SAHABAT BLOG

16 February 2011

Strategi Mengelak Rugi Pengundi Cina


Pilihanraya Umum ke 13 bakal menjelang tidak lama lagi. Ada yang membuat ramalan ianya bakal diadakan pada penghujung tahun ini. Ada yang membuat ramalan pada pertengahan tahun 2012. Ada yang berpendapat bahawa BN patut mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat ini iaitu semasa PR kelihatan goyah dan bergolak.  Semasa kes Anwar Ibrahim sedang berjalan ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

Kalau ditakdirkan kena penjara, para penyokong dia bukannya percaya pun. Sudah pasti mereka akan membuat kacau di dalam media alternatif dan juga pentas-pentas ceramah ataupun demonstrasi jalanan yang tak kunjung padam. Kalau ditakdirkan dia bebas, maka kelebihan besar sudah pasti bakal diperolehi olehnya. Sudah pasti dia akan berusaha untuk mengumpul dan merapatkan kembali penyokong-penyokongnya  yang sedang berbelah bagi sekarang ini. 

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika sekiranya Najib memanjangkan lagi tempoh pilihanraya Umun ke 13 selain factor Anwar Ibrahim. Najib juga  seolah-olah kelihatan seperti memperjudikan nasib BN jika sekiranya PRU 13 diadakan sehingga melepasi pertengahan tahun depan. 

Walaupun banyak perkara ataupun projek telah dilakukan oleh Najib, tetapi para pengundi hanya melihat projek-projek itu hanyalah sebagai agenda untuk memenangi kembali hati pengundi Cina sedangkan hakikatnya setiap seorang pengundi Cina mempunyai agenda yang lebih besar yang tidak diketahui oleh pemimpin MCA mahupun DAP, tiada siapa yang tahu apa agenda Individu para pegundi. Contohnya pada PRU 12, siapa sangka BN boleh kehilangan majoriti 2/3. Kehilangan majoriti 2/3 ini sebenarnya disebabkan agenda besar setiap pengundi termasuk aku sendiri mempunyai agenda tersendiri semasa PRU 12 yang lalu. 

Agenda parti senang kita ketahui tetapi agenda individu para pengundi yang sukar untuk diketahui. Para pengundi cina melihat faktor pendidikan, keselamatan, keamanan,sebagai agenda utama mereka. Parti mana yang dilihat dapat memenuhi agenda mereka itu, maka parti itulah yang bakal mereka pilih. Mereka tidak rugi apa jika tidak memilih BN kerana mereka tahu PR diketuai oleh DAP. Mereka juga tidak rugi apa-apa jika tidak memilih PR kerana BN sejak dahulu lagi memelihara mereka dengan baik. 

Oleh itu, faktor kerugian jika memilih PR tidak timbul begitu juga faktor kerugian jika tidak memilih BN tidak timbul. 

Di dalam perniagaan ada dua konsep iaitu Untung atau Rugi. Sama ada  kita memilih untuk membuat untung ataupun memilih untuk mengelak rugi bergantung kepada keadaan. dalam keadaan sekarang ini, aku lihat para pengundi Cina memilih untuk melihat kepada kerugian dan bukannya keuntungan kerana keuntungan sudah terjamin. 

Mereka  melihat tidak  ada faktor kerugian jika memilih mana-mana parti samada PR mahupun BN . Di samping itu keuntungan tetap diperolehi jika memlilih mana-mana parti. Keadaan ini membuatkan para pengundi Cina berada di dalam keadaan neutral. Keadaan neutral ini paling bahaya kerana macam saya cakap tadi, setiap seorang para pengundi Cina mempunyai agenda besar masing-masing. Agenda ini akan diluahkan semasa PRU 13 nanti.

 Cerita di bawah tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.

Sepatutnya timbalan presiden PKR itu membicarakannnya dalam ruang yang betul dan tidak mengungkit perkara itu secara terbuka.
(Free Malaysia Today) - Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR  Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.
“Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.
“Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa “tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. “
“Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur,” kata Azmin seperti dilapurkan.
Keadaan ini boleh menyukarkan rundingan komponen Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, PAS dan DAP menentukan pembahagian kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika PAS berminat bertanding di kawasan bercampur ia merupakan fenomena semasa berikutan sokongan pengundi  bukan Melayu, terutama pengundi Cina, kepada parti itu.
Tambahnya, fenomena ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda PAS itu,  parti Islam itu  mempunyai penyokong setia di kalangan pengundi Melayu.
Ulasan aku.: Dengar ceritanya, pembahagian kerusi telah siap di buat. Jadi kenapa masih lagi berbalah dan berebut-rebut kerusi. Jika kerusi pun mereka sudah tidak sepakat, apatah lagi jawatan menteri cabinet. Huru Hara jadinya seperti keadaan yang sedang berlaku di mesir sekarang ini. Menumbangkan sebuah regim bukannya kerja payah. 14 hari sahja diperlukan untuk menumbangkan pemerintahan 30 tahun lebih. Namun untuk memulihkan kembali keadaan itu memakan masa yang lama. Sudah pasti setiap pihak melihat bahawa sekarang ini wujud keadaan tidak ada ketua dan banyak peluang timbul. Oleh itu, setiap pihak berebut-rebut untuk menuntut hak masing-masing.

No comments: