SAHABAT BLOG

17 February 2009

iSU PPSMI

Dah Lama tak menulis. Sebenarnya kau masih dalam MC kerana menjalani pembedahan membuang pundi hempedu aku yang mengandungi batu. Pembedahan dijalankan oleh Dr. Sharol dari Hospital Al Islam Kampung Baru. Alhamdulillah, proses pembedahan yang mengambil masa 1 jam setengah itu berlangsung dengan selamatnya. Kesan pembedahan amat minima kerana Dr. Sharol menggunakan kaedah yang moden iaitu dengan menebus lubang pada perut aku dan proses pembuangan pundi hempedu dijalankan dengan berpandukan kamera video sahaja. Aku menjalani pembedahan pada pukul 10.00 pagi pada 24hb Februari 2009 dan bercuti MC sehinga 13 March 2009.


Berbalik kepada isu utama yang ingin dibincangkan di sini adalah mengenai isu PPSMI yang heboh diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin politik dan juga tokoh-tokoh bahasa sekarang ini. Isunya pihak manakah yang betul kerana terdapat pihak yang mendesak supaya pembelajaran matematik dan sains dikembalikan semula ke dalam bahasa ibunda masing dan tidak kurang juga yang mahu supaya ianya diteruskan. Dalam menegakkan pendirian masing-masing, ada pihak-pihak yang dilihat telah bertindak agak agresif dan mengundang perlanggaran undang-undang.

No comments: