SAHABAT BLOG

24 February 2011

Apakah betul DAP terima perjuangan Islam PAS ?-Tanya Profesional Singapura

Profesional Singapura sebenarnya menyokong perjuangan UMNO untuk menegakkan hak dan kekuasaan Melayu di Malaysia ini. Walaupun kita dapati ada segolongan Melayu Singapura yang selesa dengan keadaan kehidupan mereka yang dicorakkan oleh Cina, tetapi masih ramai nasionalis Melayu Singapura yang masih rindukan suasana kemelayuan tulen di Singapura.

Boleh baca satu surat terbuka rakyat Singapura yang mendakwa seorang Doktor yang ditujukan kepada Tun Mahathir dan Tuan Guru Nik Aziz yang diambil dari ruang komen blog Che det di sini.



Assalamualaikum wr wb,


Kepada Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz,

Ingin saya menambah sedikit. Apakah betul DAP terima perjuangan Islam PAS ? Atau DAP hanya menunggang PAS untuk tarik undi Melayu ? Bagi saya - perjuangan UMNO se-Islam dengan perjuangan PAS. Dengan hanya melaung laung slogan Islamik (termasuk Hudud) - tidak menjadikan perjuangan sesebuah parti itu lebih Islamik dari yang lain. Siapa tak pandai cakap ? Cakap kosong yang tidak membawa erti - itu semua orang tahu !

Ini saya nak tanya Tok Guru - apakah betul DAP nak terima perjuangan PAS untuk menubuhkan suatu negara Islam acuan PAS di Malaysia ?

Tolong jangan jadi BODOH. Saya rakyat Singapura dan terus terang saya mengatakan bahawa masyarakat Cina secara amnya TIDAK mahukan suatu iklim sosial yang mereka anggap adalah terlalu Islamik. Kaum Cina tetap mahukan konsert Adam Lambert mereka. Kaum Cina tetap mahukan bar, KTV dan sebagainya. Hanya khayalan bodoh sahaja yang mempercayai bahawa masyarakat Cina mahu terima suasana sosial Islamik negara Islam acuan PAS !

Saya sokong UMNO kerana saya tahu hakikat realpolitik ASEAN di mana mesti ada kompromi di antara kaum Muslim Nusantara dan kaum Cina. Kompromi itulah yang di lambangkan oleh UMNO dan BN. Dan kompromi itulah sahaja yang menjamin kestabilan rantau ASEAN ini.

Tanpa kompromi sebegitu - saya tak yakin yang PAS boleh menjamin keamanan dan keharmonian. Maka itu - jalan terbaik bagi PAS - adalah untuk bersatu dengan UMNO - demi kepentingan Ummat Islam rantau ASEAN.

Wassalam

Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)



No comments: