SAHABAT BLOG

26 February 2011

The 'War' is begin.

Berita ini diambil daripada  bro parpukari kerana ku tak berpeluang untuk ke Dun Merlimau dan DUN Kerdau. Sebenarnya, aku nak ucapkan syabas kepada parti PAS kerana berani menyahut cabaran untuk bertanding di kedua-dua DUN tersebut walaupun mereka sedar bahawa untuk mencapai kemenangan amat sukar dan hampir mustahil. Namun inilah yang dinamakan demokrasi sihat walaupun pihak PAS mendakwa bahawa proses demokrasi di negara ini berat sebelah iaitu menyebelahi kerajaan yang memerintah.

PAS mendakwa pihak kerajaan BN menggunakan segala jentera yang dimiliki oleh kerajaan terutama peruntukkan-peruntukkan kerajaan untuk memancing undi. Saya sebenarnya secara peribadi bersetuju bahawa setiap kali pilihanraya kecil diadakan, boleh dikatakan hampir 100% masalah pembangunan di kawasan PRK selesai. Jika tindakan menyelesaikan masalah penduduk ini dikatakan sebagai modal berkempen dan dikatakan satu proses demokrasi tidak sihat, terpulang kepada penerimaan para pengundi untuk menilainya. Apa yang penting, 'ketidaksihatan' proses demokrasi yang didakwa ini, boleh
 menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dalam masa 8 - 10 hari sahaja, maka teruskanlah 'ketidaksihatan' ini.

Tidak dinafikan PAS ataupun setiap parti yang bertanding samada kerajaan ataupun pembangkang memainkan peranan penting untuk memastikan peruntukkan pembangunan disesuatu PRK itu mencurah-curah.

Oleh itu kepada Penduduk di Merlimau dan Kerdau, gunakanlah kesempatan ini untuk menagih sesuatu yang selama ini mungkin sukar untuk diperolehi. Jika tuan-puan inginkan sesuatu yang pasti, maka pilihlah calon kerajaan yang mempunyai duit dan kuasa dan masa untuk menunaikan janji mereka. Jika tuan-puan ingin menolak rezeki pilihanraya kecil, maka pilihlah calon yang hanya pandai berjanji dan tidak mempunyai kuasa dan masa untuk menunaikan janji-janji mereka.

Sila pastikan janji-janji yang dibuat oleh pihak yang bertanding, hendaklah disusul dan konkrit. Janganlah membiarkan sesuatu janji itu terbiar begitu sahaja. Sekarang ini zaman teknologi dan zaman dimana pokok pun boleh membekalkan maklumat, maka gunakanlah segala kemudahan yang ada untuk menjadikan sesuatu janji itu bernilai dan konkrit.



SATURDAY, FEBRUARY 26, 2011

TERKINI! Pencalonan sudah selesai! UMNO VS PAS!

DUN Merlimau babitkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah: SPR

DUN Kerdau saksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43: SPR

So satu lawan satu beb! Semuanya dah selamat! Let the game begin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: