SAHABAT BLOG

06 August 2009

Strategi baru BN di Permatang Pasir

BN kurangkan ceramah besar-besaran di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengurangkan ceramah besar-besaran dan memberi fokus komunikasi bersemuka dengan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu, tidak lama lagi. Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Umno yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sin, hari ini.

Ulasan: Pada pandangan aku, tindakan ini adalah bertepatan kerana prospek untuk menang amat payah. Kalau berceramah secara besar-besaran dan tumpuan yang melampau diberikan, belum tentu boleh menang, kerana kawasan ini memang secara tradisinya kubu kuat PAS. Aku setuju dengan pendekatan BN untuk menemui seberapa ramai pengundi bagi berkomunikasi secara langsung dengan mereka dan berdebatlah secara berhemah dengan mereka dikedai-kedai kopi atau dimana-mana perkumpulan orang Melayu,dimajlis bacaan Yasin, kenduri kendara atau sebagainya. Buat kaji selidik secara menyeluruh siapakah individu yang selayaknya boleh menjadi calon yang diterima oleh Masyarakat dan juga pemimpin UMNO setempat.

Memang sukar untuk BN menang kerana persepsi orangramai terhadap BN masih belum kurang atau reda. Para pemimpin BN yang datang berkempen ( dalam temoh kempen dibenarkan) jangan sekali-kali membawa jawatan dalam Kerajaan seperti contoh Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri atau sebagainya, tetapi hendaklah membawa jawatan dalam parti seperti Presiden UMNO, Timbalan Prsiden UMNO, Naib Presiden UMNO dan sebagainya. Jika hendak memberi peruntukkan, jangan katakan ianya sumbangan Menteri itu, menteri ini dan sebagainya. Jangan sekali-kali menggunakan dana Kerajaan semasa tempoh kempen yang dibenarkan, tetapi gunakanlah dana UMNO sendiri. Jika hendak membawa pembangunan, janjilah dengan penduduk tetapi janganlah dibuat pembangunan atau dipecah mana-mana tanah untuk pembangunan sepanjang tempoh berkempen.

Berkempenlah secara sah. Yang bertanding adalah parti melawan parti dan bukannya Kerajaan melawan parti. Amalan kerajaan melawan parti sudah tidak boleh diterima lagi oleh rakyat. Lagipun ini tidak adil kerana harta kerajaan itu ada juga hak ahli parti lawan yang bertanding.

Media-media elektronik atau TV kerajaan dan yang dikawal kerajaan hendaklah memberikan waktu siaran sama rata kepada parti yang bertanding dengan syarat-syarat tertentu. Beri peluang kepada setiap parti untuk menyatakan misi dan visi mereka supaya rakyat tahu. Dedah mendedah, bongkar membongkar ada hadnya. Jangan sampai ianya menjadi fitnah terutama terhadap individu-individu.

No comments: