SAHABAT BLOG

04 September 2009

Singapura

Baru-baru ni aku ada menonton rancangan TV berkaitan Singapura. Walau[pun aku tak menonton semua, tetapi sebahagian daripada rancangan itu aku tonton juga. Ada beberapa perkara yang dapat aku kutip daripada rancangan tersebut:.-

1. Lee Kuan Yew kalau tak bergabung dengan Malaysia akan tumbang kepada pencabarnya ( Cina juga) seorang yang berfahaman komunis ( walaupun dia tak mengaku).

2. Bagi mengekalkan kuasa, Lee Kuan Yew merancang nak bergabubng dengan Tunku. Tunku minta Singapura selesaikan dahulu masalah dalaman ( pasal pengaruh komunis ) Singapura sebelum bergabung kerana Tunku tak mahu ianya menjadi beban dan bertanggungjawab nak selesaikannya.

3. Bila dah bergabung, Lee Kuan Yew tak puas hati kerana sebelum bergabung, dia Perdana Menteri tetapi bila dah bergabung dia tak jadi Perdana Menteri malah kena tunduk kepada orang Melayu dan Raja Melayu.

Selainnya aku tak tengok. Tapi aku dapat gambaran bahawa Lee Kuan Yew bergabung dengan Malaysia kerana nak bebas dari Penjajah dan juga nak menyelamatkan kuasanya yang semakin hilang kepada lawannya, bukan Ikhlas nak bergabung pun. Beliau mendakwa Nama Malaysia ini adalah gabungan Malay dan Sia ( merujuk kepada Singapura ). Bila dah dapat merdeka, dia beranggapan bahawa masih belum bebas sepenuhnya. Oleh itu dia merancang pelbagai karenah dan ancaman kepada Tunku. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk untuk memaksa Tunku membebaskan Singapura dari dijajah oleh Malaysia. Dia rela dijajah sementara oleh Malaysia untuk bebas dari jajahan Inggeris. Manakala Tunku tidak pernah anggap bahawa malaysia menjajah Singapura. Tunku anggap bahawa Singapura itu sama seperti Sabah dan Sarawak. Tetapi bezanya Singapura sebelum merdeka dikuasai oleh Cina.

Yang aku hairannya, darimana dan bagaimana Cina boleh begitu ramai di Singapura pada masa itu. Aku tidak ada statistik berapa nisbah orang Melayu dan Orang Cina pada masa itu, tetapi yang jelas dan nyata Lee Kuan Yew adalah seorang Cina yang memegang kuasa setelah ada pilihanraya. Sekarang ni, sudah pasti lebih ramai orang Cina berbanding Orang Melayu di Singapura. Kalaulah Cina dapat memegang kuasa di Malaysia, adakah keadaan akan serupa. Ini yang menjadi kegusaran aku sepanjang masa. Kegusaran aku bertambah bilamana Pemimpin Melayu asyik bergaduh sesdama mereka.

No comments: