SAHABAT BLOG

07 September 2009

Indonesia

Kebelakangan ini segelintir rakyat Indonesia telah menunjukkan sikap biadap mereka terhadap Malaysia. Pelbagai cerita yang kedengaran berhubung sikap biadap mereka itu. Akupun tak tahu kenapa mereka begitu dengki sangat kepada kerajaan Malaysia. Jika kebencian mereka itu disebabkan beberaa tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia terhadap rakyat Indonesia, aku rasa tidak wajar mereka bertindak hendak menguris seluruh warganegara Malaysia. Selama inipun kerajaan Malaysia telah banyak membantu rakyat mereka dalam banyak hal. Contohnya pengambilan buruh-buruh asing kebanyakannya dari Indonesia. Ramai rakyat mereka yang hidup senang lenang hasil daripada rezeki yang diperolehi selama bekerja di Malaysia. Setakat ini dalam pengetahuan aku, tidak pernah ada rakyat Malaysia yang memusuhi Negara Indonesia kerana warganegara Malaysia bersikap rasional dan tidak emosi.

Aku percaya kemarahan segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia berpunca daripada keputusan Mahkamah antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia. Mereka beranggapan bahawa pulau itu hak mereka sedangkan keputusan itu dibuat oleh sebuah Mahkamah antarabangsa. Samalah juga Malaysia yang kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Tidak pernah kedengaran rakyat Malaysia yang mengutuk Singapura secara terang-terangan.

Ekoran daripada sikap biadap dan penentangan segelintir rakyat Indonesia secara terbuka rakyat Indonesia itu, aku mengesa Kerajaan Malaysia supaya menghantar balik semua penduduk Indonesia yang berada di Malaysia sekarang ini. Semua pekerja yang ada permit samada masih sah atau tidak manakala mereka yang tidak ada permit hendaklah diburu habis-habisan dan hantar balik ke Indonesia. Perkara ini hendaklah dilakukan jika sekiranya pemimpin Indonesia tidak dapat membendung kegiatan rakyatnya yang biadap terhadap Malaysia. Namun secara rasionalnya. Sikap biadap rakyat tidak dapat dibendung oleh pemimpin terutama Indonesia. Rakyat Indonesia terlalu banyak diberi kebebasan dan berdemokrasi. Malaysia bukannya Negara baru yang mereka kutuk, banyak Negara lain didunia ini yang mereka kutuk. Namun apa yang mereka lupa bahawa Malaysia dan Indonesia adalah serumpun Melayu. Masih ramai saudara-mara mereka yang telah berjaya dalam kehidupan kerana kemurahan hati rakyat Malaysia memberi peluang untuk mencari rezeki di Malaysia. Rakyat Malaysia pun tak berkira mana dengan Indonesia jiak mereka berkelakuan baik. Mungkin ada sorang dua majikan yang bertindak melampaui batas, namun itu tidak mencerminkan sikap dan perangai warganegara Malaysia.

Sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat, aku nasihatkan kepada Rakyat Indonesia yang mempunyai niat untuk ‘mengayang” Malaysia supaya berfikir banyak kali. Jangan menguriskan hati kami. Sedarlah bahawa Malaysia adalah ahli pelbagai pertubuhan Dunia seperti ASEAN, OIC, PBB dan sebagainya, yang mana sudah semestinya jika ada sesuatu yang berlaku kepada Malaysia, badan-badan yang disebutkan itu tidak akan duduk diam. Pasti akan ada hukuman terhadap kamu semua.

Sedarlah, ramai saudara-mara kamu yang mencari rezeki di Malaysia dan ramai diantara mereka yang telah bermastautin di Malaysia. Kami tak kesah pun jika mereka duduk baik-baik, Kami Cuma ambil tindakan jika sekiranya mereka melakukan kesalahan dan jenayah. Ramai rakyat Indonesia yang datang kesini untuk melakukan jenayah. Kepada Rakyat Indonesia yang biadap tu, buatlah gesaan kepada rakyat Indonesia yang berada di Malaysia supaya balik cepat-cepat ke Indonesia kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka kerana sikap biadap kamu semua.

Kerajaan Malaysia, sila perhebatkan penguatkuasaan terhadap rakyat Indonesia kerana sikap segelintir mereka sudah melampaui batas dan kita tak tau siapa mereka. Mungkin ada diantaranya sudahpun bertapak di Malaysia dan menunggu masa untuk mereka menonjolkan diri sahaja. Mungkin pelbagai siri demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang turut disertai oleh rakyat Indobnesia dengan bertujuan hendak menimbulkan keadaan huru hara di Negara kita.

Kepada rakyat Indonesia yang biadap terhadap Malaysai, sedarlah diri sikit. Kita pun ada maruah juga, namun rakyat kami dah bertamadun.

No comments: