SAHABAT BLOG

16 February 2011

Selamat Bersara RONALDO

Hari ini arena sukan semua media tempatan menulis berkenaan persaraan Ronaldo. Aku pun nak tulis berkenaan persaraan seorang bintang sepanjang zaman ini yang mana aku sentiasa ternanti-nanti untuk melihat aksi beliau di atas padang. Bintang hebat ini atau nama sebenarnya ialah Ronaldo Luis Nazario de Lima. Ronaldo dilahirkan di Bento Ribeiro, di kawasan Miskin di Rio de Janeiro, Sepertimana kanak-kanak miskin yang lain, beliau memulakan permainan bolasepaknya di jalanan bersama-sama kanak-kanak lain di kejiranannya

April 1999, Ronaldo telah berkahwin dengan Milene Domingues. Perkahwinan ini bertahan selama 4 tahun sebelum diakhiri dengan perceraian. Mereka dikurniakan seorang orang anak lelaki iaitu  Ronald (born 2000). Untuk baca lebih lanjut bilehlah baca Di sini. Salah satu sifat atau kelakuan Ronaldo yang masih aku ingat ialah apabila menjaringkan gol, beliau akan menegakkan jari telunjuknya macam 1Malaysialah pulak.
Sudah lama aku tidak melihat aksi memukau pemain hebat ini. Semenjak beliau berpindah dari LA Liga ke Inter Milan,  jarang benar aku melihat kelincahan beliau di padang. Tidak dinafikan Ronaldo adalah bintang bolasepak yang menjadi pujaan ramai peminat sukan bolasepak di seluruh dunia termasuk aku. Jika hendak mengambarkan kelincahan Ronaldo, lihat sahaja kelincahan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Kelincahan Ronaldo adalah gabungan kelincahan kedua-dua bintang yang sedang mencipta nama itu. Kelincahan Ronaldo biasanya dipamerkan di dalam kawasan 25 meter menghampiri pintu goal lawan. Jarang ada pemain yang dapat mempamerkan kelincahan di dalam kawasan itu. Jika ada pun, sudah pasti mereka akan dibetes atau dikepung oleh 2 atau 3 orang pemain. Namun dengan kehebatan semulajadi yang dimiliki oleh Ronaldo, di kawasan itulah beliau mempamerkan kelincahannya. Bukan aku sahaja yang cakap, bahkan rakan sepasukannya pun ada mengulas seperti berikut:

‘‘Ronaldo adalah pemain terbaik yang pernah anda saksikan. Dia sangat menakjubkan, malah ketika berlatih adakalanya dia mempamerkan kelincahan menggelecek mengkagumkan. Antara kami (rakan sepasukan) ramai yang berhenti untuk menyaksikan kehebatannya di atas padang. Dia mempunyai kelebihan,’’ kata bekas rakan sepasukan dalam Inter Milan, Youri Djorkaeff.


Kalaulah ada sesiapa di dalam FAM yang meminati Ronaldo, aku cadangkan supaya beliau dijemput datang ke Malaysia untuk bermain di dalam perlawanan persahabatan. Aku percaya, masih ramai peminat beliau yang sanggup untuk turun ke Bukit Jalil untuk melihat saki baki kelincahan Ronaldo. Bacalah berita berkenaan beliau yang dicatatkan oleh wartawan Utusan Malaysia.

Kalau nak baca lebih lanjut, bukalah link di bawah.




No comments: