SAHABAT BLOG

30 December 2008

lOAN kETA dAH nAK sELESAI

Baru sekejap tadi pihak BIMB tepon aku. dia orang cakap loan keta aku dah final. Esok buleh datang tandatangan perjanjian. Lega jugak. Harap-harap perkara ni siap pada awal Januari 2009 walaupun pada awalnya aku sasarkan pada akhir Disember 2008.

Aku difahamkan loan aku lambat pasal aku ada masalah loan dalam tahun 1994. Loan apa ye? Lama dah tu, aku pun dah tak ingat. Seingat aku, ada satu lagi loan aku yang tak selesai-selesai sampai sekarang iaitu loan dengan pihak MBF Finance. Itu masa aku ambil peti sejuk dan mesin basuh dulu. Tetapi jumlah hutang dah tak banyak dah, ada lebih kurang RM300.00 je lagi. baru-baru ni , pihak bill collector ada hantar surat suruh bayar hutang. Aku dah bayar sedikit, tetapi ada tunggak lagi. Baru-baru ni aku nak pergi selesaikan, tetapi tak jumpa pulak cari resit/slip bank. Aku pun pergi le ke Am Bank, tetapi tak pulak ada nama aku dalam senarai pemimjam mereka. Nampaknya aku kena pergi selesaikan jugak hal ini dalam tahun 2008 yang tinggal sehari je lagi tu. Esok le, selepas aku balik dari tandatangan perjanjian loan keta kau, aku singgah kejap dekat AmBank.

No comments: