SAHABAT BLOG

29 November 2010

Cucu Cicit Melayu semakin tidak menentu

Raja-raja Melayu semakin bimbang dengan angin perubahan politik sekarang ni. Konsep ketuanan melayu telah disalah tafsir dan disalah guna oleh pelbagai pihak. Keadaan sudah menjadi semakin sukar. Nasib cucu cicit bangsa Melayu di masa yang akan datang sudah semakin tidak menentu. Pemimpin Melayu wajib berusaha dari sekarang untuk mempertahankan segala milik orang Melayu yang semakin hilang. Namun keadaan nampaknya semakin sukar kerana para pemimpin Melayu bercakaran antara satu sama lain. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan masing-masing mendakwa mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk menjadi pemimpin negara khususnya bangsa Melayu. UMNO yang telah begitu lama menjadi pemimpin tunggal mencorak hala tuju orang Melayu telah mengumpul pelbagai penyakit dan daki yang tidak mungkin dihapuskan. Penyakit dan daki mereka telah diketahui oleh orang ramai. PAS yang sekian lama berpegang kepada prinsip menegakkan Hukum Hudud telah semakin hanyut semenjak berkawan dengan DAP. Perjuangan Hudud mereka sudah tidak kedengaran lagi. PKR sebuah parti baru yang ditubuhkan tidak lain dan tidak bukan untuk menaikkan ANuar IBerahim sebagai Perdana Menteri yang pada anggapan mereka jawatan tersebut telah diragut daripada ANuar IBerahim. Presiden PKR seperti robot yang telah diprogramkan. Beliau jelas kelihatan lemah. Anuar Ibrahim seperti seorang Raja dan Presiden PKR adalah Perdana Menteri.

PM Najib nampaknya memilih jalan memujuk orang Cina untuk kekal berkuasa. Mungkinkah PM Najib telah silap di dalam percaturan politiknya. Tidak mungkin kerana beliau dikelilingi kiri dan kanan oleh pemimpin Melayu yang arif lagi bijaksana. Siapa tak kenal Hishamuddin, Nazri Aziz, Rais Yatim. Mereka semua banyak pengalaman. Namun demikian, banyak juga suara-suara sumbang kedengaran menyatakan PM Najib ikut telunjuk ISteri. DS Rosmah sentiasa sibuk mengalahkan seorang Menteri. Mana ada masa beliau nak menasihatkan PM Najib. Aku tak tahu kenapa Media terlalu memberi liputan kepada DS Rosmah. Setiap hari ada sahaja berita berkenaan DS Rosmah. Liputan yang keterlaluan ini boleh menyebabkan rakyat bosan. Pemimpin lain tak ada aktiviti ke? Tidak salah DS Rosmah nak melakukan aktiviti apa sekali pun kerana beliau pun berkelulusan. Namun media berpada-padalah dalam memberi liputan kerana rakyat pun nak tahu apa pemimpin lain buat.

Kehidupan cucu cicit melayu semakin kelam. Pusaka milik nenek moyang semakin hilang satu demi satu. Bahasa Melayu semakin terpinggir. Kini Bahasa Melayu hanya mewarnai pentas-pentas hiburan, filem-filem, drama-drama dan kesusasteraan. Bahasa melayu telah menjadi bahasa hiburan dan mengkhayalkan. Itu pasal anak-anak melayu hebat dalam bidang hiburan tetapi kurang hebat dalam bidang-bidang lain kerana kekuatan mereka telah dirampas dan medan mereka mengembangkan bakat dan kebolehan mereka telah terbatas. Bidang Ekonomi, Perundangan, Perubatan, Internet semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Bagaimana bangsa Melayu nak maju seperti bangsa lain kerana Kekuatan orang Melayu telah di rampas. Apa kekuatan orang Melayu, tentulah Bahasa Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

kekutan melayu adalah huruf M dan E. kalu buang tu jadi layu. maka kita boleh berbangga dengan melayu tetapi jgn lupa...sepatutnya kita bangga jadi umat islam yg tahu bersyukur..bukan islam, kerana keturunan nya melayu.

hingus said...

kekutan umno adalah pada R.O.S.M.A.H ....sbb media perdana wajib tayang berita dia setiap malam. kalu nak cari kekuatan jgnlah cari hanya kepada bangsanya shj...tak salah pilih Nazri Aziz, rais yatim...tapi biarlah seimbang..apa salahnya pilih ilmuan islam sama dalam hal ini.