalah yang paling lantang. Jenis yang macam ni memang ramai sebab ada 'fatwa' yang menghalalkan cara ini. " Bagi Duit, ambil, bagi kain ambil, tetapi masa pakoh, tetap pakoh bulan". Kalau RM1,000.00 tu logik juga kalau ambil, tetapi kalau setakat kain pelikat sehelai tu tak payah ambillah. Buat jatuh maruah sahaja. Duit buat beli kain pelikat tu bukan duit rakyat pun. Itu duit tokey-tokey besar yang sponsor. Tak caya, tanya petugas.

Tak payahlah kita nak ulas setiap peruntukkan yang kerajaan beri semasa pilihanraya. nak kata dia umpan untuk pancing undi ke, nak kata dia tidak adil ke, katalah apa pun, tak jadi masalah kepada kerajaan. Tradisi ini akan diteruskan. Oleh itu, sebagai pengundi atau parti yang bertanding, terimalah segala peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan semasa pilihnaraya itu sebagai limpahan rahmat dari Allah S.W.T. Nasihat aku, carilah isu lain untuk dijadikan modal. Bila tiba masa mengundi, undilah parti mana yang kamu suka. Kerajaan tak tahu pun parti mana yang kita pakoh.


2 comments:

Anonymous said...

politik ini halus dan licik.
mengapa sebelum ada prk tiada apa-apa habuan utk rakyat. dgn erti kata yang lain... kerajaan memang mengharap pengundi pangkah umnobn utk prk tersebut. umnobn takkan bagi tanpa ada sebarang timbalbalik. sepatutnya kalu benar nak bagi bukan sekarang...tetapi 5 tahun lepas dh boleh berbuat demikian. ataupun semasa arwah adun tersebut masih berkhidmat....kenapa sekarang dimana menghampiri tempoh mengundi.

mudah sahaja nak mengenali objektif pemberian ini dan mengenali "modus operandi" khas ini. Kerana apa...sbb kerajaan umnobn yg berkuasa skrg...

wang dan kuasa ada pada umnobn. itu shj.

putrarahman said...

Terima kasih kerana sudi bertandang dan beri komen. Kalau ada blog, boleh saya listkan dalam bliglist saya .

Dah bertahun dah UMNO amalkan kaedah yang sama untuk mengumpan pengundi setiap kali PRK diadakan dan dah bertahun PAS menggunakan taktik atau modal yang sama untuk mengutuk tindakan UMNO tersebut.

Yang kita dengar dari puak PAS, "kenapa sebelum pilihanraya tidak ada peruntukkan"

Jawapannya, UMNO berani untuk menggunakan strategi 'mengula-gula' pengundi, tetapi PAS takut dan kedekut. Takut kena kutuk oleh UMNO dan kedekut nak keluar peruntukkan.

Tak pernah kita dengar PAS membantu membaiki jalanraya ke, membantu membaiki masjid ke, membantu membaiki rumah pengundi ke. Mereka datang berceramah, dan menabur pelbagai janji.

Adakah pasal, PAS tak ada peruntukkan sebab bukan kerajaan? Takkan langsung tak ada bajet untuk bantu penduduk. Takkan tak boleh sediakan RM10,000.00 untuk membeli kipas angin kepada penduduk miskin sorang satu. Ada dan boleh diadakan, tetapi PAS kedekut dan semuanya nak harapkan kerajaan.PAS takut kalau kalah, maka mereka akan rugi. Itu pasal saya cakap, PAS kedekut dan takut.