Apabila para pemimpin PAS bercakap bahawa mereka juga masih sayangkan Bangsa melayu dan akan mempertahankan hak-hak orang melayu, maka aku jadi pening dan bingung. Meroyan atau bermimpi puak-puak PAS ini. Selama ni mati-mati aku dok anggap bahawa PAS tolak Melayu. Setiap masa pemimpin mereka bercakap soal Islam. Setiap masa serban besar melilit dikepala. Setiap masa jubah labuh sampai ke kaki. Tak pernah pun Nampak mereka berbaju melayu dan bersongkok. Bukankah bersongkok itu identity melayu.
Bagaimana PAS boleh dakwa mereka mempertahankan hak melayu jika mereka sanggup untuk memberikan jawatan Menteri Besar ataupun jawatan Perdana Menteri kepada bangsa lain dengan syarat calon itu beragama Islam. Bukannya mereka tidak tahu bahawa jawatan Perdana Menteri itu seolah-olah telah menjadi satu kontrak social sesama kaum walaupun tidak dinyatakan di dalam perlembagaan, namun ianya memang telah menjadi hak secara semulajadi kepada bangsa Melayu. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah tanahair, bangsa lain menjadi pemimpin tertinggi kepada bangsa melayu.
Aku bukannya pandai sangat untuk megulas pasal politik ni, tetapi aku boleh mengatakan bahawa PAS sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat sokongan orang melayu kepada UMNO semakin pulih. Oleh sebab itu, PAS berpendapat bahawa mereka kena berbuat sesuatu supaya orang Melayu diberikan gambaran mengenai pendirian mereka berkenaan hak-hak orang melayu.
Sebenarnya mereka silap percaturan dan kebingungan. Mereka bingung apabila melihat sokongan para pengundi Melayu di Dua PRK tidak berpihak kepada mereka. Yang paling membuatkan mereka bingung dan sasau apabila DUN Galas yang dipegang oleh mereka telah jatuh kepada UMNO dengan majority lebih baik lagi.
PAS mulai sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan melayu dan hak-hak melayu. Itu hanyalah anggapan mereka dan mungkin juga nasihat rakan karib mereka iaitu DAP. Sebenarnya mereka silap dan terlupa. Mereka terlupa bahawa selama ini semasa mereka kuat, mereka tidak pernah pandang kepada bangsa Melayu. Mereka yang terlupa, tetapi orang Melayu tidak lupa.
Biarlah aku ingatkan PAS, kemerosotan sokongan ini bukan disebabkan mereka mengabaikan melayu. Aku beritahu ,mereka tidak pernah mengabaikan bangsa melayu. Sebenarnya mereka tidak pernah membicara soal bangsa melayu. Kemerosotan ini berpunca apabila mereka mengadaikan prinsip perjuangan Negara Islam yang telah dipegang dan diperjuangkan oleh mereka sejak sekian lama.
Kekuatan mereka selama ini adalah perjuangan Negara Islam. Apabila PAS berkarib dengan DAP yang terang-terang tidak bersetuju dengan Negara Islam, PAS rela untuk mengadaikan prinsip perjuangan Islam mereka demi untuk mendapat kepercayaan dan dana dari DAP untuk menumbangkan UMNO. Diperingkat Nasional ,mereka kuburkan cita-cita Negara Islam mereka tetapi di negeri-negeri yang majoriti Melayu, mereka masih bercakap soal Negara Islam seolah-olah tidak ada apa-apa perubahan kepada prinsip perjuangan mereka selama ini. Mati-mati orang kampong aku kena tipu. Tipah tertipu.
Apabila melayu Islam melihat bahawa PAS sudah lari dari prinsip asal perjuangan mereka dan mula berkawan baik dengan DAP, maka orang melayu telah mencongak apakah kesan jangka panjang jalinan kerjasama ini. Mereka melihat bahawa PAS hanya bakal menjadi kuda tunggangan DAP sahaja. DAP adalah sebuah parti berbilang bangsa dan agama. Apabila ditakdirkan PAS dan DAP ke Putrajaya, orang melayu sudah boleh boleh agak PAS akan mengisi jawatan PM dan DAP akan mengisi jawatan TPM.
Kesimpulannya, PAS sekarang ini sudah menjadi sebuah parti yang tidak ada asas perjuangan. Jika dahulu mereka boleh mendakwa bahawa mereka berjuang bagi menubuhkan sebuah Negara Islam, sekarang ini mereka mendakwa bahawa mereka akan mempertahankan hak orang melayu. PAS sudah menjadi seperti kayu mati dimana hanya yang tinggal adalah teras sahaja, manakala kulit dan isi yang menyokong mereka sedikit demi sedikit telah hilang. Maknanya, PAS hanya disokong oleh penyokong tegar (teras kayu) sahaja, manakala penyokong yang suam-suam kuku, sokong ikut tajuk kata Adukataruna (kulit dan isi pokok) telah hilang sokongan.
Rujukan:
2 comments:
aku dah mula tinggalkan perjuangan umno lebih kurang 2 tahun. aku tak suka umno kerana perjuangannya hanya tertumpu kpd bangsa shj. aku percaya, pas kini di landasan yang betul. namun begitu..pas banyak musuh terutamanya adari pihak media, tak habis-habis mengelirukan rakyat. tak salah nak hentam musuh..tapi biarlah ada asasnya. tapi apa yang di tulis oleh utusan hari minggu lepas sukar diterima rakyat. utusan sememangnya bijak melagakan umat melayu pas dan umno. selebihnya bacalah sendiri dan nilaikanlah berita yang dimuatkan. apapun kita bebas memilih apa yg kita sukai.
NOTA EDITOR: Selama lebih 21 tahun Kelantan disiksa dan ditindas. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO parti anti Melayu.
Tulang Besi nampak, artikel di bawah sudah cukup untuk membuktikan sifat talam dua muka UMNO dan mengapa kita tidak boleh percaya dengan agenda UMNO.
Selamat membaca.
Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan
Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.
Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.
'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.
"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.
"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.
Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.
"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?
“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin.
Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?
"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.
Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.
"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.
Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.
"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.
"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.
Post a Comment