SAHABAT BLOG

19 June 2009

'Dakwah PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun'

" Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?" Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik.http://www.malaysiakini.com/news/106745

Aku tak berapa senang dengan kenyataan ini seolah-olah dia mengambarkan bahawa UMNO ini seperti Firaun dan mereka ( PAS ) pula seperti Nabi Musa maksud aku dalam aku dalam konteks peranan yang dimainkan masing-masing. Ramai dikalangan ahli keluarga aku adalah UMNO walaupun aku tidak UMNO, tetapi bila Ketua Pemuda PAS mengatakan bahawa UMNO ini seolah-olah seperti Firaun, aku cukup sedih dan terharu. Macam Firaunkan sifat ahli keluarga aku itu. Aku tak pernah jumpa Firaun cuma mendengar kisah-kisahnya sahaja. Firaun itu mengaku dirinya sebagai Tuhan, tetapi tak pernah aku mendengar ada ahli keluarga aku yang mendakwa diri mereka sebagai tuhan dan juga tak pernah aku mendengar darimana-mana kenyataan dari mulut pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa mereka Firaun. yang aku dengar ialah orang PAS yang memberikan gelaran Firaun kepada para pemimpin UMNO. Tahu ke mereka siapa itu Firaun dan pernahkan Firaun mengucap dua kalimah syahadat dan berimam kepada Allah S.W.T.
Janganlah mereka menaruh dendam yang terlampau sangat kepada UMNO dan memberikan pelbagai gelaran kepada orang UMNO sehingga ada suatu ketika digelar kafir dan sebagainya. Walaupun aku bukan UMNO, tetapi aku seorang penyokong kerajaan yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara dan anak bangsa aku dan yang penting Islam agaman aku dapat disyiarkan dan diamalkan dengan selamat. Selama ini aku dapati BN berjaya menjalankan peranan mereka dan tidak mustahil suatu hari nanti sokongan aku akan berubah jika sekiranya aku dapati BN telah tidak lagi dapat memberi kesejahteraan kepada negara aku dan juga anak bangsa aku.
Allah sendiri dalam firmannya mengiktiraf perbezaan bangsa-bangsa dalam dunia ini supaya mereka saling kenal-mengenali, tetapi PAS nampaknya tidak mengiktiraf perbezaan bangsa ini, tetapi bagi mereka hanya mengiktiraf agama sahaja. Tak pernah aku mendengar Allah mengatakan bahawa Dia jadikan Manusia ini dengan pelbagai agama supaya mereka saling kenal mengenali anatar satu sama lain. Kalau ada, mungkin aku belum jumpa lagi dan masih kena mencari lagi.

1 comment:

Mohd Sobri said...

Terima kasih atas komen anda..
Dah lama xder orang yg nak komen tulisan saya.. Ada yang baca tapi xder komen...

Pasal PAS ni susah nak cakap, memang mereka ni ambil kesempatan atas kelemahan dan kelekaan UMNO. UMNO ni pulak suka sangat cantas mencantas... Dari dulu lagi...