SAHABAT BLOG

24 February 2011

HARIMAU MUDA MENANG 2-0, HARIMAU TUA DIJINAKKAN WARGA CINA


Malam ni aku berpeluang untuk menonton perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik. Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Harimau Muda menentang Pasukan Olimpik Kebangsaan Pakistan. Keputusannya, Malaysia berjaya mengalahkan Pakistan dengan jaringan 2 - 0. Tahniah kepada pasukan harimau Muda. Kalau bukan disebabkan kecekapan penjaga gawang Pakistan yang kelihatan penat menyelamatkan beberapa percubaan tepat pasukan harimau Muda, aku peraya lebih banyak jaringan goal dapat dihasilkan. Aku pun hairan, bagaimana penjaga gawang yang bernama Mohamed Umer itu boleh menampan beberapa percubaan wajib goal. Mungkin juga dian hendak menunjukkan aksi bertenaganya kepada pak ciknya yang menjual karpet di Jalan TAR yang turut sama menyaksikan perlawanan pada malam ini. 

Itu pasal Harimau Muda. Sekarang ini kita tulis cerita pasal Harimau Tua pulak. 

Harian Metro pada hari ini melaporkan ada kegiatan yang dimonopoli oleh kebanyakkan lelaki berumur 50 tahun ke atas yang bernikah secara palsu dengan wanita warga asing bagi tujuan membolehkan 'isteri'nya itu tinggal lebih lama di Malaysia. Pernikahan mereka ini aku percaya dijalankan oleh satu sindiket profesional dengan bayaran tertentu. Tujuan 'isteri' itu bercadang hendak tinggal lebih lama adalah untuk membolehkan mereka melakukan kegiatan pelacuran dan juga pekerjaan tanpa perlu khuatir ditangkap dan dihantar ke pusat tahanan sementara. Cukup cerdik dan bergeliga kepala otak menipu mereka ini. 

Menurut Ketua Biro Pengaduan MCA, kebanyakkan warga asing yang terlibat adalah dari kalangan Rakyat Republik of China. Aku pun hairan kenapa sejak akhir-akhir ini begitu ramai warga cina datang melawat malaysia. Aku harap ianya tiada kaitan dengan Menteri Pelanongan kita yang kebetulan berbangsa Cina.

 Kebanyakkan warga cina yang datang ke sini bukannya hendak bekerja di kilang-kilang ataupun pasaraya-pasaraya. Mereka kebanyakkannya bekerja di pusat-pusat SPA dan juga rumah-rumah urut. Ramai di kalangan mereka yang diserbu oleh pihak berkuasa menjalankan kegiatan pelacuran. Soalnya, siapakah pelanggan mereka? Mungkinkah disebabkan begitu ramai pekerja asing lelaki yang bekerja di negara kita sekarang ini, maka kemasukan pelacur asing ini dijadikan tempat bagi mereka memuaskan nafsu batin mereka. Kalau nak harapkan pelacur tempatan, kebanyakkannya sudah berusia dan kalau yang masih muda, sudah tentu harganya mahal. 

Permintaan yang tinggi menyebabkan agen-agen atau 'bapa ayam' tanpa segan silu menjemput pelacur dari luar negara untuk berkhidmat dengan mereka. pelbagai cara digunakan seperti penggunaan Visa pelajar, Visa Sosial, yang terbaru melalui kaedah perkahwinan. Yang tinggal melebihi tempoh pula bersepah dan merata-rata. Kebanyakkan mereka telah berasimilasi dengan rakyat tempatan dan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenali mereka di lokasi-lokasi awam. Baca di sini

Seperti yang ditulis dan diceritakan oleh banyak pihak, kebanjiran pekerja asing, pelancong asing dan rakyat asing ke dalam negara kita ini, telah meninggalkan kesan buruk yang cukup mendalam kepada rakyat malaysia. Banyak kes-kes jenayah yang dilaporkan telah dilakukan oleh warga asing. Pasukan keselamatan pula tidak menang tangan untuk mencegah dan mengawal kegiatan jenayah warga asing ini. 

Jenayah yang paling mengerunkan ialah yang dilakukan oleh warga Iran. Mereka tanpa rasa gentar telah membawa masuk berkilo-kilo dadah ke negara kita ini. Itu yang berjaya dikesan dan ditangkap. Yang terlepas mungkin lebih banyak lagi. Aku fikir kerajaan kena bertindak pro aktif untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa Iran untuk menghantar pegawai anti nakortik Malaysia untuk memantau setiap penumpang warga Iran yang ingin ke malaysia. Pemantauan hendaklah dilakukan di Lapangan Terbang Iran lagi. Bukan kita hendak menyusahkan apatah lagi menyekat kemasukan warga Iran ke negara kita, tetapi tindakan pencegahan yang pro aktif terpaksa diambil kerana begitu banyak kes dimana warga Iran ditangkap kerana menyeludup berkilo-kilo dadah ke negara kita ini.

Cerita pasal PRK Dun Kerdau. 

BN telah mengumunkan calon mereka iaitu seorang yang bergelar Ustaz lulusan Mesir. Pemilihan yang aku anggap tepat oleh BN kerana majoriti para pengundi di kawasan DUN Kerdau ialah orang Melayu kampung. Orang Melayu kampung ialah orang melayu yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Sudah tentu salah satu ciri utama yang bakal menarik minat mereka terhadap Calon ialah yang berpendidikan agama. Bukan sahaja berpendidikan agama, tetapi calon itu mestilah seorang yang mudah didekati yang mudah mesra dengan orang kampung. Pemilihan Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan seorang lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir . 

Sebagaimana diketahui ramai, lulusan Universiti Al-Azhar sentiasa dipandang tinggi di dalam masyarakat. namun kebanyakkan lulusan Al-Azhar condong kepada pembangkang. Oleh itu apabila ada yang condong dan berpartikan UMNO, mereka dengan cepat boleh mengumpul para peminat dan pengikut. Sehubungan itu, jika tiada isu-isu peribadi yang menganggu mood pengundi dan boleh mencalarkan imej Ustaz Syed Ibrahim, IsnhaAllah, beliau akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Kemenangan beliau juga di sokong pola sokongan pengundi UMNO yang telah kembali kepada BN. 

Syed Ibrahim calon BN DUN Kerdau

TEMERLOH 22 Feb. – Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau,  diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan 
Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini.
Pengumuman tersebut disambut sorakan kira-kira 5,000 penyokong BN yang hadir di dataran tersebut.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Syed Ibrahim mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya tersebut berdasarkan kepada pengalaman dan keyakinan pengundi terhadapnya.

Tegas beliau, pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.
“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua.
“Calon ini kita anggap sebagai ‘most winnable candidate’ (calon paling berpotensi menang),” katanya.

Selain mempunyai sifat mesra rakyat, Muhyiddin memberitahu, Syed Ibrahim yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan parti.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli BN dan jentera parti memberi sokongan padu kepada calon tersebut.

“Terimalah dengan ikhlas dengan semangat perpaduan,” katanya.
Dengan pemilihan tersebut, beliau berharap BN dapat mencapai majoriti yang lebih besar berbanding yang diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu sebanyak 1,615 undi.

Syed Ibrahim ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilihnya sebagai calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau.

Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Syed Ibrahim, 44, atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ustaz Syed Ibra merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang.

No comments: