SAHABAT BLOG

28 February 2011

Betul ke Orang Kerdau tak mahu Ustaz sebagai wakil Rakyat?

Artikel pada kali ini merujuk kepada Berita TV3 pada malam ini yang merujuk kepada sidang media Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim yang mengulas kenapa beliau tidak dicalonkan di DUN Kerdau, beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Kerdau memerlukan seorang Profesional untuk mewakili mereka dan bukannya seorang yang tinggi Ilmu Agamanya. Namun demikian, BN pula berpandangan sebaliknya apabila mereka mencalonkan seorang ustaz lulusan Al-Azhar Mesir.

Sebagaimana artikel aku terdahulu, PAS sekarang ini ghairah untuk mencalonkan para profesional untuk menjadi calon mereka. Namun demikian, disebabkan kekurangan Profesional yang menzahirkan sokongan mereka kepada PAS, menyebabkan PAS ketandusan calon yang berkaliber. Terpaksalah PAS buat kitaran semula calon-calon mereka. Kesian kepada PAS. Namun bila mengenangkan mereka berkawan baik dengan DAP, aku rasa serba salah samaada nak kesian ataupun nak marah kepada pemimpin PAS. Aku kesian kerana ramai dikalangan para penyokong PAS adalah kawan-kawan aku, sanak saudara aku. Aku nak marah kerana PAS kerana mereka berkawan dengan DAP untuk menentang UMNO iaitu sebuah parti yang banyak dianggotai oleh orang melayu Islam dan menjadi parti yang telah banyak berjasa membela Orang melayu dan Agama Islam.

Apa maksud tersirat Tuan Ibrahim mengatakan bahawa orang kerdau tidak memerlukan orang yang kuat agama sebagai calon mereka. Adakah beliau membuat tafsiran bahawa orang-orang Kerdau lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat, maka sebab itu beliau mengatakan orang Kerdau memerlukan seorang profesional berbanding seorang Ustaz. 

Terus terang aku katakan bahawa, jika PAS  mereka meletakkan jaguh-jaguh mereka seperti Tuan Ibrahim sendiri, persaingan boleh menjadi sengit. mereka cuka kekurangan  seribu lebih sahaja undi pada pilihanraya 2008 dahulu. Aku tak tahu adakah mereka takut atau memang mereka tahu kehebatan Calon BN. Jika hal sedemikian, dapatlah disimpulkan PAS bertanding semata-mata untuk merealisasikan perjanjian pembahagian kerusi dengan PKR dan DAP dan juga memenuhi keghairahan para penyokong mereka untuk berkempen,  Jika tidak bertanding dan menarik diri, maruah serta imej mereka akan tercalar dalam Pakatan.  

Sekarang ini bukan masa nak analisa calon lagi dah. Sekarang ni masa berkempen. Di Merlimau, aku lagi pening memikirkan strategi kempen pihak PAS. Menurut siaran berita TV3 malam tadi, pihak polis memaklumkan sehingga kini, parti PAS masih memohon sebarang permit untuk berceramah. daripada 11 permit ceramah yang diluluskan, semuanya dipohon oleh BN. Jika PAS tidak memohon permit ceramah, macamana mereka hendak berceramah. Kalau tidak berceramah, macamana mereka hendak memberitahu orang Merlimau apa yang mereka boleh lakukan jika dipilih sebagai calon. Dengar ceritanya, calon PAS di Merlimau beristerikan seorang Guru. Kalau benar, masaklah calon ini 'ditelanjangkan' oleh para bloger Pro-BN. Aku sebenarnya bengang jika ada kakitangan kerajaan yang menzahirkan penentangan mereka kepada kerajaan BN yang memberikan mereka peluang pekerjaan. Kalau nak menentang pun tunggulah semasa hari pengundian dan bukannya menzahirkan penentangan itu tanpa rasa bersalah.


No comments: