SAHABAT BLOG

10 November 2008

hAK iSTEMEWA oRANG mELAYU III

Sekarang ini pemimpin-pemimpin dari kaum bukan Melayu telah berani mempersoalkan berkenaan hak-hak keistemewaan orang Melayu. Di ketika yang sama juga terdapat pihak-pihak yahg seolah-olah mencabar kedudukan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jika perkara ini tidak dibendung oleh pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam, maka dibimbangi segala yang diwarisi daripada nenek moyang berkurun lamanya akan hanya menjadi sejarah, tetapi untuk dicatat dalam sejarah pun masih diragui kerana sejarah boleh dipinda oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya semua pemimopin Melayu membuat usul untuk mewujudkan Akta Khas untuk menjaga kepentingan dan Hak Istemewa orang Melayu. Segala kepentingan dan hak-hak Istimewa orang Melayu yang sedang dinikmati dan masih tinggal sekarang ini hendaklah dilindungi oleh satu Akta. Akta ini akan menjadi pelindung kepada hak keistemewa orang Melayu kerana nampaknya pemimpin-pemimpin Melayu yang ada sekarang ini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga dan melindunginya. Pemimpin Melayu asyik bergaduh sesama sendiri, berebut kuasa, dan macam-macam lagi perangai-perangai yang mana semuanya boleh merugikan bangsa Melayu. Bila lagi nak insaf, takkanlah bila semua dah jadi bubur, baru mereka nak duduk berbincang.

Contoh keistemewaan yang masih ada, seperti Jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Jawatan Menteri Besar, Jawatan Timbalan Menteri Besat, Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Canselor Universiti, Ketua Eksekutif GLC, Ketua Setiausaha Negara, dan lain-lain perkara yang secara tradisinya menjadi milik dan hak istemewa orang Melayu hendaklah diambilkira dalam Akta berkenaan.

Saya bimbang, anak cucu cicit bangsa melayu di masa yang akan datang akan merempat dan diperkotak katikkan oleh kaum-kaum lain yang mana mereka mungkin menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk menguasai kepimpinan Negara ini. Kelebihan 65 % orang Melayu bukannya ramai, sedangkan kita ketahui bahawa pada bila-bila masa sahaja penduduk bangsa lain boleh bertambah tanpa kita sedari. Walaupun kedatangan mereka tidak diizinkan, tetapi dengan kuasa yang ada semua perkara boleh disahkan. Bukankah ianya pernah berlaku di sebuah negeri suatu ketika dulu?

No comments: