SAHABAT BLOG

18 June 2009

pERIHAL tELUR rEBUS

Ada satu cerita lucu berkenaan makan telur rebus. Pada suatu hari tu, sedang kami duduk bersembang-sembang pasal makan, Nasir iaitu sahabat aku di Tawau meriwayatkan pasal Ustaz Darmis makan telur rebus. Katanya pada suatu hari tu, beliau, Ustaz Darmis dan Asakil telah pergi ke Kota Kinabalu untuk menghadiri kursus. Inilah pengalaman pertama mereka berkursus di Kota Kinabalu. Ustaz Darmis kebetulan baru saja mendirikan rumahtangga.
Apabila mereka sampai di Kota Kinabalu, mereka pun pergilah ke restoran untuk makan pagi. Seperti biasa, mereka memesan makanan mengikut selera masing-masing. Ustaz Darmis makan nasi lemak. Setelah nasi lemak dihidangkan, Ustaz Darmis pun membuka begnya untuk mengeluarkan sebiji telur rebus. Haji Nasir tanya, telur dari mana, Ustaz Darmis bagi tau bahawa telur itu dibekalkan oleh isterinya dari rumah. Apabila selesai makan, mereka pun memanggil tuan kedai untuk kira. Apabila terpandang kulit telur berada di aats meja, maka tuan kedai pun ambil kira sekali. Kebetulan di atas meja itu memang terdapat telur rebus. Apabila menyedari tuan kedai mengira telur rebusnya, cepat-cepat Ustaz Darmis memberitahu bahawa telur rebus itu dibawa dari rumah. Mana tuan kedai nak percaya, aku pun kalau jadi tuan kedai susah nak percaya. Terpaksalah Nasir dan Asakil memberitahu cerita sebenarnya kepada tuan kedai. Lama kelamaan, barulah tuan kedai percaya, itupun setelah diterangkan oleh Nasir.



Inilah kisah telur rebus Ustaz Darmis yang diriwayatkan oleh Nasir kepada aku.

No comments: