SAHABAT BLOG

01 December 2010

Presiden dan Timbalan Presiden PKR insan berisiko.

Ramai orang dikalangan pemimpin UMNO dan juga NGO yang Pro kerajaan sedang menghentam Presiden PKR dan Tim Presiden PKR berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka berkenaan Ketuanan Melayu yang hendak dihapuskan dan diserang habisan-habisan. Ramai yang sebenarnya cetek ilmu mereka berkenaan ketuanan Melayu ini termasuk saya sendiri. Kenapakah orang Melayu berselisih dan mempunyai mazhab mereka masing-masing apabila menyentuh perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan orang Melayu. Perselisihan ini telah menyebabkan orang ramai telah membuat tafsiran sendiri. Yang paling malang apabila para pemimpin Melayu telah membuat tafsiran masing-masing tanpa mereka sedari bahawa tafsiran mereka itu boleh menyebabkan rakyat keliru dan keliru. Pemimpin UMNO berhak untuk membidas Wan Azizah dan Azmin kerana UMNO sejak dahulu lagi telah memperjuangkan ketuanan Melayu. Pada mereka memperjuangkan ketuanan Melayu bermaksud memperjuangkan kesultanan Melayu. Oleh yang demikian, apa ada pihak yang ingin menghapuskan ketuanan Melayu, UMNO beranggapan bahawa pihak berkenaan ingin menghapuskan kesultanan Melayu.

Jika betul apa yang ditafsirkan oleh para pemimpin UMNO itu, maka adalah tidak wajar bagi Wan Azizah dan juga Azmin Ali untuk membakul sampahkan ketuanan Melayu. Membakul sampahkan kesulatan Melayu bermakna membakul sampahkan institusi raja-raja Melayu. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh orang-orang Melayu yang bermazhabkan tafsiran UMNO.

Malaysia ini adalah kepunyaan raja-raja melayu sebelum mereka telah dikurung di dalam perlembagaan persekutuan tanah melayu. Semasa Malaysia dijajah, sultan-sultan masih merupakan pemimpin yang berkuasa ke atas rakyat jelata. Namun demikian, apabila Malayan Union hendak ditubuhkan, maka UMNO telah berjaya mengelak sultan-sultan Melayu dari ditipu dan UMNO telah mengembalikan darjat sultan-sultan melayu.Semenjak dari itulah, sultan-sultan melayu dan UMNO saling bekerjasama untuk menuntut kemerdekaan tanah melayu daripada british. Namun demikian, pada masa yang sama, pendatang-pendatang Cina dan India telah bertapak kukuh didalam persekutuan tanah melayu dan menjadi rakyat kepada raja-raja melayu tanpa ingkar. Semua bangsa pada masa itu menjujung aat setia mereka kepada raja-raja melayu kerana mereka akur bahawa tanah yang mereka duduk adalah dibawah naungan raja-raja melayu.

Ada yang lebih keras lagi menmbuat tafsiran bahawa ketuanan melayu bahawa Malaysia ini adalah tanah air milik orang Melayu. Tafsiran ini merangkumi semua orang Melayu termasuk raja-raja melayu adalah tuan milik tanah bertuah ini. Namun demikian tafsiran ini agak keras dan tidak berlapik. Tafsiran yang sebeginilah yang telah difahami oleh pihak PKR dan juga yang difahami oleh orang bukan melayu. Tafsiran ini walaupun agak keras, namun jika diteliti dengan baik, tafsiran ini agak beremosi dan tidak ramai orang melayu bermazhab dengan tafsiran ini. Oleh yang demikian pemimpin PKR sebenarnya telah cuba untuk mengelirukan rakyat dan meraih sokongan daripada pengundi bukan melayu. Mereka sedar bahawa tafsiran ketuanan melayu yang mereka fahami telah dikutip daripada tafsiran-tafsiran lemah yang datangnya daripada orang melayu yang sedikit beremosi.


Saya berkesimpulan bahawa Presiden PKR dan Tim Presiden PKR adalah pemimpin yang suka mengambil peluang dan mengekploitasi peluang tersebut untuk kepentingan mereka dan puak-puak mereka. Ketuanan melayu ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya telah dilaungkan sepanjang zaman. Sehingga kini kebanyakkan orang melayu percaya bahawa ketuanan melayu ini adalah perkara yang dipaut kukuh dengan institusi raja-raja melayu dan bukannya bermaksud melayu menjadi tuan kepada negara ini kerana orang melayu sedar bahawa semenjak merdeka, negara ini telah menjadi milik semua warganegaranya. Ketuanan melayu juga boleh dihubungkan dengan perkara-perkara yang disebut khusus didalam perlembagaan persekutuan berkaitan orang melayu seperti bahasa, agama dan lain-lain lagi di dalam perkara 153 terutamanya. Ketuanan melayu inilah yang menjadi pegangan UMNO dan ramai orang melayu. Di bawah tafsiran inilah,kerajaan BN menjalankan pelbagai dasar pemerintahan untuk dinikmati oleh orang melayu seperti bisiswa, subsidi, kontrak dan sebagainya. Jika PKR tidak bersetuju dengan tafsiran yang diterima ramai ini, mereka seharusnya membuat tafsiran mereka sendiri dan bukannya sewenang-wenang hendak menghapuskan ketuanan melayu ini.

Nampaknya Presiden PKR yang dikurniakan seorang suami yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dan seorang yang kental telah bermain dengan emosi dan perasaan orang melayu. Oleh yang demikian, bersedialah dia dan Timbalannya untuk meneriam pelbagai sumpah seranah dan kutukan daripada orang melayu. Tidak pernah saya melihat seorang Presiden sebuah parti politik yang selemah beliau. Diketika suaminya masih kental, beliau saya lihat semakin lemah dan semakin 'gabra'.

3 comments:

Anonymous said...

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya

Anonymous said...

anon 11:28 - mana ada puak umno berani nak pertikaikan kenyataan tun M. mayb sorang saja kot...nazri aziz. puak umno ini- klu kena kat umno sendiri, mana depa nak mengaku benda tu salah. tu satu, satu lagi pasal menara 100 tkt tu...tun tak setuju..umno diam saja. jambatan bengkok yun nak buat...najib kata susah sgt..yelah...menteri kanan tak berportfilio pun jadi penasihat penting jugak... sapa ilmuan umno berani tegur "menteri kanan yg tak da potfolio tu"...

putrarahman said...

Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja. Kalau mengikut tafsiran UMNO mengenai ketuanan melayu, tafsiran ini telah mengeluarkan Penang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, tidak hairanlah negeri-negeri yang disebutkan di atas itu boleh mempunyai Ketua Menteri yang bukan daripada orang Melayu seperti di Penang, Sabah.

Sabah semasa ketua menteri Pairin ketingan telah membangunkan dan menyiarkan ajaran Kristian dengan begitu meluas.

Kesimpulannya, negeri-negeri yang saya nyatakan di atas sebenarnya berisiko untuk kehilangan kuasa Melayu jika ditakdirkan DAP berjaya mengambil alih. Itu pasal sekarang ini kita dapati, PR sedang memberikan fokus kepada Sarawak kerana mereka tahu sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Menteri samada Cian, India, Iban, melayu dan sebagainya.