SAHABAT BLOG

19 February 2011

Makanan Baru Penambah Tenaga


Sekarang ini Negara sedang dikejutkan penemuan air mani lelaki Y. Kenapa dinamakan lelaki Y? Biarkanlah pihak hakim yang menentukan keputusan samada Anuar Ibrahim bersalah atau tidak. Seperti biasa dan lazimnya, jika didapati bersalah sekali pun, Anuar Ibrahim tetap tidak bersalah di mata para penyokong tegarnya.

Lupakan perihal air mani lelaki Y, kita mahu bercakap berkenaan air mani yang boleh memberikan kekuatan kepada pengemarnya selama seminggu. Siapa yang tidak kenal kuda. Kuda adalah haiwan yang begitu begitu berkuasa. Sekarang ini sesiapa yang inginkan kuasa seperti kuasa kuda selama seminggu boleh mendapatkannya di New Zealand.

Di New Zealand, air mani kuda telah dijadikan hidangan kepada pengemar makanan eksotik.

“ Sajian air mani kuda dapat memberi kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu,” ujar penternak kuda lumba di Chistchurch, Lindsay Kerslake ( entah dekat mana ni).

Ha ah, apa lagi, kepada mereka yang bercadang hendak mendapatkan kekuatan yang luar biasa, bolehlah mencuba makanan yang diperbuat daripada air mani kuda. Selama ini kita kita biasa dengar minyak kuda atau kereta kuda, sekarang kita bukan sahaja boleh dengar air mani kuda, tetapi boleh menikmatinya. Air mani Kuda sahaja, air mani orang masih belum diuji lagi. Mungkin juga air mani yang berkahwin 4 itu power juga kot? Tak tahulah. Bagi orang Islam kena ketahui dahulu hukum syariah sebelum minum atau makan air mani kuda.


New Zealand perkenal hidangan air mani kuda


WELLINGTON: New Zealand yang dikenali sebagai destinasi sukan ekstrem seperti terjunan bungee dan luncur salji kini mengubah haluan kepada hidangan makanan apabila menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik.
Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng. “Sajian air mani kuda dapat memberi anda kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu,” ujar penternak kuda lumba di Christchurch, Lindsay Kerslake. - AFP- Harian Metro 19/02/2011

4 comments:

Anonymous said...

' Kau bawa bekal air apa tu , pekat je nampak ? '

Ha.... nak jawap apa ? Hahahahaha...

putrarahman said...

Kalau pekat, air kopi O "kerah".

Anonymous said...

My relatives always say that I am wasting my time here at web, but I know
I am getting knowledge every day by reading thes good articles
or reviews.

Look at my blog post ... abcdistributing Deerfield Il 60015

Anonymous said...

This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I've found something which helped me. Many thanks!

Feel free to visit my page; hamidianz0610.blogspot.com