SAHABAT BLOG

27 February 2011

PAS SELAR TINDAKAN JAIP


Artikel yang hendak aku tulis kali ini bersumberkan berita daripada Harakahdaily.  Entah betul atau tidak, tetapi kalau tidak betul sekalipun ianya akan dikatakan betul juga oleh para penyokong PAS. Ini telah menjadi satu budaya yang tidak boleh diubah. Budaya ialah perlakuan sesuatu kaum yang diajar dan diamalkan oleh sesuatu puak atau kaum itu dan diturun dari satu generasi ke satu generasi.

Dikhabarkan  JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang ) telah membatalkan semua program yang telah ditetapkan oleh AJK Masjid sepanjang tempoh kempen ini. Aku tidak tahu program apa yang dimaksudkan, tetapi aku percaya jika benar perkara ini berlaku, ianya bertujuan untuk mengelakkan program-program yang telah diadakan itu diresapi dengan semangat politik ataupun ditumpang oleh para pemimpin PAS yang memang selalu menggunakan masjid untuk berkempen politik pecah belah. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, penggunaan masjid sebagai tempat untuk mengutuk kerajaan telah berlaku sejak sekian lama dan diamalkan oleh puak-puak yang tidak puashati dengan kerajaan BN.

Sepanjang tempoh kempen berjalan, pihak polis sudah tentu telah meluluskan permit-permit kempen kepada parti yang bertanding, oleh itu adalah tidak wajar jika masjid masih digunakan sebagai tempat berkempen. Masjid adalah tempat bagi umat Islam beribadat dan mencari ketenangan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Masjid juga digunakan sebagai tempat untuk mengembangkan lagi ajaran Islam dan juga sebagai tempat untuk memperkukuhkan lagi akidah para penganutnya.

Masjid tidak boleh digunakan untuk semua tujuan. Ianya masih mempunyai batas dan juga peraturan yang mesti dijaga. Politik adalah sebahagian daripada Islam. Jual Beli juga sebahagian daripada Islam. Jika urusan jual beli dilarang dilakukan di dalam masjid, maka adalah wajar politik-politik yang boleh memecah belahkan sesama Islam turut dilarang di adakan di dalam masjid.

Persoalan aku, kenapa yang memberi respond kepada arahan JAIP itu hanya datang daripada puak-puak PAS sahaja.  Tidak bolehkah mereka memberikan kerjasama dan akur dengan arahan JAIP itu buat sementara waktu. Adakah PAS memang berniat untuk menumpang program-program yang dirancang oleh para ahli kariah bagi tujuan berkempen? 

TEMERLOH, 27 Feb:  Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.
Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.
Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi.
Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.
"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau.
Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya.
Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun.
Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu.
Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai (gambar).
PAS dijangka akan memberi respons berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengah hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak AJK yang dilantik oleh anak-anak kariah.
"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan AJK untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.

1 comment:

Anonymous said...

sebanya nya yg selalu dok mengimarahkan masjid adalah golongan pas. umno hanya dok datang masjid time raya ajer. Nampak sgt JAIP tu adalah talian hayat puak umno. kerana kebanyakan program itu lebih kpd islamic dan org yg mengetuai program tu mayb datangnya dari pas. adakah pas buat progran dangdut kat masjid??? kalu itu..ya patut JAIP menghalang.

kenapa patut halang program agama. sbb nya program agama itu tak selari dgn kehendak UMNO. kalu buat program yg selari dgn umno...ok...